Showing posts with label 2010. Show all posts
Showing posts with label 2010. Show all posts

Thursday, September 16, 2010

Hari Malaysia

16 September 1963.

Betapa pentingnya tarikh tu pada kita semua rakyat MALAYSIA. Bermaksud HARI LAHIR NEGARA MALAYSIA. Tarikh bersejarah kerana secara rasminya pada tarikh tersebut Tanah Melayu(semenanjung), Sabah, Sarawak & Singapura BERSATU menjadi MALAYSIA. (Walaupun selepas 2 tahun, Singapura merdeka dan didirikan sebagai sebuah negara republik pada 9 Ogos 1965)

Setelah sekian lama akhirnya tahun ni dapatlah rakyat Malaysia bercuti pada hari ini. Memang selama ni aku tertanya-tanya jugak..kenapa hari pembentukan Malaysia ni tak disambut seluruh rakyat? pasal Singapura dah tak masuk Malaysia ke? hmmmm..

Apapapun, slps ramai dah bersuara..akhirnya tahun ni secara rasmi hari ni kita CUTI UMUM!



SELAMAT MENYAMBUT PENUBUHAN MALAYSIA YANG KE-47

SELAMAT HARI MALAYSIA!!!



kata aku: SELAMAT BERCUTI juga...

Tuesday, April 13, 2010

Brg Baekkk



iPad Specs
Processor: 1GHz Apple A4 (not the A4 paper in your photostat machine!)
Operating System: iPhone OS 3.2
Storage: 16GB, 32GB or 64GB flash drive
Size: 9.56 (H) x 7.47 (W) x 0.5 (D) inch
Weight: 1.5 pounds (680 gram) for iPad WiFi, 1.6 pounds (730 gram) for iPad 3G
Display: 9.7-inch LED multi-touch display with IPS (1024×768 pixels)
Wireless connection: WiFi, Bluetooth, 3G (only for iPad 3G, data only)
Battery: up to 10 hours of web surfing, video watching, music playback
Input/Output: Dock connector, 3.5mm headphone jack, build-in speaker, microphone, SIM tray (iPad 3G only)


iPad Prices
The iPad ships worldwide in 60 days, but only in Wi-Fi versions. The 3G version will be another 30 days after that. Here are the prices:

Without 3G:

• $499: 16GB (RM1714)
• $599: 32GB (RM2057)
• $699: 64GB (RM2400)

With 3G:

• $629: 16GB (RM2160)
• $729: 32GB (RM2500)
• $829: 64GB (RM2848)

Apple will ship all the iPads in 60 days—the end of March—to America, and just the Wi-Fi models internationally. It’ll be another 30 days beyond that for 3G models to be available outside our shores; Apple says they’re still working on carrier deals.


What’s missing in iPad?
NO phone call — iPad supports cellular networks and build-in microphone but it cannot make phone calls, not even sending SMS!
NO multitasking — Just like iPhone, no multitasking on iPad. You open one app at a time. Close an app to open another app. No background app. Disappointed!
NO flash — Again, like iPhone, no Adobe Flash Player on iPad. You cannot play flash animation/video/games on iPad (read: no facebook game!)
NO camera — no camera, neither front or back. Cannot take pictures, cannot make video conference calls.


Sumber maklumat diambil di sini dan sini.



kata aku: Apple product mmg dh lama diidamkan.. tp yg ni.. tgu upgraded version dlu kot......

Thursday, February 11, 2010

Sudah Tiba...




Rujuk sini; sini and next step sini... tungguuuu....



kata aku: 1st phase - just the beginning...

Saturday, February 6, 2010

Project1#2: SSO

It's stand for Sangat Senang Online la ye.. it's true.. senang je nk online lps nih...



kata aku: lg mudah.. lg byk risikonya...

Thursday, February 4, 2010

Project1: IDM

What is IDM?
Ini Degil Mangkuk? Kena tau tu dulu baru bole cerita pasal Pa$sp#raS3 ya...



kata aku: mari mula mengenal huruf

Thursday, January 28, 2010

kembali bersiaran

Salam Khamis.

Akhirnya, dapat juga aku bersiaran semula pada hari ini setelah beberapa hari tidak ke udara.. bukan psl berkabung pun. Berkabung dari penulisan selain hal Johor je.


TAHNIAH ATAS PERTABALAN SULTAN JOHOR YG BARU
SULTAN IBRAHIM ISMAIL IBNI ALMARHUM SULTAN MAHMUD ISKANDAR AL-HAJ

DAULAT TUANKU



About Sultan Ibrahim


kata aku: Dulu mesra dipanggil oleh rakyat sebagai Ku Yem..

Thursday, January 14, 2010

cilok punya baekkk

Minggu pertama awal tahun ni jalan-jalan di sekitar KL ni lengang. Perkara biasa bila awal2 tahun sbb ramai cuti hantar anak ke sekolah..biasanya yg anak baru masuk darjah 1 ler..hmmm.. ramai btul kan smpi jln pun lengang! hehehe.. x smua la antar anak tu, adala yg saja nk amik cuti awal tahun...

Masuk je 2nd week.. HARUUUUU... aku kuar rmh mcm biasa tp mak aihhh.. baru kuar jln besar dh start jammed! kelam kabut jlnraya jadinya..huhuhu.. merah punch card aku.. cisss... seb baik 1 ari jer.. yg ari2 lain pun timing ngam2 jer.. tu pun hasil dari cilokan yg tahap kuang ajaq! huhuhu.. rasa bersalah tul mencilok ni tp camtulah lumrah keje di bandaraya metropolitan KL nih.. lg2 buat org2 yg xde moto.. yg menggunakan kenderaan 4 roda mcm aku nih.. klu cnak cilok-cilok ni kuar la lps Subuh.. xpun.. Subuh kat ofis jela.. sanggup ke? hmmmm...

Hrp2 minggu dpn keadaan trafik akan kembali spt sediakala spy aku x cilok2 tahap kuang ajaq lg.. huhuhu..


kata aku: cilok tahap baik camna plak? tbc.. hmmm...

Tuesday, January 12, 2010

kaki bakar!

apa nak jadi le Malaysia di tahun 2010 nih? Awal2 tahun dah ada bbrp berita tak elok.. pembunuhan kejam satu family(yg ni dgrnya ada kaitan keluarga dgn isteri seorg pembesar negara???), pastu kes bunuh lg.. dan lg.. sampaile yg terbaru kes bakar gereja, bakar bas pun ada.. ishh..ishh..ishh..

Hrp2 la ini bkn petanda yg x elok utk tahun ni buat negaraku Malaysia yg tercinta ini..Semoga semuanya Aman Sejahtera hendaknya.. amin..


kata aku: merosakkan rmh ibadah mmg haram di sisi Islam.. even dlm perang pun antara tmpat yg x boleh diusik adalah rmh ibadah dr agama apa pun.. insaflah buat sesapa yg suka ambil kesempatan utk mengharu-birukan keamanan sosial negara nih..tlg la.. insaflah...

Monday, January 11, 2010

Sy$T3m r3sTr1ct!0n

ataupun kekangan sistem.

Dah masuk umur 3 series nih..dh mcm2 benda dah ditinggalkan. Mmg btul la org kata(bukan binatang kata..hehehe).. minat, kecenderungan, cara & kelakuan kita akan berubah secara automatiknya mengikut umur kita.. bezanya dgn setiap org cuma cepat dgn lmbt jer..mcm aku skrg.. w'pun dh masuk 3 series generation ni last 2 years tp masuk 2010 ni la aku baru rasa yg byk benda dh berubah..mayb baru perasan kot? hahaha..

Dulu masa zaman awal 20an tu sebut je konsert mmg muka nilah yg beriye2 nk tgk.. x kira la dpn tv ke atau g tgk live kt konsert. Lg2 kebetulan lak dulu sebelum kerja tetap kt KL ni aku keje ngan Kementerian yg jaga psl artis2 nih.. mmg slalu le dpt pass free.. mmg syiokkkk... masa tu ler.. bkn konsert jer.. mlm2 anugerah mcm Juara Lagu & AIM tu mmg biasa le tgk live..pastu bila dh keje tmpt skrg ni kurang le tgk live.. tp kt TV xle lepas le.. musti tgk! kira hukum wajib le masa tuh.

Tp masuk tahun ni rasa mcm dh bosan le tgk benda2 mcm tu.. bole la tgk tp dh mcm xde kuasa nk tgk.. mcm AJL mlm td le.. kebetulan clash ngan Raja Lawak.. mmg aku layan Raja Lawak la.. sbb aku rasa layan tu lebih rileks.. hati lebih ceria & tenang w'pun ada jgk yg ntahapahapantah lawaknya tu la kan.. hampeh! tp overall benda tu bole make my life more happening aku xde hal.

Cuma 1 benda ni je yg maintain.. bola.. mmg xbole miss. Makin tua ni makin jadi hukum wajib plak tgk bola nih. Klu nk bercuti mana2 pun aku check dulu bilik ada Astro ke x? klu xde game ok lg.. zaman2 tgk wrestling pun dah lama tinggal.. tu lg la lama.. makin lama makin hampeh.. mmg patut pun x tgk.

Jadi maksudnya skrg apa? dah tua la tuh! layanlah benda2 yg sesuai mengikut peringkat umur kita.. dengar tuh! mcm x jelas la.. hahahahaha...

Apa yg penting? H A P P Y !!!

kata aku: juga tiada kena mengena dgn tajuk di atas..hehehe..

Wednesday, January 6, 2010

cerita semasa.. buletin semasa..

Yg ni "past story" tp mmg x boleh nak biar.. dua2 dah jadi isu besar selain isu gula naik harga yg ceritanya dah x dibesarkan oleh media2 arus perdana.

Isu enjin jet hilang yg harga satu je katanya RM50 juta.. ada 2 ilang maknanya dah RM100 juta.. x campur kata Menteri Pertahanan skrg ada jgk benda2 kecik lain yg related dgn enjin tu hilang.. camna ek? tmpt simpanan x cukup secure ke? satu hal lah.. pastu smlm AG confirmkan yg terlibat cuma pegawai rendah. WoW.. mmg terer la pegawai rendah tu bole cilok enjin besar tuh! respect la aku klu btul.. sbb baru tuduh, belum jatuh hukum xleh la nk kata btul diaorg yg buat.. tp.. mcm kes2 BESAR lain sebelum ni.. mcm x logik jer.. dah susah la org nk caya.. termasuk la aku.. tlglah sapa2 yakinkan aku & kebanyakkan org2 lain lg betul ke? Nmpk mcm "another scapegoat" theory kan? Kesiannnnn.. hmmmm...

Isu paling baru, penggunaan kalimah Allah oleh akhbar mingguan Herald nih. Bg diri aku yg hanya berpendidikan Sekolah Agama di Johor smpi peringkat Darjah Khas tahun 90an dulu ni mmg ilmu agama x brp byk..so mcm x layak la nk komen apa2.. tp dr bacaan aku dr komen2 pakar2 agama yg berkenaan isu ni mmg sebetulnya nama Allah ni bukan hak milik umat Islam je.. terpakai utk semua umat manusia.. mengikut kefahaman agama Islam.. Allah ialah Tuhan semua umat manusia.. jd mmg x jd salah nama Allah digunakan oleh semua umat manusia.

Tp yg jd isunya, yg dibimbangkan bila akhbar mingguan Herald dibenarkan menggunakan nama Allah ni adalah takut ianya disalahgunakan. Bukan x bersangka baik tp kena hati2 sbb dengarnya nama Allah ni akan digunakan utk versi akhbar yg bahasa melayu jer so dh nmpk mcm ada unsur2 akan disalahgunakan utk mengelirukan org melayu islam. Itu yg dibimbangi.. so, aku SETUJU sgt la klu btul nnt akhirnya(slps semua urusan mahkamah selesai) keputusannya tetap sama iaitu dibenarkan juga aku berharap ada garis panduan penggunaan nama Allah dlm edaran akhbar agama lain.. aku sebut agama lain sbb MUNGKIN lps ni ada akhbar agama lain akan buat tuntutan yg sama... aku sebut MUNGKIN ya.. just in case ler.. so, sbg umat Islam itu isi hati kita.. tangani semua isu dgn berhemah.. jgn la isu sensitif mcm ni pun nak jd modal politik jgk.. demo sana.. demo sini.. semua utk modal politik.. isu agama yg lebih sensitif sebelum ni napa xnak demo sungguh2.. ISU PALESTIN.. ISU MURTAD.. napa senyap? napa certain isu yg rasa bole bwk untung utk kedudukan politik je yg nak pertahan sungguh2? Klu mcm tu punya gaya mmg HANCUR la kita! Bersatu bkn utk isu tertentu jer.. semua isu sensitif agama kena bersatu! Tolonglah.. pls.. pls.. pls.. bermula 2010 ini.. berubahlah utk kebaikan agama, bangsa dan negara.. amin...



kata aku: kembali kpd agama.. Islam itu syumul...

Tuesday, January 5, 2010

past is past..

Let bygone.. be bygone..

Yg lepas dah tentunya dah lepas..takde gear reverse nak undur..takde jalan pun nak patah balik. Thats the sad thing la eh but the good thing is, walau camna teruk pun masa lalu kita..semuanya dah berlalu.. JANGAN KENANG la benda2 yg dah lepas ni baik yg baik maupun yg buruk.. PK MASA DEPAN..MOVE AHEAD la bro!

Ya..memang..takde yg skrg klu xde yg dulu tp itulah hasilnya bila kita PK ke depan instead of PK masa lampau. PK apa yg kita nak jadi di masa mendatang.. yg lepas2 cuma jadi kenangan..yg cuma bole dijadikan pengajaran utk masa depan. Kenang dan PK dua benda yg berbeza.. Kenang tu bole jadi sampai kita menangis..sampai takbole buat benda lain..dok terkenang la benda2 lama.. so PK ni kita plan.. what's next? What's next? What's next?

Jadinya..aku dah xnak PK la waktu aku lemah dolu-dolu..waktu kena tipu ke.. waktu aku dipergunakan ke.. apa2 lah yg buruk.. skrg masa untuk? Deko bersama Reef! hahahahaha... skrg masa utk MOVE AHEAD! MAJU.. MAJU.. dan terus MAJU! Peduli la masa silam.. aku nak PK masa depan jer.. Slmt Tinggal masa silam... babai...


The past is ghost, the future a dream, and all we ever had is NOW...



kata aku: hidup mesti terus hidup!

Monday, January 4, 2010

2010: tahun baru..serba baru..

Wah! Datangnya 2010 ni bukan jer bermakna dtg tahun baru dan azam baru jer.. rupa-rupanya ada lagi yg baru yg pastinya akan effect kebanyakkan dari kita yg bergelar org kebanyakan nih.

Khas buat yg belum tau/yg dah tahu tp mcm xnak amik tau, inilah benda2 baru di tahun 2010 ini(susun ikut yg plg beri kesan.. antaranya)

1st - Harga Gula naik 20 sen
2nd - Starting harga baru rokok 20btg RM6.40
3rd - Credit card tax min RM50/year

Maknanya, CONFIRM lps ni harga brg2 lain akan naik!
Maknanya, belanja harian kita akan naik!
Maknanya, darah nak naik? hmmmm...

Tak mustahil jgk.. harga petrol jgk akan naik lagi samada tahun ni atau paling lewat tahun depan... sbb apa aku wat kira2 mcm tu? sbb tahun ni tahun ke-3 lps GE2008. So, sbrg kenaikan harga mengikut prinsip hendaklah dilakukan plg lewat pun setahun sebelum GE.. bergantung kpd isu2 yg boleh cover kenaikan tu la mcm cter rege gula ni, tuptup org dok kecoh psl kes nama Allah plak.. nmpk?

So, bersedialah utk belanja lebih.. tingkatkan tabungan masing2..


kata aku: Berbelanjalah dgn berhemah..belilah brgn tempatan... khokhokhokhok...