Wednesday, July 30, 2008

and the result is???


WiSE The Blues Supporter @ Std Shah Alam - 29/07/2008

Yiiiihaaaa..akhirnya dpt jgk tgk players team kesayangan aku main secara LIVE di depan mata(walaupun dihalang oleh tiang2 bendera bangang..apada letak tiang bendera kat situ). Suasana mmg happening.. disebabkan dah lama Malaysia tak dikunjungi team2 handalan dunia so mmg org kata rakyat Malaysia ni mmg dah lama la tunggu saat sebegini.. Stadium x FULL HOUSE(mayb ramai ingat ada LIVE kat TV..mlm ni baru ada ulangan daaa) tp mmg happening. Result rasa semua orang dah boleh agak tapi sebenarnya kalau ikut kesungguhan mmg team Malaysia boleh dipuji la.. CHELSEA 1st half FIRST TEAM turun mmg best la tengok tp bila dah masuk bebudak 2nd team dah mcm tengok sesi pemanas badan plak.
Apa-apa hal mmg BEST n BEST n BEST n BEST n BEST....hehehehe...

Saturday, July 26, 2008

3 Hari Lagi...

Indahnya ciptaan ALLAH



Credit to my-fren AzrulHelmi(helloBro)

UniKL-MIAT

MUAZ Registration Day @ UniKL-MIAT
Dtg kul 9am selesai register kul 4pm.. VERY EFFICIENT!
Baru aku tau kat celah2 hutan Dengkil tu ada U nih..hehehe..Actually bandar terdekat Bandar Salak Tinggi.. 1st time jugak la jejak kaki area situ..wallah!


banner


amacam, jambu tak Muaz? hehehe..





Benda2 ni lah yg diaorg belajar n repair...

Tuesday, July 22, 2008

FEAR



FEAR leads to Anger
ANGER Leads to Hatred
HATRED leads to SUFFERING


TAKUT membawa kpd MARAH
MARAH membawa kpd BENCI
BENCI membawa kpd PENDERITAAN


Quotes by One of our Big Boss

Wednesday, July 16, 2008

Debat dan Isu Semasa


"HARI INI MEMBENTUK KERAJAAN, ESOK TURUN HARGA MINYAK"

KOMEN:
50 Sen! Itu harga penurunan permulaan yg dijanjikan oleh PR bila dapat memerintah Malaysia mengikut harga minyak terkini dunia...emmm...boleh ke? So, dengarlah aku hujah2 yg diberikan mlm tadi...

Ada perbezaan JAWAPAN DENGAN FAKTA vs JAWAPAN UNTUK AUTA
Dah diingatkan jgn LARI dari tajuk, soalan tak dapat jawab tapi pi CORNER serang personal? Aku menunggu jawapan2 yg penuh dengan fakta dan professionalisme tapi apa yang aku dapat? Patutlah kerajaan kena hentam je sekarang? Dah le semlm sangkut kat JAMMED psl diberitakan ada perhimpunan dan rusuhan di Parlimen tp jawapan Menteri pun tak disertai fakta yang sahih.. dan malangnya menteri tu org kampung aku la pulak..waduhhh.. malu gue...

Menyentuh semula Debat mlm tadi, masih terngiang2 lagi ayat ni di telinga
"Di VENEZUELA INFLASI TINGGI, HARGA MINYAK RENDAH ... di MALAYSIA negara tercinta ni INFLASI TINGGI, HARGA MINYAK PUN TINGGI"

So, apa yang dia buat tahun 2008 nih? Lu pikirlah sendiri.. Assalamualaikum!

p/s: Mungkinkah ini kali TERAKHIR kita dapat lihat DSAI muncul bebas di TV? Kita tengok dlm bbrp hari ni.. ntah2 ptg ni DSAI dah ke 'DALAM'.. Inilah Malaysiaku....

Thursday, July 10, 2008

UNTUNG ORG SINGAPURA

Di saat rakyat Malaysia MENIKMATI KENAIKAN HARGA MINYAK, rakyat Singapura MERATAPI PENURUNAN HARGA MINYAK di sana......................

Harga petrol di Singapura turun RM9 sen
Oleh Bernama
Khamis, 10 Julai 2008
SYARIKAT minyak di Singapura mengurangkan harga petrol sebanyak S$0.04 sen (RM0.09 sen) seliter untuk menggambarkan situasi pasaran semasa.

Syarikat Petroleum Singapura Limited (SPC) mengumumkan semalam bahawa harga untuk tiga gred minyak yang dijual di stesen minyak negara itu mula diturunkan pada pukul 3 petang.

Beberapa syarikat minyak yang lain iaitu Shell, Exxon-Mobile dan Caltex mula mengurangkan harga jualan minyak sejak pagi semalam.

Harga petrol baru tanpa diskaun di stesen minyak kini adalah S$2.32 (RM5.53) seliter untuk gred 98-oktana, S$2.246 (RM5.356) seliter untuk gred 95-oktana tanpa plumbum dan S$2.213 (RM5.276) satu liter untuk gred 92-oktana tanpa plumbum.

Diesel yang kini dijual pada S$2.033 (RM4.77) seliter tidak terjejas dengan perubahan itu.

Pada Sabtu lalu, keempat-empat syarikat minyak di negara itu menaikkan harga petrol sebanyak S$0.05 sen (RM0.12 sen) seliter.

Harga minyak dunia jatuh lebih AS$5 (RM16.22) kepada AS$136 (RM441.27) setong kelmarin selepas kelembapan ekonomi dunia dilaporkan memberi kesan terhadap permintaan.

DEBAT LIVE



Debat 'live' di TV9, Awani, jumlah penyokong 50-50
Oleh Agendadaily
Khamis, 10 Julai 2008
DEBAT antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek pada jam 9 malam 15 Julai ini anjuran www.Agendadaily.com akan disiarkan secara langsung oleh TV9 selaku penyiar rasmi.

Debat itu juga akan disiarkan secara langsung pada waktu sama oleh Astro Awani.

Hanya 200 orang saja - 100 orang jemputan penganjur, 50 pihak Anwar dan 50 pihak Ahmad Shabrey diundang menyaksikannya di Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Debat itu adalah dibawah tajuk ' Hari ini membentuk kerajaan,esok turun harga minyak '.

Tuesday, July 8, 2008

Fun Ride to Cameron Highlands



Antara gmbr2 yg dpt dihasilkan... t.b.u.

RnR Rawang


On the way.. vrooommm..


Brinchang



dannnnn... gmbr wajib nih.. nyummm.. nyummm..

Monday, July 7, 2008

BULAN REJAB

BULAN REJAB

Pada 4 Julai 2008 (Jumaat) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:?

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1428/Isra Mi'raj (Rabu, 30 Julai 2008) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (4,5 dan 6 Julai 2008) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."
===================================================================
Tengahari tadi, Kuliah Zohor kat Surau bawaan Utz Wahidin..lama tak dengar kuliah dia..so, ada bbrp perkara yg aku nak share.. yelah, ada ilmu x dikongsi x berkat lah nnt..
PERTAMA
- Rasulullah SAW dah pesan, aku tinggalkan 2 perkara utk umatku.. Al-Quran & Sunnah..jika diamalkan insyaAllah selamat dunia akhirat. Amalkan bacaan 100 ayat Al-Quran sehari.. nmpk mcm BERAT kan? Tp Good Tips yg Utz beri adalah x semestinya bacaan melalui penglihatan(maksudnya baca Al-Quran) ttp bole juga melalui Hafalan. So, cara yg senang nak amalkan 100 ayat nih.. baca ayat-ayat pendek yg kita hafal dan amalkan sepanjang hari..mcm surah al-ikhlas, pendek je kan..insyaAllah.. lebih dari 100 ayat kita dapat baca dlm sehari.. betul kan?

KEDUA
- Ttg amalan di bulan Rejab nih. Utz kata wpun ada mcm2 andaian dan perbezaan pendapat di kalangan Ulamak ttg amalan2 di bulan Rejab ni..yelah ada yg kata Nabi SAW tak pernah buat pun.. BIDAAH la apa kan? tp jika kita nilai diri kita nih(cth diriku sendiri ler) yg amalan x berapa byk pun.. kan bagus kalau amalkan perkara2 yg dinyatakan tuh..ms bila lg kita nak beramal klu tak masa-masa camnih? Pd aku mmg betul pun.. masa nilah aku nak tambah amalan.. xde la masa Ramadhan nnt baru nak terkial-kial cari Al-Quran, nak buat Solat sunat dsb.

KETIGA
- Amalan tambahan di bulan Rejab adalah Solat sunat 20 rakaat at least 3 kali iaitu sekali pada awal bulan, sekali pd pertengahan bulan dan sekali pada akhir bulan. Kalau tak dapat buatlah sekali.. kalau tak dapat jugak tak payah buat(sinis nih..hehehe). Ayat-ayat yg perlu dibaca senang je, rakaat pertama Al-Fatihah, rakaat kedua surah al-ikhlas.. dengar mcm mudah kan? Tulah, aku hrp2 aku dpt buat lah...amin..

Tu je isi kuliah yg aku dpt & ingat.. yg lain2 insyaAllah klu ada akn dikongsikan bersama.. ingatan utk diri sendiri dan sesapa yg baca blog nih. Kalau ada yg tak betul bole tlg betulkan ya..

Wassalam.