Thursday, June 5, 2008

LAGI.. DAN LAGI..DAN LAGI..

INI ELETRIK PLAK YA...
Lepas2 ni get ready untuk semua harga barangan tak kira la mknn ke brg keperluan ke apa2 brg la..



BERITA PENUH

TNB umum tarif baru, guna 200kWj tiada perubahan05-06-2008 01:40:16 PM
KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengumumkan tarif baru elektrik tengah hari tadi dengan mengekalkan tarif semasa bagi pengguna kediaman dan domestik yang menggunakan tenaga sehingga 200 kilowatt jam (kWj) sebulan.
Sementara pengguna dengan penggunaan 201 hingga 400 kWj akan mengalami peningkatan 1 hingga 11 peratus dalam bil bulanan - berkuat kuasa 1 Julai ini.
Kadar tarif baru itu diumumkan oleh Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie di sini.
Ia sejajar dengan pengumuman kerajaan semalam, yang antara lain berkaitan dengan kenaikan bahan api petrol dan diesel.Pada sidang media semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, satu struktur baru tarif elektrik (jadual tarif yang dikeluarkan semalam menyusul) untuk Semenanjung Malaysia akan diperkenalkan mulai 1 Julai ini.

Tarif baru elektrik Semenanjung (berkuat kuasa 1 Julai 2008)
Jumlah penggunaan di antara 0 hingga 400kWj
200kWj pertama (1-200kWj) sebulan 21.8sen/kWj
200kWj berikutnya (201-400kWj) sebulan 34.5sen/kWjCaj minimum bulanan ialah RM3
Jumlah penggunaan melebihi 400kWj
500kWj pertama (1-500kWj) sebulan 30.0sen/kWj
100kWj berikutnya (501-600kWj) sebulan 39.0sen/kWj
100kWj berikuntnya (601-700kWj) sebulan 40.0sen/kWj
100kWj berikutnya (701-800kWj) sebulan 41.0sen/kWj
100kWj berikutnya (801-900kWj) sebulan 43.0sen/kWj
Setiap kWj berikutnya (901kWj ke atas) sebulan 46.0sen/kWjCaj minimum bulanan ialah RM3


Kata Abdullah, pelaksanaan tarif baru itu tidak akan menjejaskan pengguna yang menggunakan kurang dari 200 kilowatt jam (kWj) sebulan dengan anggaran bil elektrik kurang dari RM43.60.
"Ini bermakna 59 peratus isi rumah di Semenanjung Malaysia akan membayar kadar yang sama selagi mereka mengekalkan tahap penggunaan yang sama," kata beliau pada sidang media di sini.
Pengguna domestik dan industri akan mengalami peningkatan tarif sebanyak 26 peratus melalui struktur baru tarif itu, kata beliau.
Bagaimanapun, bagi kategori komersil dan industri, pertimbangan dibuat kepada peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil serta pengusaha industri seperti perusahaan kampung yang penggunaannya tidak melebihi dari 200 kWj setiap bulan akan hanya mengalami kenaikan 18 peratus, katanya.
"Sektor komersial dan industri akan menjadi lebih bermotivasi untuk melaksanakan langkahlangkah kecekapan dalam operasinya manakala pengguna isi rumah akan mengamalkan penjimatan tenaga serta mengelakkan dari pembaziran," katanya.
Abdullah berkata, pelaksanaan struktur tarif baru itu adalah selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstrukturkan semula subsidi di mana usaha itu akan menuju ke arah pasaran sebenar, meningkatkan kecekapan pasaran serta mengalakkan rakyat Malaysia menjimatkan sumber tenaga.

(c) www.mstar.com.my

1 comment:

Nik said...

Lopeh ni Duit Hantaran pun kena naik jugak la ekkk???
hehehe....