Showing posts with label Hackers. Show all posts
Showing posts with label Hackers. Show all posts

Sunday, June 19, 2011

cukup.cukup.cukup.

Rais: Kerajaan tak gentar dengan 'Anonymous'
Jun 18, 11 3:29pm

Kerajaan tidak gentar dengan ancaman kumpulan penggodam yang menyerang 198 laman web tempatan termasuk portal rasmi kerajaan sejak lima hari lalu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.

Katanya Malaysia sebagai negara berdemokrasi mempunyai undang-undang untuk menghukum mereka yang melakukan perbuatan itu.

Beliau memberi jaminan siasatan serangan oleh kumpulan penggodam yang bergelar 'Anonymous' itu akan diketahui dalam masa terdekat selepas pihak yang berkaitan mengenalpasti mereka yang terbabit dalam kejadian itu.

"Dalam perkiraan kita, mereka tidak menang dan kita tidak perlu takut kepada gertak dari dalaman mahupun luar tanah air," katanya kepada pemberita selepas memulakan perlawanan persahabatan badminton antara pasukannya, D'sury mementang Kraftangan Malaysia di Institut Kraf Negara di Rawang, hari ini.

Menurutnya, serangan penggodam itu tidak merebak dengan meluas kerana hanya sebahagian laman web rasmi kerajaan mahupun swasta mengalami kerosakan dan tidak mengakibatkan kelumpuhan terhadap keseluruhan sistem laman web yang digodam.

- Bernama


Kemon la pak menteri, no more st*p*d comments! Skrg ni bkn waktu nak cabar-mencabar. Kita semua tau yg kita punya IT ni xbtul2 secure lg. Buktinya pun dah ada.. itu yg kuar berita.. yg xkuar berita? yg kita xtau.. mcmana? Alang website pun diaorg bole defaced, bole curik data.. x mustahil benda2 lain diaorg bole buat. Teruk beb..teruk imej negara kita rosak sbb hal 2-3 hari nih. Nmpk sgt xsecure.

So, aku rasa sbg Menteri yg dibayar gaji oleh rakyat tuh pls la kurangkan bercakap benda2 yg merugikan dan buat kerja anda.. kita sendiri xtau kemampuan hackers nih mcmana so apa yg kita kena buat skrg ialah MANTAPkan security kita. Jgn nak cabar2 musuh yg kita xtau kemampuannya. Eloknya diam dan bersedia. Itu yg plg afdal.. huh.



Like I Care: Jom bersukan!

Friday, June 17, 2011

Cyber Attack: Dah ku kata..


Mungkin ada yg pandang remeh kata klu btul2 hackers, diaorg xde warning2.. hack je terus.. ya, itu hacking kategori biasa ya.. biasanya from kiddies yg baru masuk dunia hacking.. try n error.. tp yg ini mmg lain.. mmg x slalu buat.. siap bg warning dulu.. tu pun bg masa lg buatla apa yg patut sebelum diaorg hack.. tgk2.. KENA JUGAK! Aih korang nih.. buat keje ke x? Org CyberSecurity sendiri dah ngaku ni bkn keje hackers sebarangan.. korg lg ingat xde apa2 ke?
Tgk apa tajuk paper arini? Walaupun diaorg deface je tp sbnrnya aku rasa ini cuma warning je.. diaorg cuma hack betul2 siap reveal data users kat 1 website je.. yg lain2 tu aku xtaule.. maybe NEXT? who knows? So, kalini better watch out. Apa2 rujuk ngan CyberSecurity.. diaorg ada expert diaorg.. jgn memandai2 sendiri lg2 klu ada vendor2 yg approach.. time ni jgk la vendor2 nih nk cucuk jarum carik mkn.. tlg jgn bazirkan lg duit KAMI dgn lantik vendor & bayar juta2 utk benda yg bole dpt murah & FREE.. tlglah....

Operation Malaysia: 41 laman web k'jaan digodam

Cybersecurity: Serangan siber dijangka berterusan



Like I Care: Sempoi jgk logo dia kan?

Tuesday, June 14, 2011

Alert: Operasi Malaysia!




Penggodam Ancam Serang Laman Web Kerajaan
PETALING JAYA: Sekumpulan penggodam mengancam untuk menyerang laman web kerajaan www.malaysia.gov.my.

Kumpulan yeng meggelar diri mereka, Anonymous berkata, mereka akan menyerang pada pukul 7.30 malam GMT, Rabu (3.30 pagi waktu Malaysia) dengan menamakannya 'Operasi Malaysia'.

Ancaman itu diposkan dalam bentuk grafik di http://i.imgur.com/PTFWh.png.

Ketua Pegawai Penyelidikan F-Secure Corporation, Mikko Hypponen dalam tweetnya memaklumkan mengenai ancaman pada pukul 4.42 pagi.

Tiada makluman lain yang diperoleh buat masa ini.

Tidak dapat dipastikan punca kumpulan itu mensasarkan lawan web Malaysia.



Alert! Skrg ni hackers tgh mengganas.. so, sesapa admin website terutama website2 gomen better beware.. xsemestinya dia target website tu dia serang website tu jgk.. diaorg ni pun smart meh!!! So better beware guys!!!



Like I Care: Takleh tido dgn tenang la ini mcm...