Sunday, June 19, 2011

cukup.cukup.cukup.

Rais: Kerajaan tak gentar dengan 'Anonymous'
Jun 18, 11 3:29pm

Kerajaan tidak gentar dengan ancaman kumpulan penggodam yang menyerang 198 laman web tempatan termasuk portal rasmi kerajaan sejak lima hari lalu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.

Katanya Malaysia sebagai negara berdemokrasi mempunyai undang-undang untuk menghukum mereka yang melakukan perbuatan itu.

Beliau memberi jaminan siasatan serangan oleh kumpulan penggodam yang bergelar 'Anonymous' itu akan diketahui dalam masa terdekat selepas pihak yang berkaitan mengenalpasti mereka yang terbabit dalam kejadian itu.

"Dalam perkiraan kita, mereka tidak menang dan kita tidak perlu takut kepada gertak dari dalaman mahupun luar tanah air," katanya kepada pemberita selepas memulakan perlawanan persahabatan badminton antara pasukannya, D'sury mementang Kraftangan Malaysia di Institut Kraf Negara di Rawang, hari ini.

Menurutnya, serangan penggodam itu tidak merebak dengan meluas kerana hanya sebahagian laman web rasmi kerajaan mahupun swasta mengalami kerosakan dan tidak mengakibatkan kelumpuhan terhadap keseluruhan sistem laman web yang digodam.

- Bernama


Kemon la pak menteri, no more st*p*d comments! Skrg ni bkn waktu nak cabar-mencabar. Kita semua tau yg kita punya IT ni xbtul2 secure lg. Buktinya pun dah ada.. itu yg kuar berita.. yg xkuar berita? yg kita xtau.. mcmana? Alang website pun diaorg bole defaced, bole curik data.. x mustahil benda2 lain diaorg bole buat. Teruk beb..teruk imej negara kita rosak sbb hal 2-3 hari nih. Nmpk sgt xsecure.

So, aku rasa sbg Menteri yg dibayar gaji oleh rakyat tuh pls la kurangkan bercakap benda2 yg merugikan dan buat kerja anda.. kita sendiri xtau kemampuan hackers nih mcmana so apa yg kita kena buat skrg ialah MANTAPkan security kita. Jgn nak cabar2 musuh yg kita xtau kemampuannya. Eloknya diam dan bersedia. Itu yg plg afdal.. huh.



Like I Care: Jom bersukan!

No comments: