Monday, July 7, 2008

BULAN REJAB

BULAN REJAB

Pada 4 Julai 2008 (Jumaat) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:?

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1428/Isra Mi'raj (Rabu, 30 Julai 2008) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (4,5 dan 6 Julai 2008) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."
===================================================================
Tengahari tadi, Kuliah Zohor kat Surau bawaan Utz Wahidin..lama tak dengar kuliah dia..so, ada bbrp perkara yg aku nak share.. yelah, ada ilmu x dikongsi x berkat lah nnt..
PERTAMA
- Rasulullah SAW dah pesan, aku tinggalkan 2 perkara utk umatku.. Al-Quran & Sunnah..jika diamalkan insyaAllah selamat dunia akhirat. Amalkan bacaan 100 ayat Al-Quran sehari.. nmpk mcm BERAT kan? Tp Good Tips yg Utz beri adalah x semestinya bacaan melalui penglihatan(maksudnya baca Al-Quran) ttp bole juga melalui Hafalan. So, cara yg senang nak amalkan 100 ayat nih.. baca ayat-ayat pendek yg kita hafal dan amalkan sepanjang hari..mcm surah al-ikhlas, pendek je kan..insyaAllah.. lebih dari 100 ayat kita dapat baca dlm sehari.. betul kan?

KEDUA
- Ttg amalan di bulan Rejab nih. Utz kata wpun ada mcm2 andaian dan perbezaan pendapat di kalangan Ulamak ttg amalan2 di bulan Rejab ni..yelah ada yg kata Nabi SAW tak pernah buat pun.. BIDAAH la apa kan? tp jika kita nilai diri kita nih(cth diriku sendiri ler) yg amalan x berapa byk pun.. kan bagus kalau amalkan perkara2 yg dinyatakan tuh..ms bila lg kita nak beramal klu tak masa-masa camnih? Pd aku mmg betul pun.. masa nilah aku nak tambah amalan.. xde la masa Ramadhan nnt baru nak terkial-kial cari Al-Quran, nak buat Solat sunat dsb.

KETIGA
- Amalan tambahan di bulan Rejab adalah Solat sunat 20 rakaat at least 3 kali iaitu sekali pada awal bulan, sekali pd pertengahan bulan dan sekali pada akhir bulan. Kalau tak dapat buatlah sekali.. kalau tak dapat jugak tak payah buat(sinis nih..hehehe). Ayat-ayat yg perlu dibaca senang je, rakaat pertama Al-Fatihah, rakaat kedua surah al-ikhlas.. dengar mcm mudah kan? Tulah, aku hrp2 aku dpt buat lah...amin..

Tu je isi kuliah yg aku dpt & ingat.. yg lain2 insyaAllah klu ada akn dikongsikan bersama.. ingatan utk diri sendiri dan sesapa yg baca blog nih. Kalau ada yg tak betul bole tlg betulkan ya..

Wassalam.

No comments: