Tuesday, April 29, 2008

Tali Pinggang Keledar belakang diwajibkan?

Ni keratan paper apa bebaru ni tentang isu semasa:

Kerajaan beri tempoh tiga bulan sebelum ambil tindakan KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar bagi semua penumpang bahagian belakang kenderaan mulai Jun ini, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat. Bagi membiasakan orang ramai dengan peraturan baru itu, kerajaan bersetuju untuk memberi tempoh kelonggaran tiga bulan sehingga akhir Ogos sebelum mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang ingkar arahan berkenaan. Katanya, tempoh tiga bulan juga diberikan bagi membolehkan kementerian melaksanakan kempen kesedaran berhubung pelaksanaan undang-undang berkenaan menerusi pelbagai program supaya orang ramai tidak mengambil mudah mengenainya. Sebelum ini, kementerian itu dilaporkan akan membentangkan rang undang-undang mengenai penguatkuasaan peraturan berkenaan di Dewan Rakyat pada sesi Parlimen yang dijadual mula bersidang akhir bulan ini untuk diluluskan. "Bagi saya, peraturan itu perlu dilaksanakan segera iaitu seboleh-bolehnya menjelang Jun ini bagi membantu mengurangkan risiko kematian akibat kemalangan jalan raya," katanya kepada Berita Harian, dalam satu temu bual di sini. Cadangan mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar bagi penumpang bahagian belakang kenderaan mula ditimbulkan pada Mac 2006 oleh Menteri Pengangkutan ketika itu, Datuk Seri Chan Kong Choy berikutan syor daripada pelbagai pihak.
----------------------------------------------------------------------------------

Disebabkan benda ni baru kat Malaysia, aku cuba dapatkan respond kekawan aku yg pernah pegi oversea, tak kira la belajar ke keje ke tentang benda ni.. especially kat negara Europe.. so ini jawapan dan komen yg aku rasa paling boleh digunapakai sbb mamat ni pernah belajar n bekerja di US dan Australia..

Mohd Azam Jauhari quote:
Kat australia mmg diwajibkan.. bkn takat seat belt blkg.. klu bwk bdk kecik wajib pakai car seat utk bebudak tuh.. kat US pun mcm tu walaupun bkn kat semua negeri.. cuma klu nk implement yg tu kat sini mungkin membebankan mak bapak yg kurang mampu.. car seat budak tu mmg mahal kat sini, x mcm tmpt lain.. tp bg aku biarlah keluar belanja sikit asalkan lebih selamat..

No comments: