Monday, June 29, 2009

Jauhari yg Budiman


Entri Senin(smlm ler).
Semalam masa half time break game Spain vs Afrika smpt la jengah2 TV1.. Fenomena Seni yg Hos dia Rosyam Nor tuh..bkn selalu tgk pun..klu tgk pun bila dh xde cter menarik, tu pun kejap2 jer..so, smlm ms tgk tu kebetulan plak ms tu cter psl penulisan kot x silap aku sbb ms tu Azwan Ali tgh ckp..panel lain ada Juan Danza(wartawan hiburan) dan Prof Dr Abu Hassan Hasbullah, Pensyarah Media, UM yg makin terkenal tuh.
OK, apa yg menarik perhatian aku ialah apa yg Prof tu kata tentang Jauhari yang Budiman. Prof kata dunia penulisan hari ini terutamanya berkenaan hiburan(sbb tajuk ttg dunia media)di Malaysia dah sangat terpengaruh dgn dunia Barat. Penulisan di Malaysia terutama masyarakat Melayu skrg dah terikut-ikut sgt dgn Barat. Itu penulisan, kalau percakapan.. even worst right? Pernah dgr ayat berkias/kiasan kan? haa..kiranya mcm tulah.Cuma at certain case tu mmg kdgkala kenala jgk ckp direct jer.. tu pun ada batasnya.
So, apa sebenarnya Jauhari yang Budiman ni?

Jauhari ~ biasanya kita cuma tahu Hanya Jauhari mengenal Manikam kan? maksud di sini Jauhari tu org yg tahu ttg sst perkara..klu x silap la eh? lebih kurang maknanya..hehehe..

Budiman ~ baik hati, berbudi bahasa dan bersopan santun.


Jadinya, Jauhari yg Budiman dlm penulisan ni maksudnya gunalah ayat2 yang baik, elakkan ayat-ayat yg kasar dan boleh membawa maksud yang tidak elok. Kalau nak tegur, nak marah ataupun nak lepas geram sekalipun gunalah ayat-ayat yg elok..amalkan apa yg org tua2 kita dulu amalkan..tak kiralah apa bangsa kita sbb di Malaysia ni mmg dari dulu terkenal dgn budi bahasa nih..Bahasa Jiwa Bangsa beb!
Lagi satu pasal bahasa penulisan nih, kekadang apa yg kita tulis boleh memberi makna yg pelbagai kalau kita tak baca dgn intonasi dan nada yg betul. Org yg kenal, yg rapat dgn kita, yg tau kita macamana mungkin tau apa maksud ayat kita tuh tp kalau org2 yg kita kenal tp x pernah jumpa.. ataupun org yg mmg kita x kenal..confirm la x tau kita mcmana kan? so, kalau menulis di tmpt2 terbuka mcm di forum contohnya..jagalah tatabahasa dan ayat yg kita nak guna.. InsyaAllah, takkan ada yg salah faham yg boleh menafsirkan pelbagai impak di masa hadapan.
Pokok jambu, pokok rambutan, pokok durian(hmmm...i likeee...hehehe).. pokok pangkalnya lah.. kalau kita praktikkan apa yg dikatakan Jauhari yg Budiman dlm setiap penulisan dan juga percakapan kita rasanya kita akan lebih mudah bergaul dan lebih mudah org lain menerima kita.
Akhirnya, kalaulah ada aku tertulis atau tercakap benda2 yg x elok di mana2 juga aku harap sgt yg korang maafkan ya.. mmg kdg2 aku x bermaksud pun mcm tuh.. moga sama2 jd pengajaran yg berguna di masa depan.

STK.

No comments: