Thursday, May 29, 2008

SMS TIPU Lagi..

From: +60129395038

i baru kena 4D RM60,000 (6086)! So happy,i dapat tips tepat dari SMS TIPS.Mesti cuba, belum cuba belum tau! Cepat cepat hantar

ON DTIP

ke

32655
----------------------------------------------------------------------------------

AKU RASA NI ADALAH SALAH SATU LAGI CARA NAK KELENTONG ORG GUNA SMS, SAMA MCM YG IMAM KAT PERLIS KENA TIPU PSL DPT SMS DARI AF TU(IMAM PUN CAYA?).. SO BEWARE LA KEKAWAN.. MCM2 CARA ORG NAK TIPU NI!!!

Friday, May 23, 2008

CHENG HO HO HO..

Setelah lama plan ngan abg n kakak aku nak gi Restoran Cheng Ho ni tp tak dapat2 pegi, akhirnya mlm tadi dapatlah jugak melaksanakan misi kami.
Perjalanan bermula jam 7.45 mlm dari rmh aku meredah MRR2 dan exit di Tmn Permata.. melalui rmh kekawan d sana.. lalu jer.. hahaha.. sampai area NZ tu start la calling2 bedudak tanya kat mana cheng ho nih tp unfortunately.. gagal mendapat jwpn yg diharapkan.. nak tanya member yg dah pernah pegi line x clear plak.. so berpusing kejap kat situ sebelum terpaksa call abg aku jugak le psl dia dah survey tengahari tu ngan kawan dia.. konon2 taknak la call dia.. bole carik le kononnya.. tak pegi ngan dia psl dia amik akak aku dulu so aku ni kira kena dtg awl utk booking dulu la gamaknya.. sudahnya.. tanya je org kat tepi jalan tuh.. settle.. terus jumpa dlm 8.45.
Dah sampai kat dalam sudah penuh, tulis nama booking meja.. so sebab ada 7 org so reserved meja besar. Si Dewi(siap berkenalan lg..hehehe..), budak jaga booking tuh kata meja besar ni dlm 9.30 baru kosong.. aku cakap takpelah psl abg aku n rombongannya x sampai lagi so lepak jela kat luar tu.. tak lama dlm 10 minit diaorang sampai terus order makanan.. so kitaorg amik set yg 5-6 org tu rege RM99 + side dish yg paling famous kat situ.. CRAB SALTED EGG.. kena try la sbb first time kan.. ada la lg akak aku order apa ntah.. pepandai le aku kata..
Betul2 9.30 kena panggil kata meja dah ready so masuk x lama mknn semua dah ada.. apalagi.. belasah ler.. so, pada aku yg bukan selalu pun mkn Chinese Food ni dan tak cerewet sgt psl mknn ni rasa mknn dia SEMUA OK, takde yg tak sedap la pada tekak aku..
So, akhirnya dlm 10.30 kitaorg balik le dgn perut yg kenyang bersama hati yg tenang serta kenangan2 terindah di CHENG HO ISLAMIC SEAFOOD RESTAURANTS.. hahaha..

---> Amy takde la plak mlm td, ingat nak bergambar2 tp xpe la.. lain kali aku rasa aku mesti repeat pegi ini kedai..

Thursday, May 22, 2008

SMS lagi..

SMS Palsu : Ini penjelasan buat sesapa yg x tau lagi..
Oleh FND pada 11:23 AM zul4kulim.blogspot.com

Assalamua'laikum,

Saya menerima banyak SMS & phone call yang menyatakan Azlina Jailani @ Lina Joy telah menang kesnya, Datuk Azhar Mansor telah murtad dll. Pengirim message/email tersebut meletakkan nama saya sebagai sumber berita & boleh dihubungi untuk penjelasan.
Saya ingin menegaskan bahawa berita tersebut adalah palsu. Sebenarnya Azlina telah tewas kesnya di Mahkamah Persekutuan. Sahibul Samahah Mufti Perlis menyatakan bahawa Dato Azhar tidak murtad malahan masih dalam Islam. Saya harap maklumat ini akan menghentikan sebaran email/message yang palsu.

Adios

Zulkifli Noordin (Peguam Kes Lina Joy)

Aku datang...

Lagu Baru..

Aku Datang Untuk Mencintai mu - Ungu

Ku tau kau ragu akan hadirku cuba memasuki hidupmu
Ku tau kau takkan pernah percaya dengan kata cinta yang ada

Namun inilah diriku yang ada untuk dirimu,
Terimalah cintaku yang tulus dari hatiku,
Dengarlah pintaku untukmu.

Aku datang untuk mencintamu,berikan ayat terindah
tuk menyayangmu mendamaikan seluruh hidupmu,
tuk mencintamu memberikan ayat terindah
jadikan yang terbaik untukmu

Ku tau apa yang ada padaku takkan menyakinkan dirimu
Ku tau apa yang aku berikan takkan membuat engkau percaya

Namun inilah diriku yang ada untuk dirimu,
Terimalah cintaku yang tulus dari hatiku,
Dengarlah pintaku untukmu.

Aku datang untuk mencintamu,berikan ayat terindah
tuk menyayangmu mendamaikan seluruh hidupmu,tuk mencintamu memberikan ayat terindah
Jadikanku yang terbaik untukJadikanku yang terbaik untukmu....

SMS ttg Santau.. ada pernah terima?

Usah Percaya - Panggilan Santau
Posted on May 16, 2008 under Isu Semasa www.drmaza.com

SEREMBAN: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, menasihatkan masyarakat tidak mempercayai apa yang tercatat pada SMS amaran berhubung panggilan santau atau ‘tarik nyawa’ yang tersebar luas di negara ini sekarang.
Beliau berkata, walaupun perbuatan sihir boleh dilakukan dengan pelbagai cara, panggilan maut seperti didakwa itu agak sukar diterima akal.
Katanya, kepercayaan yang terlalu mendalam terhadap sihir menyebabkan ada anggota masyarakat terutama beragama Islam berada dalam ketakutan kerana bimbang terkena ilmu hitam itu.
“Ketakutan itu menyebabkan berlakunya tokok tambah sehingga mengganggu emosi dan pekerjaan harian,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sehubungan itu, Dr Mohd Asri berkata, penyebaran SMS itu perlu dihentikan segera kerana ia dikhuatiri akan menjejaskan usaha umat Islam mencapai kemajuan setanding masyarakat dunia lain.
Beliau mengulas pengiriman SMS peringatan yang dikatakan disebarkan pihak tertentu untuk mengingatkan orang ramai mengenai deringan santau atau panggilan syaitan yang kononnya akan mencabut nyawa penerima panggilan berkenaan.
Selain di negeri ini, SMS berkenaan dikatakan sedang berlegar di seluruh negara, terutama di Kuala Lumpur dan Melaka sehingga menyebabkan orang ramai mula risau dan tertanya-tanya sama ada aktiviti santau menggunakan kaedah baru itu benar-benar wujud.
Menerusi SMS berantai itu, orang ramai diingatkan tidak mengangkat telefon jika dihubungi satu nombor pelik yang kononnya boleh meragut nyawa mereka yang menjawab panggilan itu.
SMS yang tersebar luas sejak seminggu lalu mendakwa panggilan misteri itu mengandungi unsur sihir yang dikatakan sedang diuji sekumpulan penuntut ilmu hitam di Indonesia.
sumber: Harian Metro

Unfortunately..

22 May 2008
Chelsea not win anything this season incl UCL last night... (sepak tiang! bangang sungguh)

It's the right time to you, Mr. Abramovich to find THE RIGHT MANAGER for CHELSEA!

Rasa mcm nak buat camnih jer lagi... pls help...


Wednesday, May 21, 2008

Cerita Hantu?

Kesan buruk filem hantu
Posted on May 12, 2008 under Berita www.drmaza.com

Ia diakui oleh Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang turut menganggap ada antara filem hantu tidak menyumbang kepada pembentukan insan. Malah Islam sendiri tidak menerima apa-apa perkara yang boleh memperbodohkan masyarakat termasuk juga sesuatu pekara yang divisualkan dalam filem.
Lebih membahayakan apabila sesebuah filem seram itu ditonton oleh kanak-kanak yang sedang membesar kerana ia boleh mempengaruhi pemikiran mereka.
“Filem-filem seram yang keterlaluan adalah berbahaya kerana ia boleh menyumbang kepada penyelewengan akidah.
“Kepercayaan bukan-bukan seperti ada kuasa ghaib yang divisualkan dan hantu itu boleh mengetahui sesuatu perkara boleh menyebabkan masyarakat terpengaruh dan mempercayainya,” kata Dr. Mohd. Asri ketika dihubungi Jumaat lalu.
Filem seperti ini kata beliau boleh merosakkan akal disebabkan unsur serta gambaran yang diperlihatkan mengenai makhluk halus itu adalah tidak benar.
Maka ujarnya, secara tidak langsung akan lahir masyarakat yang penakut apabila mereka terlalu dimomokkan dengan filem seperti itu.
“Kita bimbang filem itu mempengaruhi jiwa masyarakat yang akhirnya menyebabkan mereka akan takut walaupun hendak ke bilik air,” katanya.
Bagaimanapun kata beliau, tidak salah untuk menghasilkan filem seram asalkan tidak diselitkan dengan unsur khurafat selain perlu menggambarkan syaitan itu lemah.
Dalam masa yang sama filem hantu yang dihasilkan juga perlu memberi kesan positif agar manusia tidak hilang keyakinan diri.
Mengambil contoh filem Zombie Kampung Pisang arahan Mamat Khalid, kata beliau, tema yang dibawa dalam filem tersebut tidak bercanggah kerana akhir cerita memperlihatkan makhluk halus itu tidak dapat menguasai manusia.
Sumber: Utusan Malaysia

Buah Hati di KK



Inilah Kitchai.. air yg aku tak pernah miss untuk order masa kat Kota Kinabalu aritu..

Masih terbayang-bayang lagi sampai x tido mlm bila teringat air ni kat KL nih wpun bukan susah pun nak buat.. ke teringat kat awek yg serve kat kedai makan tuh..hehehe...

Kalau tengok pun tau kan camna nak buat? Kat sini kita panggil limau suam tp kat sana kalau order limau suam dpt yg ini.. lebih ummmpph dari limau suam tu tp make sure guna limau kasturi, jgn limau nipis nnt x ummpphh..

Tuesday, May 20, 2008

Post & Pre ...

Piala Thomas


Spt yg dijangka, dgn skuad yg ada mmg tak diharapkan Team Malaysia akan bawak balik Piala yg last kita menang tahun 1992 dulu. Strategi Malaysia semua org tahu, double mmg target dpt point, satu lagi point utk single.. dah dpt point Chong Wei tp 1st double plak kalah.. dan spt dijangka, Hafiz tak akan menang punya.. so, what to expect? Tengok jelah.. time Chong Wei menang mmg excited la tp bila 1st double kalah terus dah tak berharap dah.. Harapan for the future so far adik beradik dari family Latif akan ikut jejak langkah anak-anak Sidek.. sorang tu nama dah sama lak ngan aku.. hehehe..



UEFA Champions League Finale @ Moscow

Khamis, 2.45 am (Esok pagi)



My Prediction:
CHE 2 : 1 MU

CHELSEA! CHELSEA! CHELSEA!

Saturday, May 17, 2008

Balik dari PD..



17 Mei 2008, 3.00pm

Baru sampai dari Workshop kat PD.. ingatkan ada team building tu yang dapat offer terus setuju je tapi takde pun.. agenda siang workshop, mlm karaoke.. tapi OKlah jugak, kira sambil2 bercuti jugak la.. so ni jelah buah tangan dari PD... enjoy...

Friday, May 16, 2008

Teachers Day!

16hb Mei 2008 (Jumaat)

Buat semua guru-guru di Malaysia.. khasnya Cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku di:

TADIKA Sungai Mas(1983) : Cikgu Habibah
Sekolah Kebangsaan LKTP Sungai Mas(1984 - 1989) : Cikgu Mariah bt Abdul(Cikgu kelas)
Sekolah Menengah Bandar Mas(1990-1995)
Sekolah Agama Sungai Mas(1985-1989)

Ramai sangat sampai dah tak ingat namanya, yg ingat tu pasal mcm Cikgu Habibah tu mmg masih jumpa sbb dia tinggal kat Sg Mas tu, Cikgu Mariah pasal Cikgu kelas 6 tahun woo.. mana boleh lupa, yg lg x boleh lupa dia punya cubit kat dada tu.. perghhh.. berbisa tuuu.. hehehe..
Yg mcm Sekolah agama tu ingat muka, nama dah lupa dan Sekolah Menengah tu ingat la Cikgu Jefrydin, cikgu disiplin tuuu.. ada la kes.. hahaha.. lg satu dia trainer aku rumah hijau, rumah sukan ler.. kan aku atlit dulu.. duluuuu laaa... hehehe..

Last yg mmg wajib tiap-tiap tahun aku wish ialah Ustazah Haliza bt Rosdan.. akak aku ler...

SELAMAT HARI GURU
Jasa & sumbangan anda semua mmg amat berharga...
ALLAH jualah yg dpt membalasnya

Thursday, May 15, 2008

Walimatul Urus!

Disebabkan bilangan surat-surat saman yang diterima semakin meningkat, so di kesempatan ini aku nak senaraikan la kawan-kawan/sedara/anak kwn2 yang akan mengakhiri zaman bujangnya pada musim cuti sekolah yang akan datang ini @ musim mengawan... hahaha...

1. 17hb Mei 2008(Sabtu)
Sharifah Nurul Diyana bt Tuan Sayed Zakaria & pasangan
(Anak tiri Lia - officemate) - Putrajaya

2. 25hb Mei 2008 (Ahad)

a) Redzuan Ahmad Hanafi & Nusuhaila Ismail
(Dua2 Officemate) - Kelantan

b) Mohamad Helmy b. Ismail & pasangan
(Jr. kat ITM Jengka) - Muar

c) Masriah bt Dahlan & pasangan
(Cousin) - Tangkak

d) Mohd Faizal aka johore & Yati
(WiSEr) - Kulai

3. 1hb Jun 2008 (Ahad)

a) Muhammad Rizan b Shamsul Bahrin & Normi bt Ahmad
(Dua2 Officemate) - Bt Caves

b) Mohammad Amin b Ahmad Zainuddin & pasangan
(anak x-Officemate) - Hulu Langat

c) Azlinda bt Nordin & pasangan
(Officemate) - Besut, Ghanu

4. 7hb Jun 2008 (Sabtu)

a) Mat Jan & pasangan
(Officemate) - Kokdiang, Kedah

b) Ar-Fauz & pasangan
(sedara n kawan) - Melaka



TAHNIAH & SELAMAT PENGANTIN BARU
Semoga tabah menempuh alam rumahtangga & kekal bahagia hingga ke akhir hayat...


** klu ada terima kad lg nnt aku update, yg belum kawen lg tu cepat2 merancang.. sbb kita hanya boleh merancang// jodoh, pertemuan semua di tangan Allah.

Friday, May 9, 2008

WiSE Community Family Day 2008



Tarrikh: 11 Mei 2008 (Ahad) - updated w image
Lokasi: FRIM, Kepong

Jam 7.50am pepagi dah sampai dah tapi hampeh.. sorang AJK pun xde.. so lepak jela baca paper jap x lama zisam n nasrol sampai kitaorang lepak2 la bfast dulu. Aku makan kuih 3 RM1 ngan nasrol, zisam bedal nasik lemak, dia kata smlm x makan.. lapor giler le gamaknya..hahaha.. tapi yg best ada lagi kat KL ni jual kuih 3 = RM1 ek? Kat kg aritu balik 4 = RM1 tp tu kg.. biasa la bg aku.. dah rezeki, kasi bedal je la.. tgh2 layan bfast tu AJK2 dah mula sampai n setup tempat. Aku arrange xtvt je so tlg2 mana yg patut je la kan? hehehe..
Konvoi peserta sampai dekat jam 9am. Patutnya plan asal kul 9 tu nak start xtvt dah so xpelah, bg diaorg lepak2 dulu.. minum2.. bfast apa yg patut. Memandangkan bfast tidak disediakan so memasing bwk mknn sendiri tp mcm biasa ada yg bwk lebih2.. roti canai, nasik lemak, kuih muih.. semua ada la.. kira mmg dah agak dah klu kita prepare pun mesti nnt membazir je..
So, gedebak-gedebuk kul 10.30am baru start acara pembukaan n sesi suai kenal dan akhirnya aku dapat melancarkan xtvt aku jam 10.45am. Dengan tema T.Hunt + Explore Race diaorg start dgn 4 group, satu group 8 org.. perghh.. nmpk jeles plak aku x dpt join wpun aku yg prepare benda2 tuh.. yelah, ni 1st time aku handle benda nih.. biasanya join jer.. dah la lama giler aku x masuk hunt nih.. dr yg kecik2 ofis buat lg la yg besar2 nih.. ingat tahun ni kena aktif balik ler klu x mmg tepu otak. Nak prepare soalan diaorng yg ada 5 ni je pun mcm xde idea. Nasib baik Jumaat tu idea dtg lepas tgk soalan2 hunt yg dulu. Yelah, buat soalan hunt ni bukan boleh main REDAH JER.. bukan mcm buat pantun teka-teki.. semua ada stendet dia.. kang main belasah jer tak best la sbb geng2 WiSE tu ada bbrp org yg biasa join hunt jugak. Lagi satu T.Hunt ni dah masuk kalendar xtvt tahun nih tp x tau sapa yg kena buat soalan.. ni kira pendedahan awal le sblm kita buat yg betul2 hunt nih. Tp yg itu klu aku kena handle jugak mmg kena buat betul2 plan n prep la.. klu org lain buat it's ok..selamatttt.. bole aku join.. hehehe..
Xtvt2 semua berjalan lancar wpun ada yg mcm kelam kabut la berkejar padahal dah bgtau rileks jer sbb xtvt tu semua kat area tu jer.. xed masalah masa pun. So, dlm jam 12pm tu abis semua xtvt.. Alhamdulillah, kejer dah settle. Acara seterusnya.. makan-makan la.. main dish dia BBQ.. ada ayam, kerang, sosej, ikan pari bakar, nasi, gulai ikan masin n nenas... perghhh.. byk gler mknn.. aku belasah ayam, sosej n kerang jer dah kenyang.. x larat mkn nasi dah.. so, lelebih tu tapau le skit utk dinner.. save le skit.. hahaha..
Habis mkn2 acara penyampaian hadiah xtvt, penyerahan DVD pertama WiSE dan ditutup dgn acara wajib.. sesi bergambar.. lepas tu acara bebas.. so, aku, zisam n nasrol pun bergerak ke atas bukit dengan tujuan nak naik jambatan gantung tp baru smpi 2 step trek tangga tu dah xde nmpk trek dah.. mana nak lalu nih? ada yg sesat plak nnt nih.. hahaha.. so, think smart.. kitaorg lepak la main air jap kat atas tuh.. sejukkk gilerr airnya.. best btul klu dpt berendam..
So, dlm kul 2.30pm barulah siap kemas2 utk blk dan akhirnya selamat smpi rmh jam 3.45pm..

So, next xtvt WiSE naik Cameron pada 28 Jun 2008 nih.. yeah.. Cameron.. tungguuu aku datang... yeahhhh... MENUJU PUNCAK.. hahaha...

Monday, May 5, 2008

FIKIR-FIKIR LAH YA...

Petikan dari MINDA MUFTI di www.mstar.com.my

Mengapakah dunia dipenuhi yang haram?
04-05-2008 07:33:48 PM oleh DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN (Mufti Perlis)

SAYA tidak pasti apa akan terjadi kepada generasi kita beberapa puluh tahun lagi. Dunia semakin tercemar. Mungkin banyak jenis haiwan dan tumbuhan yang indah-indah tidak lagi dapat mereka saksikan. Awan yang membawa asid, sungai dan laut yang bercampur toksid, hutan musnah dan udara yang tercemar, itulah kehidupan yang melingkungi mereka.
Mereka mungkin tidak akan kenal lagi apa itu keindahan alam; kejernihan air sungai yang sejuk, pohon-pohon yang menghijau indah, laut yang bersih dan udara yang segar lagi nyaman. Bagi mereka dunia ini semuanya pencemaran. Mereka mungkin tidak dapat faham apabila membaca ungkapan puisi-puisi indah tentang keindahan alam yang diwarisi dari generasi lepas.
Bahkan mereka mungkin menganggap itu semua hanyalah khayalan penulis, atau sejarah yang tidak dapat berulang. Apatah lagi untuk mereka sendiri berkarya tentang keindahan alam semulajadi. Itu hanya mungkin dilakukan jika mereka berkhayal seperti mana pelukis-pelukis hari ini berkhayal tentang alam yang penuh warna-warni seperti di negeri Fairy Topia. Itulah natijahnya apabila pencemaran telah menguasai dunia ini. Mereka kata dunia kotor. Mereka tidak tahu bukan dunia asalnya kotor, tapi manusia yang mencemarinya.
Begitulah dalam soal halal dan haram. Dunia ini asalnya dipenuhi dengan yang halal, bukan yang haram. Segala yang ada di dunia ini diciptakan untuk manusia, kecuali beberapa perkara sahaja yang dilarang sebagai ujian ketaatan kepada Allah dan untuk kebaikan manusia. Sebab itu, umpamanya jika kita mengambil sekeping kertas dan menyenaraikan makanan dan minuman yang diharamkan Allah, maka ia terlalu sedikit. Barangkali tidak sampai satu muka kertas. Namun jika kita disuruh untuk menyenaraikan perkara-perkara yang dihalalkan, tentu tidak memadai, sekalipun beberapa puluh lembaran kertas.
Maka sebab itu menjadi prinsip dalam Islam bahawa “Hukum asal bagi setiap perkara atau benda adalah harus (boleh)”. Bukan hukum asalnya haram. Maka berdasarkan prinsip ini, setiap makanan, minuman dan perbuatan boleh dilakukan selagi tidak ada dalil yang mengharamkannya. Bukan prinsip Islam, semuanya haram sehingga ada bukti halal. Cuma hanya dalam perkara ibadah, Islam melarang dilakukan apa-apa ucapacara ibadah sehingga adanya dalil bahawa itu diizinkan oleh nas-nas al-Quran dan al-Sunnah. Ini untuk menghalang agama rekaan dan penyalahgunaan nama Allah untuk rekaan sendiri.
Adapun dalam urusan harian, seseorang boleh makan dan minum atau lakukan apa sahaja selagi tiada bukti itu dilarang dalam Islam. Saya selalu umpamakan jika kita berjumpa dengan seekor binatang yang tidak diketahui jenisnya, tidak pula merbahayakan diri jika dimakan, maka -sekalipun namanya tidak diketahui- hukumnya halal dimakan. Inilah agama yang rahmat dan mudah.
Firman Allah: (maksudnya) Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? (Surah Luqman: ayat 20). Juga firmanNya: (maksudnya) Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi”. (Surah al-Baqarah: ayat 29).
Juga firmanNya: (maksudnya) Dan Dia memudahkan untuk (kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadanya; Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang berfikir. (Surah al-Jathiah: ayat 13).
Maka daerah halal dalam Islam teramat-amat luas, sementara daerah haram pula terlalu sempit dan sedikit. Jika ada pun yang diharamkan Allah seperti judi, babi dan arak adalah atas hikmah demi kebaikan manusia itu sendiri. Selain ia adalah ujian untuk melambangkan kepatuhan kepadaNya. Setiap perkara dan perbuatan adalah dibolehkan, kecuali jika ada nas yang mengharamkannya.
Sabda Nabi s.a.w.: “Apa yang Allah halalkan dalam kitabNya maka halal. Apa yang Allah haramkan, maka haram. Apa yang Dia diamkan maka itu dimaafkan. Terimalah kemaafanNya. Kerana sesungguhnya Allah tidak pernah lupa sesuatu pun”. Lalu baginda membaca firman Allah (maksudnya): “Maka tidaklah tuhanmu itu lupa” (hadis ini diriwayatkan oleh al-Hakim dan al-Darqutni, dinilai sahih oleh al-Albani).
Sesiapa yang meneliti nas-nas al-Quran dan al-Sunnah akan mendapati alangkah sedikitnya perkara yang diharamkan Allah dan alangkah banyaknya perkara-perkara yang Allah diamkan tanpa diberikan hukum. Itu semua termasuk dalam perkara yang dihalalkan sebagai satu kemaafan Allah untuk umat ini.
Justeru, saya begitu pelik apabila ada yang menyatakan dalam Islam ini kebanyakan perkara tidak boleh dimakan, diminum dan dibuat. Saya katakan itu dakwaan yang salah, dalam Islam ini, kebanyakan perkara boleh dibuat, dimakan dan diminum. Yang halal itu banyak, sementara yang haram pula sedikit.
Adapun perkara-perkara yang diharamkan itu pula, ada gantinya yang halal yang begitu banyak. Diharamkan arak, dihalalkan begitu banyak minuman lain yang tidak memabukkan. Diharamkan judi, dibenarkan hadiah, upah dan berbagai lagi. Diharamkan zina, disyariatkan perkahwinan. Diharamkan menilik nasib, diajar kepada umat ini solat istikharah. Haramkan babi dan anjing, dihalalkan berbagai binatang yang lain yang begitu banyak. Begitulah seterusnya. Mengapakah manusia menganggap Islam ini sempit? Padahal hanya sedikit diharamkan untuk kemaslahatan manusia. Dan itupun bersama gantian.
Firman Allah: (maksudnya): “Mereka yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang ummi (tidak menulis dan membaca), yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. (Surah al-‘Araf: 157).
Jika manusia merasakan Islam terlalu banyak mengharamkan, maka itu mungkin berlaku atas dua sebab. Pertama: manusia sendiri yang mencemari yang halal sehingga ia bertukar haram. Umpamanya, bersuka ria adalah dihalalkan dengan syarat tidak dicampuri perkara-perkara yang dilarang. Namun apabila unsur judi dijadikan saluran bersuka ria umpamanya, maka ia menjadi haram.
Pengurusan kewangan kesemuanya halal. Namun hari ini unsur riba dan penindasan telah dimasukkan dalam banyak urusan kewangan, maka bank-bank banyak yang beroperasi secara haram di segi syarak. Nyanyian dan lagu diizinkan oleh baginda Nabi s.a.w., namun apabila diselangi dengan unsur-unsur yang buruk maka ia dilarang.
Bukan Islam jumud atau sempit. Apabila kita ingin mendengar nyanyian kita sebenarnya hendak mendengar kata-kata yang indah dan bermakna. Bukan melihat pendedahan badan, atau gelagat liar, atau aksi yang pelik-pelik. Di Barat ada artis seperti Paris Hilton yang tiada apa-apa bakat yang menonjol dalam seni nyanyian atau lakonannya, tetapi menjadi masyhur kerana berjaya mendedahkan tubuhnya atau membuat aksi-aksi liar. Apakah industri hiburan kita ingin jadi seperti Barat?
Apabila saya tidak dapat menerima kehadiran artis tertentu ke Perlis bukan bererti saya menyatakan Islam mengharamkan hiburan untuk manusia. Tidak! Sama sekali tidak! Cumanya saya larang watak yang cuba dibawa mengiringi hiburan itu. Seseorang yang apabila berada di atas pentas, atau di depan lensa kamera akan terjerit, atau melompat, atau menunjuk aksi-aksi pelik, adalah lambang mempromosi ketidak matangan hidup. Sedangkan Islam menyeru kepada kematangan watak dan kewibawaan dalam hidup.
Apakah ibu bapa dapat terima jika anak-anak mereka berpewatakan begitu? Ada wartawan bertanya saya: mengapakah saya yang terkenal dengan pendekatan yang terbuka mengambil tindakan memusuhi artis? Saya kata kepada mereka; saya tidak bercakap soal artis atau selain artis. Saya bercakap soal rakyat perlu dididik dengan unsur-unsur yang mampu menjadikan mereka maju ke hadapan, berwibawa dan mempunyai identiti hidup yang jelas.
Bukan juga dengan lawak bodoh –walaupun dinamakan ‘raja lawak’- yang pada saya sebenarnya melekehkan akal rakyat dan mempersendakan kematangan orang ramai. Menonton watak-watak yang seperti itu tidak membangunkan minda mahupun kehalusan seni. Biarlah lagu kita ada ‘class’, lawak kita ada ‘class’. Di samping mendengar dan berhibur, manusia mempelajari falsafah hidup, kehalusan makna dan keindahan kata-kata.
Nabi mendengar nyanyian, dan baginda membuat penapisan. Dalam Sahih al-Bukhari, al-Rubaiyi’ binti Mu’awwiz menceritakan bahawa RasululLah s.a.w datang ke majlis perkahwinannya dan mendengar beberapa orang gadis memukul kompang dan menyanyikan lagu kesedihan mengenang bapa mereka yang terbunuh semasa peperangan Badar sehingga salah seorang mereka berkata: “Di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok”. Baginda bersabda: “Jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu”. Baginda melarang lirik tersebut kerana itu tidak benar dan menyeleweng. Sebab, yang mengetahui apa yang bakal berlaku esok, hanyalah Allah S.W.T.
Maka yang menyebabkan banyak perkara dilarang bukan kerana Islam itu jumud, tetapi manusia yang menggiatkan aktiviti itulah yang mencemarinya. Seperti alam sekitar yang saya sebutkan pada awal tadi. Akhirnya, umat Islam hanya mengetahui itu dan ini haram, bukan kerana kesempitan Islam, tapi dek tangan-tangan manusia sendiri. Ditambah pula dengan mereka yang berkesedaran tidak berusaha mengujudkan alternatif untuk semua yang terlarang itu, sedangkan Islam sentiasa mengadakan gantian bagi setiap yang diharamkannya.
Kedua: Islam kelihatan sempit dan jumud apabila wujudnya di kalangan umat Islam kelompok yang asyik mengharamkan segala perkara. Seakan prinsipnya segala perkara itu haram, sehingga terbukti halal. Ini menyanggahi nas-nas Islam yang dinyatakan oleh Allah dan rasulNya. Maka apa sahaja yang dia syak terus haram, bukan sahaja untuk dirinya, tapi untuk orang lain juga. Lalu diharamkan nyanyian secara umum, diharamkan memegang anjing, diharamkan bersiar-siar, diharamkan ketawa, diharamkan barangan jenis itu dan ini atas prasangka sempit dan berbagai lagi.
Lalu Islam dituduh oleh orang lain sempit, sedangkan Allah menyebut : (maksudnya) Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas. Katakanlah (Wahai Muhammad): “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki Yang dikurniakanNya?” katakanlah: “Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga Yang tidak beriman) Dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang Yang beriman sahaja) pada hari kiamat”.
Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui. Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu Dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang Bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya (Surah al-A’raf: ayat 31-33).
Sebab itu saya pernah mencadangkan dalam negara Islam seperti Malaysia, kita perlukan logo makanan haram, bukan logo halal. Kita hanya ambil tindakan kepada yang menjual makanan haram tanpa meletakkan logo haram. Sebabnya, sepatutnya dalam negara kita yang halal itulah yang banyak, sementara yang haram itu sedikit. Itu selaras dengan prinsip Islam. Maka, secara praktikalnya yang patut dilogokan adalah yang sedikit, bukan yang banyak. Jika tidak, tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada pengeluar. Maka tidak timbul isu makanan haram, atau cop haram palsu.
Mana mungkin ada orang suka diletakkan cop haram secara tipu-tipu. Maka semua pengusaha akan berusaha agar mereka tidak mendapat atau diwajibkan cop haram. Lalu semua perkara akan beransur menjadi halal. Maka tidaklah terasa sempit Islam kerana setiap kali hendak makan dalam negara Islam pun asyik cari cop halal ada atau tidak. Padahal banyak yang halal, cuma belum mendapat cop. Patutnya, makanlah apapun produk selagi tidak diletakkan logo haram, maka silalah. Itulah baru namanya negara umat Islam. Jika kita hendak buat duit dengan logo halal pun, itu untuk luar negara yang bukan Islam.
Di samping kita perlu tahu, baginda Nabi s.a.w begitu luas dalam soal makanan halal ini. Sebab itu apabila kaum yang baru menganut Islam berkata kepada Nabi s.a.w: “Sesungguhnya satu kaum membawa kepada kami daging yang kami tidak tahu mereka menyebut nama Allah atau tidak? Adakah kami boleh memakannya atau tidak? Sabda Nabi s.a.w.: “Kamu sebutlah nama Allah dan makanlah” (Riwayat al-Bukhari). Maksudnya, jika kamu tidak pasti tentang hal itu, kamu boleh menyebut nama Allah semasa hendak makan dan makanlah.
Maka, ruang halal begitu luas. Jika ada yang merungut kerana Islam asyik mengharamkan itu dan ini, maka sama ada dunia telah dicemari, atau kita sengaja menyempitkan diri.

p/s: Dulu sebelum Ustaz Asri ni jadi Mufti, dia selalu jugak la bg Kuliah kat Masjid Kawasan Melayu, PJ. Masa tu aku keje kat PJ lg.. smpi la Masjid tu kena roboh psl nak buat baru tak lama dgr2 dah jadi Mufti. Masa zaman2 tu mmg ramai Ustaz muda2 yg selalu bg Kuliah kat situ.. Ustaz Asri ni salah seorang la, yg lain mcm Ustaz Aizam, dulu Imam 1 skrg dah keje kat BHI, JPM, Putrajaya. Pikir2 balik, rasa RINDU plak zaman2 tuh..emmmm...