Monday, January 12, 2009

ProCC Cup!


Senarai Pasukan Bertanding:

Kumpulan A
1. Anak Dagang FC
2. Nuclear FC
3. X-KPMM CF
4. Jerung FC

Kumpulan B
1. Prestige ST
2. Tanjung Rezeki
3. SBMSS FC
4. ProCC FC (A)

Kumpulan C
1. Bola Bola FC
2. Ramp-it.net
3. Black Dragon ST
4. ProCC FC (B)

Kumpulan D
1. PTPTN FC
2. WISE Community
3. Johnson & Johnson
4. Kestawi

Wooo.. ada ProCC Cup daaa Sabtu lepas. Venue mula2 kat Std Bangi tp last minit diaorg tukar g Std Kajang.. cess.. seb baik aku follow boy pd hari kejadian klu x mmg aku sorang ler tercongok kat Std Bangi tuh.

Game start patutnya kul 8.30 tp spt biasa janji melayu kul 9 baru start. Team WC start game ke-4. Psl game 9 sebelah so main 7 minit by half. Tp bila tgk jadual lps 1st game... ada berbelas game lg sblm WC punya 2nd game.. 3rd game plak last skali.. fuhhhh.. giler lamer nk tunggu.

So, spt biasa team WC gagal layak ke peringkat kalah mati. So dpt le semua blk awal..hahaha..main utk seronok2 jer..cool la beb..itupun lps game ke-2 aku dah blah psl ada hal lain.. dpt la bg sokongan moral wpun x dpt main.. fikiran x stabil beb mana bole main nnt x psl2 itu flying kick mari..hahaha..alasan la tuh sbb sbnrnya psl dah lama x training.. exercise pun tak wpun bdk2 lain tu sbnrnya lg la sama jer jgk rupanya.. hehehe...

Apapapun CONGRATS semua sbb kita berani terima cabaran ini.. sampai berjumpa di xtvt seterusnya... CARGAS!!!

Thursday, January 8, 2009

LAWAN Tetap LAWAN!



BOYCOTT ISRAEL COMPANY LIST

AOL
Time Warner
Apax Partners & Co Ltd
Coca-Cola
Danone
Delta Galil
Disney
Estée Lauder
IBM
Johnson & Johnson
Kimberly-Clark
Lewis Trust Group Ltd
L'Oreal
Marks & Spencer
Nestle
News Corporation
Nokia
Revlon
Sara Lee
Selfridges
The Limited Inc
Home Depot
Intel
Starbucks
Timberland
McDonald's
Arsenal FC

Brands and labels to boycott :

1. Fast Food
- Mc Donald's
- KFC

2. Beverages, Drinks
- Coca-cola
- Dr. Pepper
- Fanta
- Sprite
- Schweppes
- Lilt
- Fruitopia
- Sunkist
- Kia Ora Fruit Squashes

3. Food, Snacks
- Buitoni
- Danone
- Perrier
- Libby's
- Maggi
- Nestlé
- Shreddies cereal
- Nestlé KitKat
- Vittel

4. Consumer Products (Tissue, Diapers)
- Kimberly-Clark
- Kotex
- Huggies
- Kleenex

5. Cosmetics, Body Care
- Biotherm
- Sanex
- Garnier
- Clinique
- Helena Rubinstein (HR)
- L'oréal Paris
- Origins Natural Resources
- Maybelline
- La Roche-Posay
- Redken 5th Avenue NYC
- Vichy
- Johnson & Johnson
- Revlon
- Brylcreem

6. Perfumes, Fashion, Cosmetics
- Boss (Hugo Boss)
- Calvin Klein
- Lancôme Paris
- Giorgio Armani
- Estée Lauder
- Tommy Hilfiger
- Donna Karan New York (DKNY)
- Ralph Lauren

7. Fashion, Clothing
- Aramis
- Prescriptives
- La Mer
- Bumble and Bumble
- Jo Malone
- Kate Spade
- River Island
- GAP
- JC Penney
- Timberland
- J. Crew

8. Sportswear
- Champion
- Outer Banks

9. Home Products
- Ambi Pur
- Kiwi (shoe care)
- Sara Lee

10. Coffee, Coffee Systems, Tea
- Douwe Egberts
- Maison Café
- Superior Coffee
- Pickwick
- Piláo Café
- Starbucks Coffee

11. Technologies
- ICQ
- AOL
- Nokia
- IBM
- Intel

12. News Corporation, Publications
- Sky TV Network
- 20th Century FOX
- Star TV Network
- National Geographic Channel
- The Weekly Standard
- New York Post
- News of the World (UK)
- The Sun (UK)
- The Times (UK)
- The Daily Telegraph (Australia)
- Harper Collins
- Nursery World
- Disney
- TIME Magazine
- CNN

13. Clothing (Socks, Babywear, Intimate Apparel)
- DIM
- Victoria's Secret
- Banana Republic
- Structure
- Pryca
- Lindex
- Playtex
- Auchan
- Just My Size
- Hema
- Wonderbra
- Bali
- Hanes
- L'eggs
- Lovable
- Nur Die
- Gossard

14. Retailers, Stores, Shopping Complex
- Carrefour
- Tschibo
- Marks & Spencer
- Selfridges & Co.
- The White Barn Candle Co.
- Mast Industries Inc.
- Express
- Structure
- Henri Bendel
- Intimate Brands Inc.
- The Limited
- New York & Company
- Lerner New York

15. Home Depot
- Expo Design Centers
- Georgia Lighting
- Villager's Hardware
- Maintenance Warehouse
- The Home Depot
- Apex Supply Company

Wednesday, January 7, 2009

10 Muharam 1430H


Alhamdulillah.. hari ini dah masuk 10 Muharam 1430H. Di masa yg sama org2 Islam di Palestin masih lagi tertanya-tanya apa nasib mereka hari ini, esok, lusa dan seterusnya.. Imbas kembali sejarah bulan Muharam:
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

So, 10 Muharam ni bukan satu-satunya hari yg penting dlm Kalendar Islam. Byk lagi hari dlm Kalendar Islam yg kita bole beramal ibadah terutama sekali hari-hari di bulan Ramadhan nanti. Mmg hari ini kita disunatkan berpuasa. Sunat maknanya apa yg kita buat dapat pahala. Bila sebut perkara-perkara sunat ni kita lihatlah list di bawah.. kot2 ada yg kita boleh buat semua, sebahagian atau paling koman pun salah satu daripadanya.. insyaAllah.

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Please.. SAVE PALESTINE.





Masuk hari ni dah lebih 600 org palestinian dibunuh oleh Israel laknatullah.. smlm sekolah pun kena serang! sebelum2 nih hospital malah masjid pun Israel JAHANAM nih serang! Kuasa2 besar dunia buat apa? miting?diskusi?hantar surat?kutuk? negara2 Islam Arab yg kaya raya apa diaorg buat? nak lagi dekat.. apa yg kita yg mengaku manusia.. makhluk Allah ni apa yg kita buat? Fikirlah Sendiri!!!
Berita berkaitan: TheStar
Senarai produk milik/penyokong Yahudi

Tuesday, January 6, 2009

Mini Ghatering x-CS10 ITM



Ahad lepas(4 Jan 2009) kat rmh Ebby(P11, Putrajaya) bbrp org x-student CS10 ITM Jengka 1996-1999 buat mini ghatering sempena kepulangan sebentar Zaini dari UK selama seminggu. Dia fly blk ke UK 7hb Jan nih... byk benda nak diuruskan katanya termasuklah nak uruskan resignation dia dari UIAM.. nak jadik suri rmh katanya..pigidah.. Batch kitaorg yg masih kat oversea nih tinggal Zaini satu family(laki bini amik phd)..klu aku x silap ler...Bai plak kata nak further phd dia kat NZ ntah bila pegi ntah? Ni cuma mini ghatering jer so mmg x harap la ramai sgt yg dtg sbb very short notice. Tu pun memula ramai yg x confirm but akhirnya dpt ler kumpul geng-geng spt di bawah.

Antara yg hadir:
1. Ebby + heroin(tuan tanah daa..)
2. Oleen + sorg hero
3. Mira dtg sorg
4. Apex + Nana + baby
5. Ted@Shukor + wife + baby dlm perut
6. Bozo + Marina + 3 hero
7. Karload + Wadiah + 2 heroin
8. Zeksp + wife + hero + heroin
9. Aku
10. Zaini (of course ler)

Actually enjoy beb dpt jumpa geng study lama reramai nih. Yelah tahun lps x dpt buat reunion psl xde sapa free to arranged it. So skrg ni Ebby mcm byk masa free maybe Raya tahun ni bole la buat lg reunion mcm tahun2 sudah. Lg ramai dpt jumpa lg seronok. Klu dpt jumpa semua skali lg le meriah! So, hopefully lps ni kitaorg dpt arrange the BIG REUNION for our batch.. planning starting from now... tick.. tick.. tick..

** CS10 - Kod Kursus utk Diploma Sains Komputer

Monday, January 5, 2009

SEATBELT


AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA
BERKUATKUASA 1 JANUARI 2009: TIDAK MEMAKAI 'SEATBELT' BLKG ADALAH SATU KESALAHAN
Denda RM300 wooo...

So, nak pakai sebab takut kena denda max RM300 ke pakai untuk keselamatan???
Lu Pikirlah Sendiri!!!

DEM ISRAEL!!!


Palestin..bak lilin yg membakar diri...

Jumaat lepas ada solat hajat lepas solat jumaat kat Masjid Negara. Sama-sama doa utk kesejahteraan rakyat Palestin. Mmg makin melampau2 Israel nih! DEM!!! Ada satu group buat demo lagi kat area Masjid lepas solat tuh. Masuk hari ni dah 9 hari lahanat Israel ni serang balik Palestin dgn alasan yg sama mcm dulu2 jgk. Smlm diaorg start serang lalu darat. Isu ni dah jadi isu sejagat even org bukan Islam pun mmg kutuk semua nih. So kita org2 yg mengaku Islam ni kena sama-sama tunjukkan sokongan kpd saudara sesama Islam di Palestin. Kena la pk hal2 agama nih, dunia dah makin tua..umur kita pun makin lama makin tua. Kalau pk hal dunia jer alamatnya tunggu jela seksa kat akhirat nnt. Silap2 kat dunia dah terseksa dgn mcm2 hal. Ntah sempat ke tidak aku bertaubat agaknya??? Yg penting jgn lupa diri..jaga peribadi..ingat mana asal usul kita..sapa kawan2 kita..sapa org2 yg kita sayang..hidup kita takkan bermakna kalau semua tu takde..bayangkan kalau org yg kita syg tetiba hilang dlm sekelip mata...kalau aku kat tempat diaorg mmg rasanya x le kuat mcm diaorg. Sama-sama la seluruh umat Islam berdoa agar apa yg dijanjikan Allah untuk menghapuskan umat Yahudi ini dicapai akhirnya.. amin ya rabbal alamin.

Berita berkaitan: Malaysiakini
Senarai produk milik/penyokong Yahudi

Derita Anak Palestina
Satu lagi puisi penuh makna nukilan si Diana Jones(hebat tul la dia nih)

Dia yang kecil itu sigadis manis
Namun duduknya di bumi Palestina
Semalaman telinganya bingit dengarkan letupan
Malam bercahaya terang
Anak Palestina menderita

Dia wajahnya sungguh ayu
Sangat jelita parasnya
Sungguh cantik rupanya
Namun dia masih di bumi Palestina

Dia meratap tubuh ibunya
Ibunya sudah mati ditembak
Dia tiada ayah
Dia kini yatim piatu

Dia gadis manis
Dia manja sekali
Dia anak Palestina

Di Malaysia
Anak gadis hanya tahunya ronggeng
Baju mereka nipis tipis
Malah koyak sana koyak sini
Hari-hari menyerah kalah
Lemah

Anak Palestina
Kami pasti datang
Membawa hadir cinta yang hilang

Friday, January 2, 2009

PRK KT

ada plak org yg aku kenal interframe dlm gmbr tuh..biasalah..org glamer..hehehe..

ADUN Wakaf Mempelam pilihan PAS tanding di Kuala Terengganu

CALON PAS... Mohd. Abdul Wahid Endot selepas diumumkan sebagai calon PAS bertanding pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu di Stadium Negeri, Batu Burok malam tadi. - foto The Star oleh M. AZHAR ARIF

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Dilihat sebagai pengumuman mengejutkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Wakaf Mempelam lima penggal, Mohd. Abdul Wahid Endot akan mewakili Pakatan Rakyat bertanding pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu bulan ini.

Mohd. Abdul Wahid, 52, merupakan Ketua PAS Bahagian Kuala Terengganu dan juga Bendahari PAS Terengganu.

Pemilihan calon PAS itu, yang dilihat sebagai keputusan mengejut oleh banyak pihak, diumumkan di Kuala Terengganu pada pukul 10.55 malam tadi oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi yang membuat pengumuman itu di Stadium Negeri di Batu Burok berkata, memilih calon PAS memang sukar tetapi "satu-satunya yang berada dalam fikiran kami merupakan calon yang berkebolehan."

Abdul Hadi berkata, beliau sendiri yang memilih Mohd. Wahid yang menjadi ADUN Wakaf Mempelam sejak 1990, dan ia mendapat restu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Menurutnya dalam pemilihan calon itu, beliau mendapat pandangan daripada pelbagai pihak termasuk mengadakan isytisyarah (pandangan daripada orang ramai) dan istiqarah (sembahyang dan minta petunjuk).

"Sangat susah pilih calon Pas kerana caloncalon yang diketengahkan semuanya baikbaik... tiada rasuah, tiada politk wang dan tiada penyelewengan politik," katanya.

Antara nama yang disebut mempunyai peluang cerah unutk menjadi calon PAS sebelum ini ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali dan ADUN Batu Buruk, Dr. Syed Azman Syed Ahmad yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

Mohd. Abdul Wahid, 52, merupakan bekas graduan jurusan sains perikanan dan marin dari Universiti Putra Malaysia.

Dengan itu, Ketua PAS Bahagian Kuala Terengganu itu dijangka menghadapi saingan calon Barisan Nasional (BN), Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

BN mengumumkan calonnya dua minggu lalu dan persaingan kali ini dijangka empat penjuru termasuk dua calon Bebas.

Wakaf Mempelam merupakan salah satu bahagian DUN dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu.

Tiga DUN yang lain ialah Bandar, Ladang dan Batu Burok.

Hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu adalah pada 6 Januari ini dengan 11 hari berkempen.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Datuk Razali Ismail, Aahli Parlimen bahagian itu yang juga Timbalan Menteri Pelajaran ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands pada 28 November lalu.

Jumlah keseluruhan pemilih berdaftar sehingga 4 Disember lalu dan layak mengundi ialah seramai 80,229 termasuk 1,035 pengundi pos.

Sebanyak 36 pusat mengundi disediakan di Parlimen Kuala Terengganu.
(c) mstar online

Berita berkaitan: penarikbeca ; harakahdaily

Wednesday, December 31, 2008

SILENCE



While silence guarantee peace
It often agonizing
As it prolongs glumness
It certainly worries a lonely heart
When do lonesome reign over me?
And the pain is endlessly excruciating
Convince the damsel it all will be allright
Or it will be over in fortnight.


By: Diana Jones