Friday, May 29, 2009

Berita Terbaru: Petang semalam


pic taken from theStarOnline

Bangunan Jaya Supermarket runtuh, tiga maut

PETALING JAYA: Bangunan yang pernah menempatkan pasar raya Jaya Supermarket di Seksyen 14/20 di sini runtuh petang semalam mengorbankan tiga daripada sembilan pekerja yang terperangkap ketika mereka melakukan kerja-kerja merobohkan bangunan itu.


baca selebihnya di sini

kata aku: Mmg nostalgia bangunan nih. Masa keje kat PJ satu masa dulu ni lah antara tempat kitaorg lepak2 dan membeli belah. Pernah training pun kat bangunan nih. Sebab dah ada bangunan baru(Jaya33) tuh so bangunan lama ni diaorg nak kasi runtuh utk buat bangunan baru yg lebih tinggi la kot.. kat area ni lah letaknya Bangunan Digital Mall(sebelah jer), kedai Lontong yg sedap dan juga Masjid Bulat.. tiba2 je bernostalgia la plak aku nih.. hahaha...

Sedikit ulasan berita: Hiburan

Artikel yg elok juga dibaca pagi ini di sini

Thursday, May 28, 2009

Update: New HP NB in the market

HP Pavilion dv2 Review






The newest 12-inch notebook from HP is no ordinary ultra-portable laptop. Featuring the new AMD Athlon Neo processor, the HP Pavilion dv2 promises to bridge the gap between low-performance netbooks and higher-priced ultra-portable notebooks.



read more here
review here and here

BREAKING NEWS TODAY!

DUN Manek Urai: Pilihan raya kecil 14 Julai

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai ini sebagai hari penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan.

Baca selanjutnya di sini

Friday, May 15, 2009

Menghitung jam..


Segalanya akan terurai beberapa jam je lagi....

Selamat Hari Guru


Sambutan Hari Guru di Malaysia adalah pada 16 Mei setiap tahun. Setiap negara berbeza tarikh sambutannnya. Tahun ni jatuh pada hari Sabtu(esok) tapi ada sesetengah sekolah buat sambutan hari ni.(err...ada sesapa nak citer sejarah hari guru ni ke?) Kalau diingat-ingat balik mmg kerjaya seorang guru ni sebenarnya dah macam parents. Lagipun kalau dihitung sebenarnya masa kita banyak bersama guru daripada parents kita lebih2 lg zaman skrg ni dgn tution lg mmg betul la teori tuh. Pada akulah, walaupun aku ni taklah nakal sangat masa sekolah dulu(puji diri sendiri..hahahaha) mmg susah le nak jaga budak2 nih..amat susah..hmmm..mmg kena byk sabar..walaupun selalu jgk kena cubit baeeekkk punya ngan che'gu Mariah kan tp x pernah pun rasa dendam kat dia..lg sayang adalah..kat mana agaknya ek che'gu kelas sekolah rendah aku tu ek? kenala carik nih..tetiba plak rasa syahdu bila terkenang zaman jadik budak sekolah rendah nih..kan best dpt kembali pada zaman tu kan? hehehehe...

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru buat cikgu TADIKA aku, che'gu sekolah rendah, Puan Mariah bt Abdul(ni paling ingat ni.. dari darjah 1-6 tuh), che'gu-che'gu sekolah agama, sekolah menengah dan juga semua lecturer semasa melanjutkan pelajaran di Universiti dulu.

Sesungguhnya jasa dan pengorbanan anda semua saya akan kenang dan insyaAllah mendapat keredhaan Allah yg maha esa. aminnn.

Wednesday, May 13, 2009

Peristiwa 13 Mei 1969



Hari ini 13 Mei 2009, genaplah 40 tahun peristiwa berdarah 13 Mei 1969 berlaku. Mmg aku tak lahir lagi pun masa tuh tp kemudahan mendapatkan maklumat pada masa sekarang dan kesedaran tentang sejarah negara menggerakkan hati aku utk ambil tahu tentang perkara-perkara penting dlm sejarah negara seperti ini. Sama-sama kita ambil iktibar dari semua perkara2 buruk ini agar tidak lg berlaku di masa akan datang...

Pautan pertama
Pautan kedua
Pautan ketiga
Pautan keempat

dan byk lagi pautan yg boleh korang dpt dlm internet.. search jer la..

Tuesday, May 12, 2009

1Office: Blackout!


Tak tau apa punca smlm masa tgh lepak2 baca paper kat office time lunch hour dlm kul 1.35pm tetiba je blackout. Aku OK jela.. jap lagi OK la kot.. tunggu punya tunggu sampai balik x ok jgk lampu.. cesss.. kalau tau mmg dah pegi jln2 KLCC ke mana ke tgk wayang ke kan? sah le Boss pun cuti..rugi..rugi..yg boleh lepak kat ofis lg tu psl aircond still ON & lampu toilet pun ON..so, boleh lah lepak borak2 sambil buat game menguji minda..ahaks..boleh..semua benda boleh buat...hahaha..so, pagi ni dtg semua dah OK.. nnt nak carik mamat2 mentainance borak2 tanya apa prob...


p/s:
Sembang skit psl perkembangan terkini isu Perak nih..hasil pemerhatian & bacaan aku lah.. mmg jalan terbaik adalah BUBAR DUN..kembalikan semua kepada rakyat..kata rakyat diutamakan kan????
berita berkaitan di sini, sini dan di sini

Sunday, May 10, 2009

Ibu..engkaulah ratu hatiku...



Kepada ibuku tercinta.. dan juga semua insan yang bergelar ibu..
Terima kasih atas segala pengorbanan yang tidak terhingga dari mula melahirkan, mendidik, menjaga makan pakai anak-anakmu itu.. semoga ianya akan diterima Allah.. AMIN.


p/s: TAKZIAH buat kawan WiSEku, Lia kerana kehilangan ibu tercinta di saat org lain bahagia menyambut Hari Ibu hari ini. Semoga Lia & family tabahkan diri & byk kan berdoa..moga rohnya ditempatkan di kalangan insan-insan yg beriman..AMIN.

Thursday, May 7, 2009

Keadaan di Perak

Apa dah jadi? Apa khabar rakyat Perak? Baik2 saja ke? ataupun sedang berduka lara?
Mungkin cerita-cerita di media massa utama nampak seperti semuanya mcm sediakala sahaja tp hakikatnya.. sedih aku baca mcm2 terjadi di sebuah dewan yg menempatkan ahli2 yg dipilih sendiri oleh rakyat di Perak.. aku doakan semoga Allah memberikan rahmat dan hidayahNYA ke atas negeri Perak khususnya dan juga seluruh Malaysia amnya..amiiinnn...


Berita berkaitan:

Catatan live dr salah sorang ADUN di sini

Catatan LIVE dr seorang pemerhati bebas di sini

A Night for Intelligent & Emotion - the result!



Rasanya dah tak berminat nak komen..tgk gambar tu taulah apa citernya...

Wednesday, May 6, 2009

Hiburkan hati



Bila hati tak tenang, badan tak sihat, minda tak tenteram maka perlulah kita cari benda2 yg boleh hiburkan hati kita. Nak cari, nak suruh org buat lawak untuk kita kan payah..lagi nak susahkan org pulak kan? so, carilah benda2 yg lawak khas utk diri sendiri..dah dapat tu aku share la utk kwn2..OK x? hehehe..

A Night for Intelligent & Emotion

Citer bola jap!

BUMP NEXT UCL GAME!
(Semifinal, Leg 2)

CHELSEA vs BARCELONA
7 Mei 2009 (Thu)
2.45am(Malaysian time)
LIVE @ Astro ESPN (Ch 812)

My prediction: CHE 2 : 1 BAR

Pagi tadi punya game secara rasmi MU dah layak ke Final@Rome. Pagi nnt satu lg tempat akan diisi oleh pemenangnya.. antara Chelsea & Barcelona. Atas kertas peluang masih terbuka utk dua-dua team. Ini pandangan jujur nih walaupun aku Fan Chelsea..hehehe.. pada aku main kat home bukan kelebihan sgt utk Chelsea. Kalaulah Drogba dpt score masa first leg aritu then Chelsea ada adv. Aku rasa pressure skrg lebih kat Chelsea sbb apapapun result WAJIB menang. Draw dgn gol akan melenyapkan impian Chelsea utk membalas dendam kekalahan di Final tahun lepas. Hrp2 kebijaksanaan Hiddink merangka strategi yg bagus akan dpt elakkan jentera serangan Barca berfungsi dan dpt meloloskan jentera Chelsea ke benteng Barca yg mcm goyah sbb central defender dia x brp mantop.
Itu saja komen aku.
I reserved my comment here.. until further notice..hehehe..

## dpt pesanan suara pg td dr +447743357046: Paksu,paksu pesan bj chelsea kn? Size ape? Wane?chelsea adidas kn? : )

Ole-ole Kuching #4


deretan ikan baru

Inilah Pasar Satok

Ikan Terubuk Masin & Pasar Satok. Yg ini mmg tak dapat jumpa yg sama kat mana2 tempat lain selain di Kuching nih. Ikan terubuk masin ni special sebab garam yg digunakan tu special. Bukan guna garam biasa yg katanya harga garam ni pun lebih mahal. Cara nak buat ikan terubuk masin ni mula-mula ikan terubuk ni dia akan letak kat fridge sampai dia keras pastu baru boleh dipotong untuk letak garam sebab ikan ni kalau baru dia lembik, susah nak potong.
Cara penyimpanan pulak kalau nak simpan lama kena basuh dulu garam dia baru simpan dalam fridge. Nak lama lg simpan kat freezer. Mamat yg jual tu kata kalau kat freezer boleh simpan sampai 6 bulan..dia kata lah. Lagi satu kalau tak basuh garam tu nanti kalau goreng ikan tu hancur..dia kata jugak..hehehe..
Buat aku yg bukan addicted utk mkn ikan masin nih tak le heran sangat tp kalau dpt yg baru mmg best lah. Apapapun ikan masin ikan sepat pun aku OK jer.. no prob.
Tentang Pasar Satok tu memula aku ingat pasar ni mcm pasar Filipino kat KK tuh rupanya pasar basah jer..mcm pasar borong le kat sini. tempat dia pun kat blkg bangunan-bangunan rumah kedai. Memula lalu x jumpa tp bila lalu 2nd time baru nampak Pasar ni. Perjalanan dlm 5 minit jer dari Bandar Kuching tuh.
Kenapa org suggest nak beli ikan terubuk masin kat Pasar Satok ni adalah kerana kita boleh dapat harga yg jauh lebih murah dari tempat lain. Aku dapat harga yg dia tulis RM18 seekor tu dgn harga RM9. Org2 tertentu je yg dpt harga as display.. mayb org bangsa lain atau mat saleh ke? mayb ler.. tp ada ke mat saleh makan ikan terubuk masin tuh? hmmmm...

Tuesday, May 5, 2009

Good News!



Actually ada dua berita gembira smlm. Satu masih dengar-dengar je yg satu nih dah kompom. So boleh update yg kompom jela dulu. Smlm cuma tau raftly je so baru arini aku dpt tgk details nya. Berkat doa mak, bapak, adik beradik kami satu family serta perkenan yg maha ESA akhirnya adik aku dah dpt tawaran masuk UIA. Alhamdulillah.

OK, walaupun aku mmg jarang borak ngan adik aku yg sorang ni tp aku amik tau la jgk hal dia. So, kalini aku nak nasihat la sikit.. Ika, amiklah peluang ni sebaik mungkin ya dik. adios.

Ole-ole Kuching #3


Pintu masuk..fully air conditioned ni tau!


sedia utk dirasa..nak melantak sampai abis pun xpe..hehehe..

KEK LAPIS SARAWAK! ya betul.. kalau ke Kuching, Sarawak kenala try kek lapis Sarawak nih. Walaupun kat semenanjung dah ada yg menjual kek lapis ni tp alang-alang dah sampai Kuching tu dtg le melawat kilang kek lapis yg paling glamer kat Kuching nih.. Kek Lapis Dayang Salhah(KLDS).
Aku tak kata paling sedap sebab bila aku jumpa orang Sarawak yg duk kat Kuching ni pandangan diaorg berbeza-beza. Ada yg kata owh..KLDS ni kilang kek paling besar kat sini.. ada yg kata ala semua lebih kurang sama je rasanya.. ada lg yg kata eh..ada lg yg lebih sedap.. so, mmg betul.. yg sedap tu pandangan masing-masing tp yg paling glamer mmg KLDS nih. Packaging cantik & pembungkusan utk travel pun nampak professional. X payah nak ikat2 ke ikat tali ke apa lagi mmg dia dah bungkus cantik dah. Kalau siap bungkus tu tanpa bukak boleh tahan 7 hari kek tuh. Siap mmg ada yg tempah by phone je dia post by airmail. Tu lah yg best tuh.
OK, perjalanan nak ke kilang ni paling senang naik bot je dari bandar Kuching tuh sbb kalau nak drive mmg jauh. Nak pusing tuh dari bandar kena lalu hiway ber tol baru lah sampai.. punyalah jauh kan? so senang naik bot je bayar 30sen ke 40sen ke nak byr lebih pun xpe..dlm 2 minit sampai le seberang sungai tuh. pastu kena jalan skit dlm 450meter sampai le kat kilang kek nih. Sebut kilang mesti org ingat kilang besar2 kan tp kilang kek nih rumah jer..actually kilang kek & bahulu gulung kat kampung aku tu pun sama jer..buat kat rumah so aku pun x pk la mcm org selalu pk tuh..hehehe..
Yg bezanya kat sini dia punya environment selesa sbb ada aircond..bersih dan teratur. Ada sofa utk lepak2 & kek testing. Makanlah sampai abis pun xpe..kalau larat ler.. harga dia 1 pek RM10 tp kalau beli 10pek FREE 1 pek lagi so bayar RM100 dpt 11 pek. OKlah tuh.. harga mampu beli & bole la bg kwn2 utk rasa buat sapa yg x pernah rasa tu kan. So, itu jelah citer kek lapis nih. Tang bahan2 & asal usul kek lapis Sarawak ni kena rajin2 la meng'google'kan diri.. jumpa lah korang..hehehe..

Monday, May 4, 2009

Ole-ole Kuching #2



Satu gambar yg mempunyai dua makna berbeza..kan? Apa yg korang fokus kan utk gmbr tuh ekk? OK camnih..sebenarnya aku nak fokus kan kat yg bwh tu.. AFUNDI Aishah tu ler.. walaupun Sabtu lepas dia terkeluar kan tapi nak citer yg org2 Kuching ni(tempat lain pun sama cuma ni pusat bandar ler) masih kuat semangat kenegerian mereka utk menyokong org2 negeri mereka dlm apa2 pertandingan..cayalah..tp camna leh terkeluar plak ek? hehehe..

OK, citer pasal Akademi Fantasia nih.. nak seru skit penyokong2 fanatik bdk2 AF ni terutama yg dah ada Fan Club ni kan TIPS camna nak undi.. kot2 ada yg tak tau lg ler.. sebabnya camna peserta favourite mcm ARIL tu boleh terkeluar? semua strategi yg tak betul la tuh..

OK, sedikit TIPS HOW TO VOTE YOUR FAVOURITE AF CONTESTANTS:
1. Pastikan kumpul segala kekuatan dari segi wang utk beli topup/line tepon dlm bentuk kumpulan/fan club anda dan pastikan continuosly vote for ur student.
2. Pada hari konsert mingguan, undian secara pukal hendaklah dihantar se awal jam 7 petang.. sekali lagi 7 petang ya! Pada Konsert FINAL.. undian hendaklah dihantar se awal jam 5 petang. Makin lambat korang undi makin tipis la kebarangkalian undi korang sampai tepat pada waktunya.. line jemmm wooo...
3. Gunakan kekuatan teknologi terkini spt internet, sms & forum utk sebarkan apa2 juga promo utk student fav korang.. yelah, nak provoke org utk undi lah.. pandai2 la buat citer..

Itu jelah tips yg aku rasa amat berguna sbb ini antara tips yg sorang kawan aku guna untuk AF season lepas. Walaupun student tu taklah popular mana tapi dapat masuk FINAL & x dapat no last masa Final.. sapa tu ye? hehehe...