Saturday, October 15, 2016

Hello October!

Image result for october

Pejam celik pejam celik dah masuk quarter terakhir 2016. Dengan bersarangnya blog ni sejak awal 2015, kenapa tetiba je ada hati nak menulis sekarang ek? hahaha.. susah nak menjawab tuh.  Sementara tengah rajin nak menulis ni kita teruskan jela menulis sampai idea abis.

Yeahh, walaupun memang menulis ni minat aku yang sentiasa hidup.. tapi kan, dengan perubahan trend dan teknologi yang ada sekarang, medium juga memainkan peranan penting dalam kita mencurahkan idea yang kita ada.

Selama memeram lebih setahun nih, aku lebih tumpu pada medium insta.. yg lebih menggunakan gambar sebagai cara meluahkan apa yang aku nak luah.  Nampak macam pelik tapi itulah peredaran zaman.  Cara dan medium je berbeza tapi masih rajin nak meluahkan apa yang ada dalam diri.

Jadi, inilah luahan hati di hari ini di bulan Oktober 2016 yang dapat aku coretkan di sini.  Semoga berjumpa lagi di lain-lain kelapangan dan rasa aku untuk menulis lagi.

Adios!

Sunday, January 11, 2015

Selamat Datang 2015


Salam tahun baru masihi 2015.
Moga tahun ini akan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Kita berusaha sungguh-sungguh..
Kita berdoa sungguh-sungguh..
Kita YAKIN dengan usaha dan doa..
Akhirnya.. segalanya kita terima dengan penuh redha..

Ayuh bangkitkan semangat untuk tahun 2015 yang hebat!

Thursday, May 16, 2013

SELAMAT HARI GURU

GURU OH GURU

Berburu ke padang datar
dapat rusa belang kaki
berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG,1979

Friday, August 17, 2012

Catatan menjelang Syawal

Bismillahirrahmanirrahim..
Salam 28 Ramadhan 1433H

Malam tadi rasa lain sangat.. dan pagi ni pun rasa hari sangat tenang.. apakah tandanya itu..
InsyaAllah.. keberkatan Jumaat di bulan Ramadhan juga..

Di kesempatan ini, sempena cuti panjang yg tak mungkin ada ruang untuk aku update apa2 di blog ini, aku nak menyusun sepuluh jari.. mohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki.. atas segala kesilapan diri aku ini.. dari dulu hingga kini.. mana yang tak molek, mana yang buruk, mana yang busuk, semua kekurangan tu haraplah dimaafi.. dan tahun ni jugak aku ampunkan segala salah silap kawan-kawan dan semua kenalan tak kira sahabat, saudara, rakan dan taulan.. moga korang semua dapatlah jugak ampunkan segala kesalahan yg pernah aku lakukan.

Diharap kedatangan Syawal kalini kita buka cerita lama.. cukuplah dengan cerita lama.. buang yang buruk-buruk..kita sambut yang lawa, cantik, comel & yg indah-indah saja untuk cerita baru kita semua..
















SALAM AIDILFITRI 1433H
..REEF..




Monday, August 13, 2012

Sabar

24  Ramadhan 1433H

Mood Ramadhan tentunya masih lagi. Semakin menghampiri hujung Ramadhan ini kesabaran makin bertambah-bertambah diuji lagi. Astaghfirullah.. kalaulah ini bukan bulan Ramadhan taktahu la apa jadi? Nampak tak hikmah yang Allah beri? Dugaan seperti ini hanya diberikan kerana kita mampu hadapinya.. kalaupun secara zahirnya sebenarnya kita tak mampu tapi diubah pula masa kesabaran kita diuji.. ditukar ke bulan yang mulia ini sebab Allah tahu.. kita mampu hadapi.. di bulan yang mulia ini.

Harap bersabarlah duhai hati. Langit cerah akan kembali menyinari.. amin.. InsyaAllah.


Saturday, August 11, 2012

Pengakhiran Ramadhan

Assalamualaikum wbh.

Salam 22 Ramadhan 1433H.

Pengalaman sepanjang 21 hari Ramadhan tahun ini sangat-sangat mengujakan.  Nampak banyak juga perbezaan dibandingkan dengan tahun-tahun terkemudian. Badan rasa lebih ringan, lebih bertenaga, lebih kekuatan. Itulah kelebihan menjaga kesihatan, menjaga penampilan terutama persiapan dari aspek fizikal yang kadang-kadang tidakpun diberikan keutamaan.

Orang menganggap yang penting cuma dalaman tetapi bila dalaman berat, luaran pun berat manakan seimbang dengan perbuatan. Kesihatan perlu diutamakan dalam membuat apa jua persiapan, lebih-lebih lagi untuk meningkatkan amalan melalui perbuatan.

InsyaAllah, dengan pengalaman sebegini akan mencorak bentuk persiapan yang akan mematangkan diri sendiri dan rakan-rakan. Jiwa yang tenang tak mungkin dapat dicapai jika kesihatan fizikal tidak dijaga dan dipertimbangkan.

Semoga kita terus jaga kesihatan, sama-sama tingkatkan amalan menjelang pengakhiran Ramadhan ini dan diteruskan ke masa hadapan.. InsyaAllah.. amin.

Jazakallah khairan kathira.


Saturday, July 21, 2012

Selamat Bersahur :)


“Sebaik-baik makanan sahur seorang mukmin ialah kurma.” 
(HR Abu Dawud 2/303, Ibnu Hibban 223, Baihaqi 4/237)



Thursday, July 19, 2012

2 hari lagi..

‎2 hari lagi sebelum Ramadhan Insya Allah :-)
“Allahumma sallimni ila ramadhan wa sallim li ramadhan wa tasallumahu minni taqabbalan” 
(Ya Allah selamatkanlah kami hingga bulan Ramadhan ke depan, dan pertemukan untuk bulan Ramadhan dan terimalah seluruh amal kami pada bulan Ramadhan).