Monday, July 25, 2011

Bola: Malaysia Bulehhh!!!



First Leg result: MAS 3 - 5 SING
Second leg ???

NAK LAYAK MALAYSIA KENA MENANG 2-0 at least!



Like I Care: takat 2 gol mesti bulehhh punya maaa...

Tuesday, July 5, 2011

Raja Adil Raja Disembah!

Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan pada 9 Julai 2011.

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

- Bernama




Like I Care: Daulat Tuanku! Allahuakbar!

Saturday, July 2, 2011

New Muvee: TRAN 3 Dark of the Moon


Transformers 3: Dark Of The Moon - Earth's Last Stand

Adoyaiii.. brp byk tajuk daaa? hahaha.. tiap kali tgk muvee nih kt wayang, mmg rasa berbaloi2 sgt! Yelah, bayar rege yg sama utk muvee kurang 2jam dgn muvee yg dkt 2jam setengah mcm nih.. berbaloi2.. tp bkn nak cter psl rege tiket pun.. nk cter psl muvee la ofcoz. Ni pandangan peribadi aku lah ya.. klu kot2 ada yg xsetuju ngan aku tu komen & ego masing2.. xde kena mengena ngan aku pun. Lantak la org lain nk ckp cter Transformers ni gagal ke x, pada aku klu dh nama pun cter transformers tu smua2 best! Yg kata xbest ke gagal tu korg tau x yg penerbit, pelakon & krew2 diaorg xpernah gagal dpt untung? kita dpt apa? nk bising2, kepoh2 kata cter org gagal ke apa kita dpt apa2 ke? x kan? hahaha.. so, pada aku selagi aku tgk kat wayang tu x tertido tu(ada kes! hahaha).. oklah tuh.. so far camtulah ya.. sbb aku klu nk tgk muvee kt wayang ni mmg memilih.. so yg jd tertido tu mmg salah pilih la tuh! hampeh! hahaha..

Balik pd cter Tran 3 nih, aku harap la sesapa yg ada anak kecik lg tuh xyah la ajak tengok. patutnya versi Malaysia ni kena potong la part awal ngan last tuh. Haih.. aku tau le tu antara bahan penarik cerita tp utk tayangan Malaysia ni LPF potong le skit.. kesian la tgk org2 yg bwk bdk kecik kt wayang tuh.. malu ngan budak2.. mmg le PG13 tp tulah.. benda2 mcm nih xnak potong/buang/haram.. yg pakai t-shirt plak kena tangkap.. xke mengarut camtuh? arghhh... korang semua dah besar dah boleh pikir sendiri lah.. pandai2 le jaga diri!

Bab cter kalini mcm ada prekuel skit. Cter asal usul kedatangan robot2 ni ke bumi. Siap kaitkan ngan Apollo 11 plak. Tp yg pelik x cter plak camna decepticon & geng bole selamat? bukan last cter dah mampus kena bunuh ngan Optimus Prime ke? kan? huh!

Keseluruhan mmg TerBAEKK! selama 152 minit tayangan tu panggung xpernah sunyi.. action memanjang! BEST! BEST! BEST!



Like I Care: antara cter Transformers terBAEKKK setakat nih!

Mari Belajar: Google Maps

Selain Google Earth, 1 lagi cara nak carik direction incase anda malas beli GPS(mcm aku) dan malas tanya orang(bukan mcm aku ya!) sebenarnya Google Maps ni boleh membantu. Camna nak carik? masuk jela google, nampak la google maps dlm tuh. Apa function dia? ni ala2 GPS le bg direction via map mana2 tmpt yg kita nk pegi tp xtau jalan. Cumanya xdela suara seksi(ker?) mcm GPS tuh. Nampak mcm cerita biasa je kan? Tp ni aku nak share skit apa yg ada member aku share kat aku..dia dpt mana aku xtau la kan tp aku pun nak share kat sini. Kita wat tutorial skit cara penggunaan Google Maps. OK ikut arahan tuh.

If you've nothing to do..try this!

1. Go to Google Maps.
2. Go to "Get Directions".
3. Type Taiwan as the start location.
4. Type China as the end location.
5. Read STEP 23 of the directions.

Nak tau apadia? scroll le kat bawah nih..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

...................................... jeng ...... jeng ....... jeng ........................


Klik kat gambar utk lg CLEAR!


Agak2 korang nak ikut ke arahan tuh? ahaks..


Like I Care: Cubalah.. hahaha..

Harap Maklum

Oleh kerana arahan polis bahawa manusia yang memakai baju kuning adalah HARAM dan boleh ditangkap, makanya aku dengan ini menukar background blog ni dgn gambar itik yg bewarna KUNING.. hrp2 xdela binatang nama itik tu pun kena tangkap ya..

Terima Kasih.





Like I Care: Hrp2 maskot digi pun xkena tangkap ya...:P

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka

warna kuning diisytihar racun terbisa

Diragutnya baju-T segeram tenaga

dan diumum itulah busana bahaya

Tapi, kita jahit semula perca kain

menjadikannya panji terindah dan tulen

Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu

kita kembalikan damai ke dalam qalbu

Kini cahaya mentari mungkin diramas

dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas

Memanglah mereka kini peludah warna

sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya

Kerana nikmat amat lama berkuasa

kuasa pun seolah menjadi hartanya



Sebuah karya Dato' A.Samad Said