Thursday, July 10, 2008

DEBAT LIVE



Debat 'live' di TV9, Awani, jumlah penyokong 50-50
Oleh Agendadaily
Khamis, 10 Julai 2008
DEBAT antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek pada jam 9 malam 15 Julai ini anjuran www.Agendadaily.com akan disiarkan secara langsung oleh TV9 selaku penyiar rasmi.

Debat itu juga akan disiarkan secara langsung pada waktu sama oleh Astro Awani.

Hanya 200 orang saja - 100 orang jemputan penganjur, 50 pihak Anwar dan 50 pihak Ahmad Shabrey diundang menyaksikannya di Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Debat itu adalah dibawah tajuk ' Hari ini membentuk kerajaan,esok turun harga minyak '.

No comments: