Wednesday, February 9, 2011

Info: Semakan Daftar Pemilih

Boleh semak di sini:
SEMAKAN DAFTAR PEMILIH


Daftar Pemilih Baru Dipamer Mulai 09/02/2011
5 Rabi'ul Awal 1432 H | 8 Februari 2011


INFO Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Keempat 2010:
Dipamerkan mulai 09 - 15 Februari 2011 di 1,006 tempat pameran seluruh negara

SPR menerima 292,444 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru dan sebanyak 38,820 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi

Mana-mana warganegara yang baru mendaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2010 itu boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B.

Pemilih berdaftar yang hendak membuat bantahan terhadap kemasukan nama mana-mana orang dalam rang daftar pemilih itu pula boleh mengisi Borang C

Borang-borang tuntutan itu hendaklah diserah kepada Pendaftar iaitu Pengarah Pilihan Raya Negeri masing-masing dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh Rang Daftar Pemilih Tambahan itu dipamerkan

Nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada daftar pemilih atas sebab telah meninggal dunia, lucut hak kewarganegaraan dan telah bersara daripada angkatan tentera atau polis, yang bermakna mereka hilang kelayakan sebagai pengundi pos juga akan dipamerkan.

Sekiranya terdapat kesilapan penempatan lokaliti serta maklumat pendaftaran mereka, pemilih berdaftar perlu membuat aduan kepada SPR melalui sistem aduan SPR di www.spr.gov.my atau menulis surat atau datang sendiri ke mana-mana pejabat Pilihan Raya Negeri atau ke ibu pejabat SPR di Putrajaya


Like I Care: Bersedia untuk mengundi.. tentukan masa depan negara!!!

No comments: