Tuesday, February 10, 2009

Isu Terkini..nak Melayu ke nak Islam?


Ada banner camnih x kat Perak arituh?

Terpanggil dengan isu-isu politik terkini di Malaysia.. negaraku tercinta nih, aku nak luahkan jugak la apa rasa dan perasaan aku.
Aku bukan orang politik tapi aku amat minat mengikuti alam politik nih. So, bila ada cerita ttg hal2 politik ni mmg aku antara org yg pertama nak tau apa cerita sebenarnya. Kadang2 aku cari sendiri tp kadang2 org lain yg bg info sbb diaorang tau aku mmg berminat dengan benda2 macam nih.
Disebabkan isu-isu terkini politik ni nmpk makin panas skrg ini(atau sengaja dinampakkan mcm panas oleh media..yg pasti Metro ngan Kosmo tetap dgn headline "Bilik Rahsia di Pusat Karaoke" atau "Pesta S*ks sana sini").. aku tengok makin ramai plak yg selama ni tak pernah komen psl politik dah mula bagi pandangan masing2. Ada yg mengaku pun tak pernah endah ttg politik tp NAK jugak bg pandangan masing2.. termasuklah aku.. cuma bezanya aku ni mcm yg aku kata tadi lah.. mmg dah lama ikut perkembangan isu politik semasa...

Tak salah bg pendapat tapi tengoklah batas sumber maklumat yg kita ada. Kalau setakat tengok berita utama kat TV dan baca paper utama psl hal2 politik nih takyah la nak meroyan mcm2. Dapatkan byk sumber bacaan pastu fikirlah dengan waras..then nak meroyan apa2 pun x kesah.. betul! Kadang2 sumber maklumat yg terhad akan buat 'mental blocked'. Penyampaian dah berterabur..isi2 berita dah mcm hampes.. akhirnya nanti, diri sendiri yg malu.. it's TRUE!

Pada aku camnilah, takyah heran sangat apa yg media massa tulis.. sebelum nak komen kita fikir diri kita semula, kita ni nak mengaku Islam ke nak ngaku Melayu depan Allah nanti? Melayu lebih penting ke Islam lebih penting?

Pada aku dah tentu yg penting ISLAM.. bangsa2 ni dah patut kita kebelakangkan..klu tak start dari agama camna nak tlg negara Islam yg lain? tgk apa jadi kat Palestin.. bila org Islam kat Palestin kena serang mana org2 Islam yg lain? Pada aku politik tu cuma tapak nak kembangkan agama.. so, sokonglah pemimpin kerana agamanya.. bukan bangsa keturunannya.. dan kalaupun pemimpin tu tak jalankan amanah yg diberikan olehnya maka di situlah kita tunjukkan kekuatan kita..apa saja yg kita ada untuk tunjukkan pada mereka kita hendaklah kembali kepada agama kita...

Itulah saja pandangan PERIBADI aku..

wassalam.

No comments: