Friday, August 17, 2012

Catatan menjelang Syawal

Bismillahirrahmanirrahim..
Salam 28 Ramadhan 1433H

Malam tadi rasa lain sangat.. dan pagi ni pun rasa hari sangat tenang.. apakah tandanya itu..
InsyaAllah.. keberkatan Jumaat di bulan Ramadhan juga..

Di kesempatan ini, sempena cuti panjang yg tak mungkin ada ruang untuk aku update apa2 di blog ini, aku nak menyusun sepuluh jari.. mohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki.. atas segala kesilapan diri aku ini.. dari dulu hingga kini.. mana yang tak molek, mana yang buruk, mana yang busuk, semua kekurangan tu haraplah dimaafi.. dan tahun ni jugak aku ampunkan segala salah silap kawan-kawan dan semua kenalan tak kira sahabat, saudara, rakan dan taulan.. moga korang semua dapatlah jugak ampunkan segala kesalahan yg pernah aku lakukan.

Diharap kedatangan Syawal kalini kita buka cerita lama.. cukuplah dengan cerita lama.. buang yang buruk-buruk..kita sambut yang lawa, cantik, comel & yg indah-indah saja untuk cerita baru kita semua..
















SALAM AIDILFITRI 1433H
..REEF..




Monday, August 13, 2012

Sabar

24  Ramadhan 1433H

Mood Ramadhan tentunya masih lagi. Semakin menghampiri hujung Ramadhan ini kesabaran makin bertambah-bertambah diuji lagi. Astaghfirullah.. kalaulah ini bukan bulan Ramadhan taktahu la apa jadi? Nampak tak hikmah yang Allah beri? Dugaan seperti ini hanya diberikan kerana kita mampu hadapinya.. kalaupun secara zahirnya sebenarnya kita tak mampu tapi diubah pula masa kesabaran kita diuji.. ditukar ke bulan yang mulia ini sebab Allah tahu.. kita mampu hadapi.. di bulan yang mulia ini.

Harap bersabarlah duhai hati. Langit cerah akan kembali menyinari.. amin.. InsyaAllah.


Saturday, August 11, 2012

Pengakhiran Ramadhan

Assalamualaikum wbh.

Salam 22 Ramadhan 1433H.

Pengalaman sepanjang 21 hari Ramadhan tahun ini sangat-sangat mengujakan.  Nampak banyak juga perbezaan dibandingkan dengan tahun-tahun terkemudian. Badan rasa lebih ringan, lebih bertenaga, lebih kekuatan. Itulah kelebihan menjaga kesihatan, menjaga penampilan terutama persiapan dari aspek fizikal yang kadang-kadang tidakpun diberikan keutamaan.

Orang menganggap yang penting cuma dalaman tetapi bila dalaman berat, luaran pun berat manakan seimbang dengan perbuatan. Kesihatan perlu diutamakan dalam membuat apa jua persiapan, lebih-lebih lagi untuk meningkatkan amalan melalui perbuatan.

InsyaAllah, dengan pengalaman sebegini akan mencorak bentuk persiapan yang akan mematangkan diri sendiri dan rakan-rakan. Jiwa yang tenang tak mungkin dapat dicapai jika kesihatan fizikal tidak dijaga dan dipertimbangkan.

Semoga kita terus jaga kesihatan, sama-sama tingkatkan amalan menjelang pengakhiran Ramadhan ini dan diteruskan ke masa hadapan.. InsyaAllah.. amin.

Jazakallah khairan kathira.