Wednesday, February 9, 2011

Fakta: Harga Minyak

Untuk mudahkan orang awam faham ambil contoh kelapa sawit. Kita adalah negara pengeluar. Kalau dulu harga sawit RM1,000 satu tan, sekarang dah naik RM3,000. Kita untung atau rugi? Sudah tentu untung 3 kali ganda. Begitu juga minyak mentah Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak dan menganggotai OPEC. Jika Malaysia jual kira-kira 700,000 tong minyak mentah sehari (merujuk data tahun 2008) pada kadar AS$130 (ambil RM3.8/1Dolar AS), ini bermakna perolehan setahun adalah AS$33 bilion iaitu melebihi RM126 bilion. Dengan anggaran perolehan melebihi 1 trilion ringgit untuk 10 tahun pada kadar disebutkan tadi, bolehkah harga minyak diturunkan? Jika benar rakyat didahulukan masa sudah tentulah jual murah di dalam negara tetapi jual ikut harga pasaran di luar negara. Ini adalah hasil negara yang sepatutnya dinikmati bersama.


bacaan penuh di: Penjelasan mengenai kenaikan harga minyak




Like I Care: yg pasti kita yg akan naik minyak bila harga brg2 lain sama naik kesan kenaikan harga minyak nih!

No comments: