Friday, July 10, 2009

Wabak makin serius?

H1N1 kian serius, galak bertopeng muka, amal 'etika batuk'
Jul 9, 09 5:59pm

Wabak influenza A (H1N1) semakin serius sehingga kerajaan mencadangkan pemakaian topeng muka jika berkunjung ke tempat sesak, selain mengamalkan "etika batuk", menjaga kebersihan diri dan pengudaraan rumah yang baik.

Untuk membendung pandemik ini daripada terus menular dan merumitkan lagi wabak sehingga boleh terjadi kematian, kerajaan juga menggalakkan langkah proaktif "merenggangkan diri daripada orang ramai" seperti mengurangkan perjumpaan.

Serangan wabak influenza A (H1N1) masuk ke tahap baru hari ini dengan wujudnya gejala penularan tempatan yang tidak lagi dapat dikesan puncanya, termasuk di sebuah syarikat di Cyberjaya.


baca lagi di sini

Kalau awal2 dulu penularan dari luar negara, skrg ni penularan tempatan plak. Waduhhh..tp kat frontpage paper2 utama xde pun citer nih? kat dlm kena belek2 baru jumpa. Napa benda serius mcm nih tak dihebahkan secara serius? Ni wabak nih? vaksin pun x jumpa2 lagi..
Tadi masa on the way ke Masjid Negara lalu Dataran pun ada ramai tourist kat situ. Aku pun dah saspen je lalu di celah2 diaorg td sambil cover mulut dan hidung gaya malu2 cipan..cover2 la nnt diaorg perasan plak kan? saspen wooo.. ramai gler td mat2 & minah saleh.. ni mmg pure punya.. bkn yg celup2 tau..hukhukhuk..
So war-warkan la kt sesapa yg masih leka & x tau benda ni makin serius..bole je buat xtvt luar mcm biasa but be extra carefull frenz! Smg kita semua dilindungi olehNYA.. amin...


"SELAMAT BERHUJUNG MINGGU DGN SIHAT SEMUA"

No comments: