Wednesday, May 6, 2009

Ole-ole Kuching #4


deretan ikan baru

Inilah Pasar Satok

Ikan Terubuk Masin & Pasar Satok. Yg ini mmg tak dapat jumpa yg sama kat mana2 tempat lain selain di Kuching nih. Ikan terubuk masin ni special sebab garam yg digunakan tu special. Bukan guna garam biasa yg katanya harga garam ni pun lebih mahal. Cara nak buat ikan terubuk masin ni mula-mula ikan terubuk ni dia akan letak kat fridge sampai dia keras pastu baru boleh dipotong untuk letak garam sebab ikan ni kalau baru dia lembik, susah nak potong.
Cara penyimpanan pulak kalau nak simpan lama kena basuh dulu garam dia baru simpan dalam fridge. Nak lama lg simpan kat freezer. Mamat yg jual tu kata kalau kat freezer boleh simpan sampai 6 bulan..dia kata lah. Lagi satu kalau tak basuh garam tu nanti kalau goreng ikan tu hancur..dia kata jugak..hehehe..
Buat aku yg bukan addicted utk mkn ikan masin nih tak le heran sangat tp kalau dpt yg baru mmg best lah. Apapapun ikan masin ikan sepat pun aku OK jer.. no prob.
Tentang Pasar Satok tu memula aku ingat pasar ni mcm pasar Filipino kat KK tuh rupanya pasar basah jer..mcm pasar borong le kat sini. tempat dia pun kat blkg bangunan-bangunan rumah kedai. Memula lalu x jumpa tp bila lalu 2nd time baru nampak Pasar ni. Perjalanan dlm 5 minit jer dari Bandar Kuching tuh.
Kenapa org suggest nak beli ikan terubuk masin kat Pasar Satok ni adalah kerana kita boleh dapat harga yg jauh lebih murah dari tempat lain. Aku dapat harga yg dia tulis RM18 seekor tu dgn harga RM9. Org2 tertentu je yg dpt harga as display.. mayb org bangsa lain atau mat saleh ke? mayb ler.. tp ada ke mat saleh makan ikan terubuk masin tuh? hmmmm...

No comments: