Showing posts with label 1432H. Show all posts
Showing posts with label 1432H. Show all posts

Monday, February 14, 2011

12 Rabiul Awal 1432H

12 Rabiul Awal yg bermakna.

apa makna? maknanya tarikh kelahiran Nabi dan Rasul kita Muhammad bin Abdullah SAW.

Maulid Nabi jgn jd sekadar sambutan jela..kena ada penghayatan, baru tau kenapa kita berarak dan sambut tiap2 tahun. Mcmana nak ada penghayatan tuh.. fikirlah sendiri ya..kemudahan dah ada, dlm internet mcm2 boleh dapat..so, sendiri mau ingat le ye..
OK, bole kata tiap2 semua tmpt ada wat sambutan, termasuk la masjid kariah aku nih. Tp xdpt le aku join psl aku join nasional punya @ Putrajaya(jgn lupa tgk TV haa..hehehe..).. baju dia kaler mcm gambo nih:
tp sampin ngan songkok xdela camtuh.

OKlah, aku share sikit bahan yg aku baca.. hrp kita sama2 dpt manfaat ya.. insyaAllah..

Semperna perayaan Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. pada tahun 1432 H / 2011 M ini, saya ingin mengajak semua umat Islam untuk mengingati dan menghayati sirah baginda SAW dan seterusnya mengikuti serta mentaati segala ajaran yang telah dibawakan oleh Rasulullah SAW kepada kita. Tulisan ini sama sekali tidak akan membahaskan hukum menyambut Sambutan Maulidur Rasul SAW kerana persoalan ini terlalu kerap dibahaskan pelbagai pihak saban tahun dan ia adalah masalah khilafiyyah yang tidak akan selesai hingga Kiamat.

Oleh itu, sebagai tanda kita mengimani dan mencintai Rasulullah SAW, beberapa perkara yang akan saya nyatakan di bawah ini boleh dijadikan pegangan kita:

BERADAB DENGAN RASULULLAH SAW
MENTAATI RASULULLAH SAW
BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH SAW
MENGASIHI RASULULLAH SAW
MENGIKUTI SUNNAH RASULULLAH SAW


Diambil dari website I Love Islam.





Like I Care: Slmt Bercuti..

Tuesday, December 7, 2010

1 MUHARAM



Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman



kata aku: teringat masa zaman sekolah rendah dulu..klu time Maal Hijrah mesti nyanyi lagu ni versi yg nilah.. semangat gler.. kenangan lama tuh.....hmmmm...

Monday, December 6, 2010

Ahlan Wasahlan 1432 Hijri

Salam.

Ahlan wassahlan, Selamat Datang, Welcome, Bien Venido tahun 1432 Hijrah. Tahun baru umat Islam sedunia. Datangnya tahun baru tentunya selalu dikaitkan dengan AZAM BARU. Uniknya umat Islam nih..tak perlu tunggu tahun baru Masihi 2011, tahun baru hijrah pun cukup nak buat AZAM BARU.

Azam..azam..azam.. bosan lah nak cakap. Tiap2 tahun baru je nak citer pasal azam. Tapi bila masuk tahun baru nama Azam jugak yang glamer.. apa ada pada azam kalau tak pernah nak capai? Azam pada aku tak perlu tahun baru.. kalau azam nak buat baik lagi ler.. watpa nak tangguh2.. buat baik ni kalau niat je pun dah dapat pahala! kalau rasa nak berubah dari kurang baik kpd baik takyah tunggu tahun baru.. rasa nak je terus pasang niat elok2.. terus berazam.. dan paling penting ISTIQAMAH.. fokus ler.. jgn mcm aku.. biasanya hangat2 taik a***... eh, semua taik hangatlah.. kakaka..baru tak melepas pahala.. kot2 tak panjang umur sempat le niat nak berubah dan NIAT yg sungguh2 nak berubah.. dapatle jgk pahala.. insyaAllah..

So, memandangkan kebetulan mmg dah masuk tahun baru Hijrah nih.. KEBETULAN ye.. bukan mmg nak tunggu pun.. (Alhamdulillah.. syukur pada Allah masih dapat bernafas lagi pada hari ini) Marilah kita sama-sama bertekad, berazam dan beristiqamah untuk jadi yg lebih baik.. yg lebih cemerlang dari tahun2, waktu2 yang sudah.. semoga azam yang kuat dan kukuh ni dapat kita pertahankan sehingga tercapai.. insyaAllah....

SALAM TAHUN BARU 1432H





kata aku: Selamat bercuti...

Menjelang tahun baru 1432H

Salam.

Diam tak diam, dah dampai hujung tahun Hijrah.. tak lama lagi hujung tahun Masihi pun sampai.. dalam tahun Masihi 2010 ni jgk sekali lagi umat Islam sambut raya 2 kali.. same goes to next year until.... ntah.. byk tahun lagi le rasanya..

So, untuk aku dan kawan-kawan.. diletakkan lagi doa akhir tahun yang sunat dibaca selepas waktu Asar sehingga sebelum Maghrib.. tambahkan jgk doa-doa yg kita nak selepas/sebelum baca doa akhir tahun nih..



Wassalam.



kata aku: Selamat Beramal...