Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru


Sambutan Hari Guru di Malaysia adalah pada 16 Mei setiap tahun. Setiap negara berbeza tarikh sambutannnya. Tahun ni jatuh pada hari Sabtu(esok) tapi ada sesetengah sekolah buat sambutan hari ni.(err...ada sesapa nak citer sejarah hari guru ni ke?) Kalau diingat-ingat balik mmg kerjaya seorang guru ni sebenarnya dah macam parents. Lagipun kalau dihitung sebenarnya masa kita banyak bersama guru daripada parents kita lebih2 lg zaman skrg ni dgn tution lg mmg betul la teori tuh. Pada akulah, walaupun aku ni taklah nakal sangat masa sekolah dulu(puji diri sendiri..hahahaha) mmg susah le nak jaga budak2 nih..amat susah..hmmm..mmg kena byk sabar..walaupun selalu jgk kena cubit baeeekkk punya ngan che'gu Mariah kan tp x pernah pun rasa dendam kat dia..lg sayang adalah..kat mana agaknya ek che'gu kelas sekolah rendah aku tu ek? kenala carik nih..tetiba plak rasa syahdu bila terkenang zaman jadik budak sekolah rendah nih..kan best dpt kembali pada zaman tu kan? hehehehe...

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru buat cikgu TADIKA aku, che'gu sekolah rendah, Puan Mariah bt Abdul(ni paling ingat ni.. dari darjah 1-6 tuh), che'gu-che'gu sekolah agama, sekolah menengah dan juga semua lecturer semasa melanjutkan pelajaran di Universiti dulu.

Sesungguhnya jasa dan pengorbanan anda semua saya akan kenang dan insyaAllah mendapat keredhaan Allah yg maha esa. aminnn.

No comments: