Friday, November 28, 2008

Kenduri..kenduri..

Sabtu(29/11/2008)
Shahrul & Aziha Wedd @ Klang
Ani & Sam Wedd @ PJ

Ahad(30/11/2008)
Fairuz & Nisha Wedd @ Sg Buloh

Aisehh weekend nih jadual kenduri penuh la plak tp masalahnya kena keje plak Sabtu nih.. ni yg leceh ni sbb ada 2 kenduri esok nih.. Dua-dua kena pegi sebab Aziha punya last week x pegi kena dtg opis so this weekend mmg x bole elak la. Pastu kenduri Ani ni mmg kena la jgk pegi, dh kira mcm family dh kitaorg nih siap Kak Yah(Ibu Ani & Anis) suh dtg arini lg psl nikah lepas Jumaat, ptg tu ada marhaban plak lagi. Tp dah ckp x dpt kot ptg ni, lgpun rasanya ptg ni nak g melawat isteri Bad yg baru bersalin ptg smlm kat An-Nur(1st baby setelah 5 tahun kawen nih). Pegi la tgk meraikan bapa baru nih..mesti excited psl lama sgt tunggu. Silap2 lps ni tiap tahun ada baby baru mcm si Lina tuh sama gak kesnya lps 5 tahun baru dpt baby pastu tiap tahun keluar satu sampai 3 tahun..rezki Allah tu kalau dah nak dpt mcm tulah.. So, sabar jelah sapa2 yg dah kawen lama tp x dpt2 anak lg tu.. KESABARAN & USAHA tu TANGGA KEJAYAAN.. hehehe..

So, buat pasangan2 yg baru dan bakal berkahwin ni aku ucapkan:

SELAMAT PENGANTIN BARU

Ooopps.. lupa plak. Minggu raya haji ni sorang lagi kawan sekolah aku kawen kat Kg.. tak tau la dpt dtg ke tak sbb x sure lg nak balik kg ke tak aku raya haji nih. Smlm dia dtg bwk kad cantik dia tuh.. hmmmm...

Sabtu(6/12/2008)
Normalah bt Saring & Mohamad Hairul b Daaim Wedding
@ Felda Papan Timur, Kota Tinggi, Johor.

Monday, November 24, 2008

BEBAS


Dengar kat radio ingat lagu MeetUncleHussain ke 6thSense ke rupa-rupanya arini aku donlod baru tau lagu ni dari Butterfingers..emmm.. dah lama x dgr lagu Butterfingers, last dari album ButterCup dia dulu laa.. ala yg cover album mcm lambang buttercup tula..saja je sebut buttercup senang nak ingat.. VioPipe, Girl Friday and of cause The Chemistry! Skrg ni dah buat lagu melayu plak..yelah market skrg bukan mcm dulu.. zmn group2 underground tgh subur.. group yg org2 kampung x pernah tau, x pernah dgr pun bole jual album at least 15k.. emmm.. mmg dh buleh untung dah member opis lama tu ckp.. Bob apa citer ko skrg ntah??? hmmmmm... kenangan lama x bole nak dibeli ngan DUIT tuh! cukuplah.. feeling la plak nnt.. hehehe...

Bebas - Butterfingers

Enjit enjit semut siapa sakit naik atas
arus pemodenan kian deras
pastikan kita tak lemas

Enjit enjit semut siapa sakit naik atas
jangan ketinggalan nanti kita melepas
kita semua perlu tekad

Sampai bila dibelenggu
hidup tanpa ragu-ragu
tanah tumpahnya darahku

Enjit enjit semut siapa sakit naik atas
usah buang masa itu emas
lupakanlah yang dah lepas

Sampai bila dibelenggu
hidup tanpa ragu-ragu
tanah tumpahnya darahku

Biar apa pun terjadi
saya tetap disini
menghapuskan dilema ini

Enjit enjit semut siapa sakit naik atas
arus pemodenan kian deras
pastikan kita tak lemas

Enjit-enjit.....

Kita semua perlu bebas ! (3x)

(mcm lagu zaman sekolah pun ya jgk enjit2 semut sapa sakit naik atas..kenangan lagik..hehehe..)

Saturday, November 22, 2008

IQ Test



Sebab dah lama tak memerah otak utk something mencabar, so aku terpaksa bongkar balik stor kat rumah nak carik benda2 yg menyihatkan otak aku yg dah lama x berkembang nih. Permainan ni dari budak2 sampai atuk2 pun bole main.. just untuk kembangkan kreativiti otak kiri kita ni untuk berfikir.. so.. adala jgk xtvt menyihatkan weekend nih.. hehehe...

Saturday, November 8, 2008

OST Laskar Pelangi

Lagu ni best.. citer dia x tau la best ke tak.. hehehe...


Laskar Pelangi OST. Laskar Pelangi - Nidji

mungkin adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
telah hilang
tanpa lelah sampai engkau
meraihnya

laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
raih bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya...

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau ini kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

menarilah dan terus tertawa
walau dunia takseindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya...

Buat Sahabatku Ebby(bukan Abby Abadi ya)

Cinta Dalam Hati - Ungu

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dengan hidupmu

Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku

reff/
Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga ujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
'Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

---------------------------------------------------

Mlm td ada citer yg tajuk dia sama ngan lagu nih so aku tetiba teringat kat kwn baik aku yg sorang nih.. jalan citer xde kena mengena pun ngan Ebby nih tapi lagu tu sesuai kot Ebby dengar.. agak2 nangis tak ko b? hehehe..

To Ebby,
Ini bukan pendedahan apa-apa tp ini saja cara yg sorang kawan mcm aku bole tlg ko setakat ini. Moga-moga ko terus tabah dan banyakkan berdoa.. smg segala-galanya akan berakhir dgn kesempurnaan dan kemenangan.

Walau apapun, ko mesti ingat ko masih ada kwn2 yg sentiasa berdiri di blkg ko.. LIFE MUST GO ON FRENNNN!!!

Monday, November 3, 2008

Cinta dan Benci


Cintailah kamu akan sesuatu sekadarnya kerana mungkin di suatu hari ia akan menjadi kebencian bagimu. Dan bencilah sesuatu itu sekadarnya kerana mungkin suatu hari yang lain ia akan menjadi kecintaan bagi kamu

Thursday, September 25, 2008

SALAM E'iDULFITRI



Selamat Menyambut Lebaran

Semoga Syawal ini memberi kegembiraan InsyaAllah...
Moga menjadi manusia yang soleh/solehah InsyaAllah...
Hati-hati bila pulang ke kampung... InsyaAllah...
Ingatlah Allah selalu... Jaga diri dan hiasi peribadi InsyaAllah...

Seperti sebuah perjalanan hidup,

semua yang telah terjadi tak mungkin terulang.
Semua yang pernah terucap pun pasti berbekas..
hanya doa ku..semoga setiap kesalahan yang kulakukan diampuni oleh Nya

SALAM KEMAAFAN DI AIDILFITRI
R.E.E.F

Wednesday, September 17, 2008

Nuzul Al-Quran


Alhamdulillah.. masuk hari ni dah 17 Ramadhan maksudnya dah 17 hari kita berpuasa. 17 Ramadhan juga ialah hari di mana Al-Quran diturunkan di mukabumi ini. Biasanya setiap tahun org akan buat Majlis Khatam Al-Quran pd 17 Ramadhan ni. So, aku masukkan satu artikel menarik ttg Nuzul Quran ini dan kaitannya dengan Malam Lailatul Qadar utk bacaan kita bersama.

Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar

Oleh; Dr. Samsu Adabi Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)


Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.

Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).

(c)http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=2084

Sunday, September 14, 2008

WiSE in Media (since 2006)

Actually ni ada keratan2 dlm majalah n akhbar n juga dlm bentuk DVD ttg WiSEcommunity yg saja aku nak share buat sesapa yg x pernah tengok. Ni koleksi yg WC ni ada sepanjang penubuhannya pada 1 Ogos 2005. Kalau ikutkan aktiviti WC ni mmg tiap2 tahun mcm2 la xtvt tp yg masuk media ni antara yg besar2 jela. Drpd semua2 tu xde la semua2 aku ada tp bole kata kebanyakkannya ada ler.. hehehe.. enjoy...


WiSE Grand TT 2008 @ SINAR HARIAN

WiSE Grand TT @ Majalah ExtremeKars

WiSE Grand TT DVD Cover


DIY/DIT 2007 @ Majalah ExtremeKars


Majlis Buka Puasa 2006 @ Majalah ExtremeKars

Majlis Buka Puasa 2006 @ Majalah Gila Kereta