Monday, January 12, 2009

Kisah Teladan hari ini: Kisah 6 Org Buta dan Gajah

Pagi tadi masa minum pagi ntah apa pokok ceritanya tetiba aku boleh tercakap pasal satu citer nih, citer pasal orang buta dengan gajah. Citer ni boleh kita kaitkan dengan kehidupan kita skrg nih yg bila timbul sesuatu isu yg baru masing-masing cuba untuk bagi pendapat, bg ulasan sedangkan mereka tak pernah pun tau ttg citer tuh. So, bolehlah ambik teladan kalau ada.. enjoy...

Anda tahu kisah tersebut? Kisah 6 orang buta yang diminta untuk menentukan bagaimana rupanya seekor gajah. Orang buta yang memegang kaki mengatakan gajah macam tiangseri, si buta yang memegang ekor gajah pula mengatakan gajah itu seperti seutas tali, yang merasa dan memegang belalainya mengatakan gajah adalah serupa dahan pokok, si buta satu lagi yang memegang perut gajah pula mengatakan gajah ini sebenarnya macam sebuah dinding, yang pegang gading pula katakan gajah macam paip yang keras dan si buta terakhir pula yang memegang telinga gajah pula terus mengisytiharkan gajah adalah sebenarnya macam kipas tangan!

Mereka kemudiannya bertengkar dan bertekak berhari-hari menegakkan versi rupa seekor gajah masing-masing. Kesemua si buta tidak mahu menyerah kalah dan berdebat mengatakan dialah yang betul manakala yang lainnya adalah salah. Maka bermasam mukalah keenam-enam mereka berhari-hari selain dari bertengkar dan bertekak sehinggalah satu hari datang seorang yang bijaksana menerangkan kepada mereka.

"Kesemua kamu adalah betul. Sebabnya setiap kamu menceritakan versi yang berbeza adalah kerana setiap dari kamu telah memegang bahagian gajah yang berbeza. Gajah sebenarnya mempunyai kesemua ciri-ciri yang setiap dari kamu sebutkan"

Setiap seorang daripada sibuta tersebut adalah "betul sebahagian" dan mereka juga adalah sebenarnya "salah keseluruhan" ("Each of the blind men was partly right, but they were all mostly wrong.")


Terpulanglah kepada faktor "seorang yang bijaksana" kumpulan masing-masing untuk menamatkan perbalahan pendapat dan persepsi ini. Wujudkah "seorang yang bijaksana" tersebut di dalam kumpulan masing-masing? Adakah wujud "seorang yang bijaksana" dalam memimpin kumpulan keluar dari kemelut ini ataupun kesemuanya mereka ini hanyalah "6 orang buta" semata-mata?

No comments: