Wednesday, December 31, 2008

SILENCE



While silence guarantee peace
It often agonizing
As it prolongs glumness
It certainly worries a lonely heart
When do lonesome reign over me?
And the pain is endlessly excruciating
Convince the damsel it all will be allright
Or it will be over in fortnight.


By: Diana Jones

TAHUN BARU 1430H ~ 2009M

Setiap kali tiba tahun baru, maka kita berkesempatan melakukan dua perkara;
merenung kembali apa yang sudah kita usahakan sepanjang tahun yang bakal berlalu pergi serta menetapkan matlamat baru mahupun menjayakan apa yang belum kita capai.

InsyaAllah pada tahun 1430H ini dan 2009M yg akan datang aku harap aku tak akan terus menyusahkan org lain.. terutama sekali org2 yg aku sayang dan InsyaAllah selalu berdoa utk kebahagiaan mereka.

Ya Allah Ya Tuhanku
AKU BERSYUKUR KEPADAMU KRN TLH MENJADIKAN AKU ORG YG BERIMAN, ORG ISLAM BKN ORG KAFIR
AKU BERSYUKUR KEPADAMU KRN TLH MENJADIKAN AKU UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W.
AKU BERSYUKUR KEPADAMU KRN TLH MENUTUPI & MERAHSIAKAN SGL DOSA2 KU SLM INI
AKU BERSYUKUR KEPADAMU KRN TLH MENJADIKAN REZKIKU TIDAK DIKUASAI OLEH ORG LAIN

SHJ AKU HARI INI dan hari-hari mendatang TIDAK AKAN ZALIM
SHJ AKU HARI INI dan hari-hari mendatang AKAN MENOLONG ORG2 YG MAZLUM
SHJ AKU HARI INI dan hari-hari mendatang AKAN MENUNAIKAN HAJATNYA SAUDARA SESAMA ISLAM

SEMOGA TAHUN INI AKAN LEBIH MEMBERIKAN KEBAHAGIAAN KPDKU
DAN JUGA ORG2 YG KU SAYANGI & YG MENYAYANGI DIRIKU INI..

AMIN.. YA RABBAL ALAMIN...

Tuesday, December 30, 2008

Cuti Balik Johor

Aku cuti 26hb aritu so dapat le 5 hari bercuti di Johor... lama sgt dah rasanya x blk Johor nih. 25hb aritu patutnya pepagi lps Subuh(sebelum Zohor..hehehe) aku dah bertolak balik tp psl Family dari Kg plak datang KL mlm tuh & tido kat rmh aku so lmbt la blk. Diaorg nk melawat Uncle Zul(Dr Azizol--arwah--) kat Sunway Medical yg tgh tenat masa tuh. Kitaorg smpi Spital dlm kul 11am punyalah ramai kt bilik ms tuh. Ramai yg aku kenal la. Ms tu Uncle tgh tdo. Huda(ank Unc) kata dari kul 7 Unc tdo.. tgk mcm tenang je dia tdo x mcm Isnin lps aku tgk dia asyik mengerang menahan sakit jer(hati dh rosak). Tak lama dlm kul 12 tu dgr Auntie kata Doc suruh bwk Unc blk.. tgk blood pressure dh menten 46 dah.. semua dah pasrah jer.. so kami x ikut g rmh Unc kt S.Alam psl bpk kata blk jela sbb nnt smpi Kg lmbt so kitaorg pun blk jela. Smpi RnR Machap dlm kul 4.30pm, kebetulan berenti solat dpt sms dr Ana(ank Unc Man) kata Unc dh meninggal... Innalillah.. so psl dh dkt ngan Kg kitaorg blk jela rmh. Mayat sah kebumi lps Maghrib...
AL-FATIHAH buat arwah Dr. Azizol b Abd Kadir.

Masa on the way blk tu smpi Kulai dlm jam 4-5 tu so mcm nak singgah Taib Andak la tgk persiapan majlis kawen Mawi nih, nak dtg masa hari majlis mesti sesak nnt so singgah la kejap.. tgk padang dah penuh ngan khemah, keliling dewan pun siap ada khemah ngan meja, kat dlm pun tgh bz tp x nmpk la dlm apa diaorg buat. Tgk org kg pun mcm rilek je tup2 nmpk la banner mcm gmbr kt bwh tuh..so.. paham2 sendiri lah eh..hehehe... pastu plak dah alang2 smpi situ pegi la tgk rmh Mawi tu camna kan..tgk dr luar ada 1 khemah pastu kat rmh mcm rileks jer.. kete ada la 4 bijik(termasuk 2 biji yg Mawi punya)

OK, citer psl cuti cambiasa 1st day ngan last day reserved utk pjlnn jer.. jauh bang.. 5 jam dari KL.. xdela smpi 7-8 jam kan? hehehe..so ada 3 hari je nak wat apa2.. 2nd day Jumaat, pagi lepak rmh ptg kuar g Kota ngan Bapak.. urusan org bujang.. tua.. hahaha.. 3rd day gi Jusco Tebrau City.. nak tgk Cicakman 2 ngan family Kak Ijah tp smpi lmbt, dh tlps kul 11.30 punya wyg tgk lah BrainScan kul 1.10pm.
Hari ke-empat pepagi g mandi sungai..hahaha..ada lagi tau sungai yg bole buat mandi kat kg aku nih..sejuk glerrr..wuuuuuu...dlm kul 12 plak g JB lg.. round2 bandar tgk apa yg baru.. tgk tmpt2 kawin Majlis Mawi- Masjid Sultan Abu Bakar-Hotel Grand Paragon(hotel baru nih)-Stadium MBJB.. rmh Ekin lupa plak nak pegi..pastu pekena ABC Special kat Larkin, beli putu piring Larkin barulah pegi rmh makcik kat Kempas..sempat gak singgah beli Otak-otak Kempas.. semuanya yg ORI tau.. yezza.. hahaha..

So, itu je yg sempat buat balik Johor kalini.. byk lg benda nk buat sebenarnya tp masa mmg betul2 mencemburuiku..hahaha.. nak jumpa WiSer JB pun xde masa.. so xpelh..ada rezeki..umur panjang..sambung lain kali..lain masa..InsyaAllah..

So, inilh antara gmbr2 yg smpt diambil utk share.. takat ni kat opis ni baru lepas 2 je gmbr yg bole di upload.. rasa2nya korang tau kan apadia tuh..hehehe..

Tuesday, December 23, 2008

Asmawi aka MAWI

Dah lama tak citer pasal mamat nih. Rasanya dlm blog baru aku nih tak pernah plak kuar citer pasal mamat botak MAWI ni kan? Takde kena mengena pun. Dia bukan sedara aku. Bukan satu sekolah ngan aku. Bukan orang kampung aku(tp org Johor la..) tapi Jawa sama ngan aku..hehehe.. Gonjol sama ngan aku jugak cuma lebih dia la kot.. aku kureng skit.. hehehe.. Aku kenal dia pun mcm org lain kenal jgk.. AF. Tp klu sesapa yg pernah ikut my_previous_blog akan tau apa kaitan blog aku ngan mawi... rasa malas plak nak citer lebih2.. korang baca lah awal2 posting dlm my_previous_blog tuh.

Psl skrg ni tgh sibuk org citer psl Mawi kawen, kebetulan plak aku balik Johor(KT)Khamis ni sampai 29hb..bole la jenguk2 ke Felda Taib Andak kot??? emmm.. x mungkin lah..mesti org ramaiiii ya amaaat.. baik lepak2 rmh ke atau gi jln2 kat pantai2 yg indah di tenggara Johor tuh.. hahahaha.. ni aku amik la skit citer dia kat mstar nih...


MAWI-EKIN

Selayaknya diberi gelaran 'Wedding of the Year.' Walau tidak seeksklusif perkahwinan Siti Nurhaliza-Datuk K, pernikahan Mawi-Ekin membawa memorinya sendiri.

Pernikahan Mawi-Ekin di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor disiarkan secara langsung di siaran Astro Oasis.

Mawi-Ekin mengadakan tiga resepsi dengan tiga tema yang berbeza bagi menyambut hari bahagia mereka.

- Yang tidak sedap didengar apabila wartawan TV3 mendakwa mereka dihalang membuat liputan. namun, pihak Astro menafikan dakwaan ini.

Monday, December 22, 2008

Kau Di Hatiku


Kau Di Hati Ku - Zainal Abidin

Jangan menangis bertenanglah
Peganglah tanganku dan digenggam erat
Ku melindungi dari apa yang datang
Berhentilah menangis

Tubuhmu kecil bertenaga
Dalam dakapanku kau tenang dan lena
Pertalian kita takkan terputus
Berhentilah menangis


Kau dihatiku
Kau dihatiku
Hari ini dan selamanya


Kau di hatiku
Walau apa katanya
Oh... kau di hatiku
Selamanya


Mengertilah apa yang kami rasa
Tak berkeyakinan apa yang dikatanya
Kami berbeza tapi di hati kami
Tiada apa yang berbeza

Jangan kau dengar mereka tak tahu
Saling memerlu dan membantu
Di suatu masa kutahu

Destinasi tiba kau harus tabah
Ku 'kan bersamamu bersabarlah
Di suatu masa kutahu
Buktikan bersama kau


Selamanya
Bersamamu
Ku selalu bersamamu
Selama-lamanya

Pandanglah ke bahumu
Di sisimu selamanya

Tahu lagu ni? Orang kata kadangkala setiap apa yg barlaku ada pada kita semuanya ada lagu yg boleh kita kaitkan. Kadangkala bila kita dengar sesuatu lagu tu fikiran kita tiba-tiba melayang ke tempat lain..memori lama.. mungkin? ataupun memori semalam? hahaha.. Pagi ni tetiba je lagu ni terngiang2 dlm fikiran aku, dah jadi terbalik plak.. xde dengar pun kat mana2 tp ianya dtg sendiri.. ada teringat memori lama kah? mungkin? ahaks.. ntahapahapantah.. tapi aku rasa aku tau kenapa? yeah.. biarlah rasa ini rasaku.. kau kan tetap di hatiku.. oh Mya Zara.. hahahaha...

Friday, December 19, 2008

Mya Zara


Welcome to the NEW WORLD cutie!

Mya Zara telah selamat lahir ke dunia pada jam(lebih kurang) 2pm, 18hb Dec 2008 di Darul Ehsan Medical Centre(DEMC) Shah Alam. Masa pegi melawat dia Sabtu lepas semuanya nampak OK-OK jer.. Alhamdulillah..

CONGRATULATIONS TO AKAK LIZA & ABG ROME!
Dah cukup ke kuota tuh? hehehe..

Dia mai dah....



MENARIK BUKAN???

Lawo lah model baru nih..aritu ada jumpa version Singapore punya dpn mata..memang CUNNNN...ada masa free bole la melawat showroom dia nih..lps nih tunggu CIVIC new version plak tahun depan camna rupa dia...

Thursday, December 18, 2008

Prosper Time.. not yet!


Ni yg daging.. mmg selalu mkn yg ni lah..nyummmmmy...

Ni yg ayam..x pernah rasa tp rasanya daging lg sedap..so x dpt rasa pun xpe.. hehehe..

Lunch harini ingat nak g mkn ini burger.. yelah tiap kali time burger ni keluar mesti kena mkn punya SEKALI(jer?).. aku kalau mkn lebih sekali benda nih mesti dah x rasa best.. tekak ni lah.. hehehe..
Keluar dgn semangat g SOGO td sorang2.. org lain arini semua beralih arah.. ada yg mkn tmpt lain.. ada yg ajak pastu g ngan org lain.. ada yg mls keluar.. ada yg malas mkn.. ada yg cuti.. yg ini xyah kira lah.. apadaa... (pjg la plak citer?)
Pastu smpi SOGO Q pjg.. arghhh.. dah la sorang2 pastu Q pjg.. CANCEL! mls nk Q.. lain hari la repeat ke g McD lain ke? x larik burger tu dikejar.. bukan kejar org yg berlari pun kan? ahaks... balik ofis lpk2 baca paper pastu update blog nih.. hahahaha.. so, ada la citer arini.. klu x ada gambar je bosan gak kan?

Sekian berita terkini hari ini.. CHOWWWWWS

Saturday, November 29, 2008

Persahabatan

: SAHABAT - Aizat :

Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Chorus:
Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

-------------------------------------------------------------------


Friends Till The End

Friends ’till the end,
That’s what we always said,
Even when all hopes were dead.Friends ’till the end,
We will always be,
Nothing can ever come between you and me.

Friends ’till the end,
Even when nothing will bend,
Our friendship we will always mend.

Friends ’till the end,
There’s nothing we can’t overcome,
I know you’ll be there when I need someone.

Friends ’till the end,
We will never part,
As long as we have each other in our hearts.

Friends ’till the end,
Lies never told,
Standing together so strong and so bold.

Friends ’till the end,
With nowhere to begin,
I know I’ll never be without you as a friend.

Friends ’till the end,
You can cry on my shoulder,
That’s what I’ve always told her.

Friends ’till the end,
Through sun and snow,
While others still come and go.

Friends ’till the end,
When my light fades away,
She brings back the sunlight into my day.

Friends ’till the end,
Nothing else in mind,
Someone who’s always there when you’re in a bind.

Friends ’till the end,
All throughout time,
I’m proud to say you’re a friend of mine.

Friends ’till the end,
Even with a fight,
We’ll always be friends again that night.

Friend ’till the end,
Through thick and thin,
A strong friendship will always win.

Friends ’till the end,
Through laughter and tears,
With a friend you can overcome any fears.

Friend ’till the end,
We share all our dreams,
We will make it by any means.

Friends ’till the end,
Our hopes will all come true,
There’s no other pair like me and you.

Friends ’till the end,
Through highs and lows,
When we’re together anything goes.

Friends ’till the end,
We’re in the same boat,
But it will always stay afloat.

Friends ’till the end,
I’ll never be alone again,
As long as I have you as a friend.

Friends ’till the end,
No matter what people say,
We will always go our own way.

We may take other paths,
And go separate ways,
But we’ll always meet at the bend,
Because we’re friends ’till the end.

Friday, November 28, 2008

Kenduri..kenduri..

Sabtu(29/11/2008)
Shahrul & Aziha Wedd @ Klang
Ani & Sam Wedd @ PJ

Ahad(30/11/2008)
Fairuz & Nisha Wedd @ Sg Buloh

Aisehh weekend nih jadual kenduri penuh la plak tp masalahnya kena keje plak Sabtu nih.. ni yg leceh ni sbb ada 2 kenduri esok nih.. Dua-dua kena pegi sebab Aziha punya last week x pegi kena dtg opis so this weekend mmg x bole elak la. Pastu kenduri Ani ni mmg kena la jgk pegi, dh kira mcm family dh kitaorg nih siap Kak Yah(Ibu Ani & Anis) suh dtg arini lg psl nikah lepas Jumaat, ptg tu ada marhaban plak lagi. Tp dah ckp x dpt kot ptg ni, lgpun rasanya ptg ni nak g melawat isteri Bad yg baru bersalin ptg smlm kat An-Nur(1st baby setelah 5 tahun kawen nih). Pegi la tgk meraikan bapa baru nih..mesti excited psl lama sgt tunggu. Silap2 lps ni tiap tahun ada baby baru mcm si Lina tuh sama gak kesnya lps 5 tahun baru dpt baby pastu tiap tahun keluar satu sampai 3 tahun..rezki Allah tu kalau dah nak dpt mcm tulah.. So, sabar jelah sapa2 yg dah kawen lama tp x dpt2 anak lg tu.. KESABARAN & USAHA tu TANGGA KEJAYAAN.. hehehe..

So, buat pasangan2 yg baru dan bakal berkahwin ni aku ucapkan:

SELAMAT PENGANTIN BARU

Ooopps.. lupa plak. Minggu raya haji ni sorang lagi kawan sekolah aku kawen kat Kg.. tak tau la dpt dtg ke tak sbb x sure lg nak balik kg ke tak aku raya haji nih. Smlm dia dtg bwk kad cantik dia tuh.. hmmmm...

Sabtu(6/12/2008)
Normalah bt Saring & Mohamad Hairul b Daaim Wedding
@ Felda Papan Timur, Kota Tinggi, Johor.

Monday, November 24, 2008

BEBAS


Dengar kat radio ingat lagu MeetUncleHussain ke 6thSense ke rupa-rupanya arini aku donlod baru tau lagu ni dari Butterfingers..emmm.. dah lama x dgr lagu Butterfingers, last dari album ButterCup dia dulu laa.. ala yg cover album mcm lambang buttercup tula..saja je sebut buttercup senang nak ingat.. VioPipe, Girl Friday and of cause The Chemistry! Skrg ni dah buat lagu melayu plak..yelah market skrg bukan mcm dulu.. zmn group2 underground tgh subur.. group yg org2 kampung x pernah tau, x pernah dgr pun bole jual album at least 15k.. emmm.. mmg dh buleh untung dah member opis lama tu ckp.. Bob apa citer ko skrg ntah??? hmmmmm... kenangan lama x bole nak dibeli ngan DUIT tuh! cukuplah.. feeling la plak nnt.. hehehe...

Bebas - Butterfingers

Enjit enjit semut siapa sakit naik atas
arus pemodenan kian deras
pastikan kita tak lemas

Enjit enjit semut siapa sakit naik atas
jangan ketinggalan nanti kita melepas
kita semua perlu tekad

Sampai bila dibelenggu
hidup tanpa ragu-ragu
tanah tumpahnya darahku

Enjit enjit semut siapa sakit naik atas
usah buang masa itu emas
lupakanlah yang dah lepas

Sampai bila dibelenggu
hidup tanpa ragu-ragu
tanah tumpahnya darahku

Biar apa pun terjadi
saya tetap disini
menghapuskan dilema ini

Enjit enjit semut siapa sakit naik atas
arus pemodenan kian deras
pastikan kita tak lemas

Enjit-enjit.....

Kita semua perlu bebas ! (3x)

(mcm lagu zaman sekolah pun ya jgk enjit2 semut sapa sakit naik atas..kenangan lagik..hehehe..)

Saturday, November 22, 2008

IQ Test



Sebab dah lama tak memerah otak utk something mencabar, so aku terpaksa bongkar balik stor kat rumah nak carik benda2 yg menyihatkan otak aku yg dah lama x berkembang nih. Permainan ni dari budak2 sampai atuk2 pun bole main.. just untuk kembangkan kreativiti otak kiri kita ni untuk berfikir.. so.. adala jgk xtvt menyihatkan weekend nih.. hehehe...

Saturday, November 8, 2008

OST Laskar Pelangi

Lagu ni best.. citer dia x tau la best ke tak.. hehehe...


Laskar Pelangi OST. Laskar Pelangi - Nidji

mungkin adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
telah hilang
tanpa lelah sampai engkau
meraihnya

laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
raih bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya...

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau ini kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

menarilah dan terus tertawa
walau dunia takseindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya...

Buat Sahabatku Ebby(bukan Abby Abadi ya)

Cinta Dalam Hati - Ungu

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dengan hidupmu

Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku

reff/
Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga ujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
'Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

---------------------------------------------------

Mlm td ada citer yg tajuk dia sama ngan lagu nih so aku tetiba teringat kat kwn baik aku yg sorang nih.. jalan citer xde kena mengena pun ngan Ebby nih tapi lagu tu sesuai kot Ebby dengar.. agak2 nangis tak ko b? hehehe..

To Ebby,
Ini bukan pendedahan apa-apa tp ini saja cara yg sorang kawan mcm aku bole tlg ko setakat ini. Moga-moga ko terus tabah dan banyakkan berdoa.. smg segala-galanya akan berakhir dgn kesempurnaan dan kemenangan.

Walau apapun, ko mesti ingat ko masih ada kwn2 yg sentiasa berdiri di blkg ko.. LIFE MUST GO ON FRENNNN!!!

Monday, November 3, 2008

Cinta dan Benci


Cintailah kamu akan sesuatu sekadarnya kerana mungkin di suatu hari ia akan menjadi kebencian bagimu. Dan bencilah sesuatu itu sekadarnya kerana mungkin suatu hari yang lain ia akan menjadi kecintaan bagi kamu

Thursday, September 25, 2008

SALAM E'iDULFITRI



Selamat Menyambut Lebaran

Semoga Syawal ini memberi kegembiraan InsyaAllah...
Moga menjadi manusia yang soleh/solehah InsyaAllah...
Hati-hati bila pulang ke kampung... InsyaAllah...
Ingatlah Allah selalu... Jaga diri dan hiasi peribadi InsyaAllah...

Seperti sebuah perjalanan hidup,

semua yang telah terjadi tak mungkin terulang.
Semua yang pernah terucap pun pasti berbekas..
hanya doa ku..semoga setiap kesalahan yang kulakukan diampuni oleh Nya

SALAM KEMAAFAN DI AIDILFITRI
R.E.E.F

Wednesday, September 17, 2008

Nuzul Al-Quran


Alhamdulillah.. masuk hari ni dah 17 Ramadhan maksudnya dah 17 hari kita berpuasa. 17 Ramadhan juga ialah hari di mana Al-Quran diturunkan di mukabumi ini. Biasanya setiap tahun org akan buat Majlis Khatam Al-Quran pd 17 Ramadhan ni. So, aku masukkan satu artikel menarik ttg Nuzul Quran ini dan kaitannya dengan Malam Lailatul Qadar utk bacaan kita bersama.

Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar

Oleh; Dr. Samsu Adabi Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)


Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.

Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).

(c)http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=2084

Sunday, September 14, 2008

WiSE in Media (since 2006)

Actually ni ada keratan2 dlm majalah n akhbar n juga dlm bentuk DVD ttg WiSEcommunity yg saja aku nak share buat sesapa yg x pernah tengok. Ni koleksi yg WC ni ada sepanjang penubuhannya pada 1 Ogos 2005. Kalau ikutkan aktiviti WC ni mmg tiap2 tahun mcm2 la xtvt tp yg masuk media ni antara yg besar2 jela. Drpd semua2 tu xde la semua2 aku ada tp bole kata kebanyakkannya ada ler.. hehehe.. enjoy...


WiSE Grand TT 2008 @ SINAR HARIAN

WiSE Grand TT @ Majalah ExtremeKars

WiSE Grand TT DVD Cover


DIY/DIT 2007 @ Majalah ExtremeKars


Majlis Buka Puasa 2006 @ Majalah ExtremeKars

Majlis Buka Puasa 2006 @ Majalah Gila Kereta

Thursday, September 4, 2008

IHYA RAMADHAN


Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Berpuasa untuk semua umat Islam di Malaysia Khususnya.. Terlebih dahulu aku amat bersyukur kerana dapat jugak menempuhi sekali lagi RAMADHAN tahun ini. Sesungguhnya bulan RAMADHAN nilah masa untuk kita tumpukan sepenuh perhatian kita bermuhasabah dan meningkatkan lagi ibadah kita dan diharapkan akan berterusan sehingga ke akhir hayat kita. Sama-sama kita bermaafan di bulan yang mulia ini supaya setiap ibadah kita diterima olehNYA. Semoga kedatangan RAMADHAN kali ini dapat menghadirkan lebih keinsafan kepada diri kita... InsyaAllah.

Friday, August 29, 2008

Cyberspace CRACKDOWN!

Cyberspace crackdown begins
KUALA LUMPUR, Aug 28 — The crackdown against bloggers has started.

A day after The Malaysian Insider reported that the government was going to come down hard on owners of blogs and news portals, all 21 Internet service providers (ISPs) in the country blocked the Malaysia Today website.

The Star reported that the ISPs were acting under a directive of the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC).

The notices were sent out on Tuesday in accordance with Section 263 of the Communications and Multimedia Act.

“This means that MCMC is allowed to block any particular website which has committed acts that contravene the local laws of the country, for example, sedition,” a source told the newspaper.

This move is going to put the government in the firing line. Critics are going to argue that the MCMC’s action contravenes Section 3 of the Act which prohibits any censorship of the Internet.

Also, when the government launched the Multimedia Super Corridor, it promised not to allow any censorship of the Internet.

The Malaysian Insider reported on Tuesday that the need to rein in bloggers was discussed at a high-level meeting involving ministers and senior government officials last week.

The consensus among the government officials was that if nothing was done to counter the gush of accusations and allegations against Barisan Nasional leaders, the ruling coalition will face the real prospect of losing the next general elections.

According to their reasoning, some 400,000 new voters are registered every year. With next general election scheduled for 2013, BN will face two million new voters the next time it seeks a mandate from the Malaysian public.

The bulk of the new voters are in their 20s and their No. 1 source of information is likely to be the Internet. Their opinions about the country and its leaders are going to be shaped by what they read on new websites and blogs.

It is understood that an MCMC official at the meeting pointed out that the authorities had adopted a light touch approach because they were mindful of the government’s guarantee of not censoring the Internet.

But ministers and senior civil servants challenged this view, noting that action can be taken for offences under the Sedition Act and defamation.

That the Malaysia Today website was targeted is not surprising given the running battle between its owner, Raja Petra Kamarudin, and several prominent personalities, including Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak and his wife.

Raja Petra has alleged repeatedly that Najib and Datin Seri Rosmah Mansor were involved in the murder of Mongolian model Altantuya Shaariibuu, a charge which the DPM and his wife have vehemently denied.

Supporters of Najib have been pushing for tougher action to be taken against Raja Petra and his ilk, arguing that the same rules which bind the mainstream media should be applied on the alternative media.

This view is catching on in a government which is at a loss on how to counter the influence of blogs and websites.

## Waduhhh.. dah takde LANGIT TERBUKA dah sekarang.. penulisan BLOG adalah salah satu cara kita meluahkan apa perasaan kita, apa yg terpendam, apa yg kita nak lepaskan.. segala perasaan marah, geram, bengang, benci, suka, tak suka, boleh, tak boleh.. apa-apa jelah.. dengan luahkan di ruangan terbuka mcm nih hrp2 lah sesapa yg terbaca atau sependapat bole berkongsi perasaan kita.. mcm diari lah tp diari biasanya untuk simpanan kita jer tapi ini untuk kita 'share' dgn org. Mcm skrg aku tgh marah nih.. kat sini lah aku nak luahkan pun... ARGHHHHHH.. PEDULI HAPA... AKU MARAHHHHHHH... M.D... M.D... M.D... dah lama x melepak ngan geng J.M.D nih.. huhuhu...

Wednesday, August 27, 2008

Matang Powh: KEMENANGAN YG DIJANGKA

Tapi undi majoriti tu yang tak dapat jangka. Biasanya kalau pilihanraya kecil mmg saingan sangat sengit dengan segala jentera dan menteri kerajaan turun padang mmg rasanya kalau calon tak betul2 STRONG mmg parti selain kerajaan SUSAH nak menang. Ada sikit keraguan ttg jumlah undi sbb ptg dlm kul 6pm SPR kata yg keluar mengundi dlm 60% tapi bila malam 80% plak?????
Sepanjang mlm start kul 8 aku dah bertapa depan Astro Awani nak tgk ulasan n perbincangan pemerhati politik nih, bole gak tambah2 ilmu dari diaorg nih kan. Antara yg menarik Prof Shamsul tu kata BN mmg dah tau x bole menang tu psl kempen dia sangat PASIF. Isu-isu pun mmg x membantu langsung.. maknanya mcm alang2 dah tau kalah biarlah kita hentam apa2 yg boleh hentam masa kempen.. lebih kurang la.
Lagi satu benda yg disentuh masa kempen PKR plak ttg 16 Sept. Mungkin ramai yg berharap tp pd aku, x penting sgt 16 Sept tu kalau:
Pertama, perbincangan di Parlimen akan lebih berkualiti dgn adanya DSAI ni sbb dia akan memantau ahli2 pembangkang yg lari dari tajuk.. Prof Shamsul tu kata kredibiliti DSAI ni dia jeling je pun org dah respek...So, hrp2 betullah.
Kedua, Kerajaan akan gunapakai idea2 dari DSAI ni yg byk pengalaman ms dlm kerajaan dulu... wpun kerajaan tak bertukar.
Ketiga, Islam terus terbela di bumi bertuah ini.

So, dari kacamata aku yg x berapa tebal nih aku dapat simpulkan kemenangan DSAI smlm adalah titik tolak kepada perubahan lanskap negara samada jadi 16 September yg ditunggu-tunggu ataupun tidak.


KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL PULAU PINANG P44:PERMATANG PAUH

1.Datuk Seri Anwar Ibrahim (KeADILan) 31,195 undi.
2.Hanafi Mamat (AKIM) 92 undi.
3.Datuk Arif Shah Omar Shah (BN)15,524 undi.

Jumlah mengundi: 47,258
Peratus keluar mengundi: 81 peratus
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi

Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (KeADILan)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,398 undi

BERKENAAN SUMPAH: PENJELASAN MAJLIS FATWA

Majlis Fatwa Kebangsaan: Lafaz sumpah hanya selepas proses perundangan


Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat proses perundangan perlu berjalan terlebih dahulu sebelum lafaz sumpah laknat (muhabalah) dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam melakukan sumpah itu, ia perlu melibatkan kedua-dua pihak iaitu individu yang dituduh serta mereka yang menuduh dan ia tidak semestinya dilakukan hanya di masjid.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas dengan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan di sini hari ini, beliau berkata pendapat beberapa tokoh agama terhadap sumpah yang dilakukan baru-baru ini oleh Mohd Saiful berhubung dakwaannya terhadap Anwar itu, telah mengelirukan masyarakat dan ia harus menjadi pengajaran kepada pihak-pihak berkaitan dalam menangani isu seumpama itu pada masa akan datang.

"Kita (Majlis Fatwa Kebangsaan) merasakan bahawa proses perundangan harus berjalan dan muhabalah boleh mengambil tempat apabila proses perundangan itu sudah diselesaikan.

"Apa yang berlaku sekarang harus dijadikan pengajaran agar kedua-dua pihak dapat dibawa ke pengadilan dan apabila satu pihak merasakan bahawa dirinya tidak terbela atau teraniaya, maka muhabalah boleh dilakukan dengan melibatkan kedua-dua pihak berkenaan," katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata rumusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu bukan berpihak kepada mana-mana individu sebaliknya ia adalah untuk menegakkan kebenaran mengikut syariat Islam.

"Undang-undang Islam adil dan jangan harus khuatir memikirkan perbicaraan melalui perundangan dan muhabalah boleh dilakukan di mahkamah ataupun di luar mahkamah bergantung kepada keputusan yang akan dibuat.

"Kedua-dua pihak berkenaan mesti berada dalam situasi yang mengizinkan muhabalah atau sumpah itu dilakukan. Tidak semestinya kedua-dua pihak itu berada pada satu tempat tetapi kedua-duanya mesti terlibat (melafaz sumpah)," katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mempolitikkan atau memanipulasi isu berkenaan kerana sebarang persoalan mengenainya perlu dirujuk kepada ulama atau kitab-kitab agama.

Ditanya sama ada lafaz sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful mengikut syariat, Ahmad Zahid menjelaskan apa yang dilakukan bekas pembantu peribadi Anwar itu adalah bagi membersihkan nama dan imejnya.

Beliau berkata tindakan Mohd Saiful bersumpah dengan memegang kitab suci al-Quran dan dilakukan dalam masjid adalah perkara-perkara teknikal yang tidak dipertikaikan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

"(Bagaimanapun) kita berpendapat apa yang telah berlaku dijadikan pengajaran untuk kes-kes akan datang," katanya.

Ahmad Zahid menasihatkan umat Islam supaya tidak melakukan lafaz sumpah sewenang-wenang termasuk terhadap perkara remeh-temeh dan menjadikan perbuatan itu sebagai satu trend.

Beliau berkata sebarang lafaz sumpah itu perlu dilakukan selepas proses perundangan berjalan kerana jika seseorang itu kerap berbuat demikian, sumpah tersebut tiada nilai dan orang ramai tidak akan mempercayainya. BERNAMA

##Apapun, komen DSAI mlm td, "Saya akan bersumpah esok.. mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di Parlimen"...hahaha...

Thursday, August 21, 2008

Kedamaian Puchong

Sapa kata duduk Puchong tak best? Byk wooo tempat menarik kat Puchong nih.. OK ni antara view2 menarik yg bole dikongsikan..enjoy...


Sedikit view dari Tasik Prima Puchong... selama ni lalu tak sempat snap gambor.. so ni gambor paling cantik dlm koleksi aku yg bole dikongsi2 tengok ler..hehehe...


Ni gambar Masjid Puchong Perdana(from different angle).. nnt aku try amik masa remang2 kotaraya.. mesti lg menariks.. hehehe..

Tuesday, August 12, 2008

WiSE ku dan Hunts

Minggu lepas mcm2 benda berlaku kat aku. Kira mcm2 pengalaman baru dan lama campur2 sekali jd dah mcm rojak ler.. mcm-mcm adaaaa.. (ni nama group hunt kitaorg nih..hehehe)

Jumaat, aku dpt MC yg PERTAMA utk tahun nih! Fuhhh.. mcm x pernah sakit plak tahun nih kan? Bkn.. MC ngan sakit x sama.. sakit x semestinya dpt MC dan MC tak semestinya sakit..eh, tak.. MC mestilah sakit, klu x sapa nak bg MC kan? Pepagi dah g Klinik kat PJ tp x ramai org mcm selalu.. biasa klu hari Jumaat n Isnin mesti ramai org tp haritu x ramai.. so dgn selamba dpt jumpa Doktor n dgn selamba aku ckp "Pls give me MC today Doc"..dgn selamba jugak doktor jwp.. OK.. so, dpt setel smua blk rmh tido lorrr.. hehehe..
So, citer ptg plak. Dlm kul 4.15pm keluar g cuci kereta dgn niat nak cuci enjin skali..mmg dah lama tunggu sbb dah lama gler x cuci enjin nih.. nak cuci pk timing belt belum tukar, klu cuci dulu krg tukar timing belt kotor blk.. so, bila smua2 dh setel inilah ms nak cuci. Setel dlm kul 4.40pm terus blah menuju ke PJ.. x jauh dlm 500m enjin WiSE gua sudah start sebu.. ok no! prob biasa lps cuci enjin.. memandangkan aku nak cepat aku just main2 minyak sambil meluncurkan WiSE ku dgn lajunya.. dgn hrpn cepat le ok.. last time bila jd camtu aku stop jap, main2 minyak smpi ok baru jln blk. So, aku buat benda yg sama smpi le dah dkt area Sunway Mentari susur ke Federal tu kena berenti sbb Traffic Light..suddenly enjin padam.. rilex.. start enjin..x hidup.. start balik..x idup jgk.. start n start n start.. x idup maaa...waduhh...kasi ON hazard light.. carik henpon.. waduhh.. tggl 1 bar.. call mekanik PJ..xde org nak dtg..call mekanik Puchong.. ok, dlm 20-30 min sampai.. ok lepak..x lama sorg mamat polis traffic dtg tegur..borak2 jer..nak tolak pun x bole psl naik bukit so dia teman le kejap sementara tunggu mekanik..x lama dia pun blah n aku lepak le tunggu tepi smbil sms WiSEr terdekat bgtau lokasi.. RyCo call baru ckp sekejap batt dah kong..mampuss...1 jam berlalu mekanik x smpi2.. masak aku nih...x lama satu tow truck lalu dan berenti(sebelum tu ada 2-3 yg lalu tp x berenti pun. Pinjam henpon mamat tu kejap tanya mekanik.. dgn selamba dia jwb, kitaorg nk dtg tp bila tgk jln jem kitaorg patah blk..tepon abg x dpt..Fuhh..ok xpe tanya mamat towing tuh, biasa ko hanta kete mana? ok x? ok.. jomlah.. aku dah mls nk 2ggu lama2 sini.. nnt makin ramai yg tambah dosa maki kat aku..biasalah tuh... so smpi kat workshop kt Jln 229 tuh cek kejap dah tau apa prob.. ini dia bendalah yg prob tuh:

Ini nama dia Campulley Censor. Kat WiSE ada 59 jenis censor..so ini salah satunya yg kena jaga betul2 ya kwn2...

OK, psl itu brg xde so xpe tinggal situ Ahad gua amik psl esok mau T.Hunt ke Melaka plak..soh mamat towing tu anta gua blk sambil pk sapa nak amik gua esok gi ofis nih??? Hah.. Mat jep ada.. ok.. setel..

[Utk rekod, WiSE aku ni baru 1st time dia buat hal kat enjin selama 4 tahun lebih aku guna ni lah]

Sabtu, treasure hunt ofis KL-Melaka.. sampai awal dlm kul 12 lebih.. submit jwpn setel dlm kul 2 pastu mkn2.. mlm dinner yg x brp sedap tu pastu bole plak ada break utk mkn durian.. glerrr perut baru isi nasik dah nak layan durian.. mangkuk betul. Setel tu sesi penyampaian hadiah setel dlm kul 11 lebih blah g Umbai pekena ikan bakar reramai.. esoknya lps bfast dlm kul 9 terus blah balik KL.


Ni gmbr2 tepi pantai puteri tu..

Ni group kitaorg.. 4 kereta semua...

Wednesday, August 6, 2008

PERMATANG PAUH

Mengundi di Permatang Pauh 26 Ogos
Jimadie Shah Othman | Aug 6, 08 12:08pm

Pengundi di Permatang Pauh akan menentukan ahli parlimen baru kerusi itu pada 26 Ogos ini dalam satu pilihanraya kecil yang paling dinanti-nantikan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding semula selepas tiga penggal.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat hari ini menetapkan hari penamaan calon pada 16 Ogos.

Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi Anwar selama 17 tahun sejak memenanginya pada 1982 atas tiket BN.

Isterinya dan juga presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menguasainya selama tiga penggal sewaktu Anwar dipenjarakan pada 1999 dan 2004 dan dilarang bertanding dalam pilihanraya umum Mac lalu.

Dalam kenyataan media yang diedarkan kepada wartawan yang menunggu di ibu pejabatnya di Putrajaya, pengerusi SPR Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman menyatakan seramai 58,459 pemilih termasuk 490 melalui pos layak membuang undi.

Daftar pemilih yang digunakan dalam pilihanraya tersebut dikemaskinikan sehingga 31 Julai, katanya.

Beliau mengingatkan semua calon supaya tidak menyentuh sebarang isu yang melibatkan kes-kes petisyen pilihanraya umum lalu dalam kempen-kempen mereka.

Ab Rashid juga menyeru calon-calon menjaga tatatertib berkempen dan mematuhi undang-undang.


MOH PAKAT KE PERMATANG PAUH WEI..

Sunday, August 3, 2008

Sunday Lesson



There's FOUR things cannot be recovered

ONE - The STONE after the THROW
TWO - The WORD after its SAID
THREE- The OCCASION after the LOSS
FOUR - The TIME after its GONE

"TRUST YOUR INTUISION"

P/S: Just guess where I got this words??? hehehe..

Saturday, August 2, 2008

Syair ke lagu nih?

"Sayang dengarkanlah
syair kau tulis ku lagukan
moga jadi siulan suatu masa
dan moga engkau kan tersenyum
dengar irama indah
hanya itu yang mampu ku beri.. "

Wednesday, July 30, 2008

and the result is???


WiSE The Blues Supporter @ Std Shah Alam - 29/07/2008

Yiiiihaaaa..akhirnya dpt jgk tgk players team kesayangan aku main secara LIVE di depan mata(walaupun dihalang oleh tiang2 bendera bangang..apada letak tiang bendera kat situ). Suasana mmg happening.. disebabkan dah lama Malaysia tak dikunjungi team2 handalan dunia so mmg org kata rakyat Malaysia ni mmg dah lama la tunggu saat sebegini.. Stadium x FULL HOUSE(mayb ramai ingat ada LIVE kat TV..mlm ni baru ada ulangan daaa) tp mmg happening. Result rasa semua orang dah boleh agak tapi sebenarnya kalau ikut kesungguhan mmg team Malaysia boleh dipuji la.. CHELSEA 1st half FIRST TEAM turun mmg best la tengok tp bila dah masuk bebudak 2nd team dah mcm tengok sesi pemanas badan plak.
Apa-apa hal mmg BEST n BEST n BEST n BEST n BEST....hehehehe...

Saturday, July 26, 2008

3 Hari Lagi...

Indahnya ciptaan ALLAH



Credit to my-fren AzrulHelmi(helloBro)

UniKL-MIAT

MUAZ Registration Day @ UniKL-MIAT
Dtg kul 9am selesai register kul 4pm.. VERY EFFICIENT!
Baru aku tau kat celah2 hutan Dengkil tu ada U nih..hehehe..Actually bandar terdekat Bandar Salak Tinggi.. 1st time jugak la jejak kaki area situ..wallah!


banner


amacam, jambu tak Muaz? hehehe..





Benda2 ni lah yg diaorg belajar n repair...

Tuesday, July 22, 2008

FEAR



FEAR leads to Anger
ANGER Leads to Hatred
HATRED leads to SUFFERING


TAKUT membawa kpd MARAH
MARAH membawa kpd BENCI
BENCI membawa kpd PENDERITAAN


Quotes by One of our Big Boss

Wednesday, July 16, 2008

Debat dan Isu Semasa


"HARI INI MEMBENTUK KERAJAAN, ESOK TURUN HARGA MINYAK"

KOMEN:
50 Sen! Itu harga penurunan permulaan yg dijanjikan oleh PR bila dapat memerintah Malaysia mengikut harga minyak terkini dunia...emmm...boleh ke? So, dengarlah aku hujah2 yg diberikan mlm tadi...

Ada perbezaan JAWAPAN DENGAN FAKTA vs JAWAPAN UNTUK AUTA
Dah diingatkan jgn LARI dari tajuk, soalan tak dapat jawab tapi pi CORNER serang personal? Aku menunggu jawapan2 yg penuh dengan fakta dan professionalisme tapi apa yang aku dapat? Patutlah kerajaan kena hentam je sekarang? Dah le semlm sangkut kat JAMMED psl diberitakan ada perhimpunan dan rusuhan di Parlimen tp jawapan Menteri pun tak disertai fakta yang sahih.. dan malangnya menteri tu org kampung aku la pulak..waduhhh.. malu gue...

Menyentuh semula Debat mlm tadi, masih terngiang2 lagi ayat ni di telinga
"Di VENEZUELA INFLASI TINGGI, HARGA MINYAK RENDAH ... di MALAYSIA negara tercinta ni INFLASI TINGGI, HARGA MINYAK PUN TINGGI"

So, apa yang dia buat tahun 2008 nih? Lu pikirlah sendiri.. Assalamualaikum!

p/s: Mungkinkah ini kali TERAKHIR kita dapat lihat DSAI muncul bebas di TV? Kita tengok dlm bbrp hari ni.. ntah2 ptg ni DSAI dah ke 'DALAM'.. Inilah Malaysiaku....

Thursday, July 10, 2008

UNTUNG ORG SINGAPURA

Di saat rakyat Malaysia MENIKMATI KENAIKAN HARGA MINYAK, rakyat Singapura MERATAPI PENURUNAN HARGA MINYAK di sana......................

Harga petrol di Singapura turun RM9 sen
Oleh Bernama
Khamis, 10 Julai 2008
SYARIKAT minyak di Singapura mengurangkan harga petrol sebanyak S$0.04 sen (RM0.09 sen) seliter untuk menggambarkan situasi pasaran semasa.

Syarikat Petroleum Singapura Limited (SPC) mengumumkan semalam bahawa harga untuk tiga gred minyak yang dijual di stesen minyak negara itu mula diturunkan pada pukul 3 petang.

Beberapa syarikat minyak yang lain iaitu Shell, Exxon-Mobile dan Caltex mula mengurangkan harga jualan minyak sejak pagi semalam.

Harga petrol baru tanpa diskaun di stesen minyak kini adalah S$2.32 (RM5.53) seliter untuk gred 98-oktana, S$2.246 (RM5.356) seliter untuk gred 95-oktana tanpa plumbum dan S$2.213 (RM5.276) satu liter untuk gred 92-oktana tanpa plumbum.

Diesel yang kini dijual pada S$2.033 (RM4.77) seliter tidak terjejas dengan perubahan itu.

Pada Sabtu lalu, keempat-empat syarikat minyak di negara itu menaikkan harga petrol sebanyak S$0.05 sen (RM0.12 sen) seliter.

Harga minyak dunia jatuh lebih AS$5 (RM16.22) kepada AS$136 (RM441.27) setong kelmarin selepas kelembapan ekonomi dunia dilaporkan memberi kesan terhadap permintaan.

DEBAT LIVE



Debat 'live' di TV9, Awani, jumlah penyokong 50-50
Oleh Agendadaily
Khamis, 10 Julai 2008
DEBAT antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek pada jam 9 malam 15 Julai ini anjuran www.Agendadaily.com akan disiarkan secara langsung oleh TV9 selaku penyiar rasmi.

Debat itu juga akan disiarkan secara langsung pada waktu sama oleh Astro Awani.

Hanya 200 orang saja - 100 orang jemputan penganjur, 50 pihak Anwar dan 50 pihak Ahmad Shabrey diundang menyaksikannya di Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Debat itu adalah dibawah tajuk ' Hari ini membentuk kerajaan,esok turun harga minyak '.

Tuesday, July 8, 2008

Fun Ride to Cameron Highlands



Antara gmbr2 yg dpt dihasilkan... t.b.u.

RnR Rawang


On the way.. vrooommm..


Brinchang



dannnnn... gmbr wajib nih.. nyummm.. nyummm..