Monday, September 20, 2010

Dari Jasin - Banting - Jasin semula

Antara topik2 panas yg keluar di medium penyiaran dari menjelang raya ke lepas raya berkisar di dua tempat nih.

Di kehangatan awal bulan Puasa.. tiba2 nama Jasin popular sbb tragedi di bazaar ramadhannya..meletup di akhbar..meletup di youtube..kiranya rata2 blog & medium maya pun byk yg tulis kisah yang sama.. Al-Fatihah buat mangsa..

Menjelang raya..kira2 10 hari sebelum raya plak nama Banting plak jadi glamer..(selain nama arwah..).. kisah pembunuhan kejam.. pembetulan, SANGAT kejam terus panas sampai ke hari ini.. kita tunggu Khamis ni untuk berita pengesahan DNA dari bukti2 yang ditemui.. dan Al-fatihah juga buat mangsa..

Sekarang ni plak media sibuk di Jasin semula, kisah Sekolah Harapan yang dah ada 5 orang pelajar(setelah 3 peringkat temuduga)..wow..glamer org Jasin..lepas nih jangan ada kata tak tau Jasin kat mana plak ye? mcm2 pendapat tentang Sekolah Harapan ni tp KM Melaka mmg slumber.. apa2 biar Melaka yg mulakan.. biar negeri kecik tp berJIWA besar.. itu kot yg ada dlm fikiran KM Melaka.. andaian peribadi je ni eh..

Apa yg boleh aku simpulkan kat sini selain banyak yg x elok dari elok citer2 yg berkaitan tu tp ini menunjukkan apa2 kejadian buruk ni x mengira tempat..baik di bandar maupun di ceruk mana pun.. Banting yg aku tau tempat banyak kilang kerepek selain tempat kelahiran keluarga Sidek(dan juga keluarga Ibrahim..kawan aku daa..) telah dikenali seluruh Malaysia umumnya sbg tmpt tragedi berdarah.. x tau le lps ni org takut nak ke Banting ke tak kot???

Jasin plak, mmg tmpt yg amat biasa bg aku tp masih ramai x tau.. pekan kecil je tp skrg dh ada Bandar Baru.. dah besar le tuh.. bagus la jgk utk perkembangan ekonomi org2 Jasin bila ramai dh tau..


kata aku: hmmm.. mcm2..

No comments: