Wednesday, April 27, 2011

E-mel 1Malaysia

Tricubes kenakan caj RM0.50 setiap email

Projek email 1Malaysia akan diteruskan dengan sasaran 5.4 juta pengguna menjelang akhir tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes Berhad, Khairun Zainal Mokhtar, di sebalik kontroversi yang dihadapi projek itu, ia akan tetap dilancarkan pada Julai ini.

"Kami akan lakukan yang terbaik dan mendapatkan sasaran demografi tersebut,” katanya.

Pada taklimat media di Kuala Lumpur hari ini, Khairun juga mengesahkan agensi kerajaan akan dikenakan bayaran RM0.50 bagi setiap email yang dihantar kepada pengguna tetapi orang ramai tidak akan dikenakan sebarang bayaran.

Sasaran Tricubes adalah mendapatkan purata 900,000 pengguna setiap bulan dan mendapatkan semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun menyertainya menjelang tahun 2015. read more


Maaf. Maaf. Maaf. Dari pemahaman aku, mmg pengguna guna free, tp kerajaan akan bayar 1 emel sorang 50 sen kat Tricubes. 50 sen tau! sms skrg paling mahal brp sen? 30 sen! ni emel beb.. brp byk untung tuh? perghhhh... pastu apa korang ingat kerajaan bayar tu guna duit mana? ada syarikat swasta sponsor ke? duit kita tu pembayar cukai yg x semestinya cukai pendapatan.. now makan kat kedai ke beli brg ke kita dah menyumbang xlangsung kpd cukai kerajaan.. dulu 5% tp skrg 6%..pastu nak encrypt pengguna kena bayar plak.. eh.. aku guna gmail yg FREE tu pun bole encrypt wei.. wadefish!

Ni nak bagitau nih. apa korang fikir bole guna emel tu kalau internet xde? kan elok asas tu yg diberi FREE dulu.. apa asasnya? INTERNET le! xkira la WiFi ke Berukband ke janji bole akses internet lah.. itu yg kena bg FREE dulu.. amacam, ada bran ka? kalau dah semua tempat xkira ceruk mana dalam Malaysia ni ada INTERNET FREE.. so, semua org bole pilih info mana yg diaorg nak baca.. org kampung ngan bandar dah sama2 terkedepan dlm mencari info.. so, amacam? lg skali aku tanya.. ada bran ka?




Like I Care: Think.. think.. think... buat pilihan skrg & tetapkan hati.. bersedia untuk mengundi..

No comments: