Thursday, June 5, 2008

NAIK LAGI

78 SEN!

Itu kenaikan yg kita kena bayar utk setiap liter petrol kita kat Malaysia ni. So, effective today harga baru petrol seliter RM2.70.. Diesel plak naik RM1.00.. so, skrg harga diesel satu liter RM2.58.. Spt yg dijangka, hujah kenaikan ini adalah.. harga minyak di Malaysia adalah yg terendah di Asia(Excluded Brunei).. di sebaliknya, harga minyak di Malaysia adalah paling TINGGI di kalangan negara2 pengeluar minyak.. so.. lu olang ada otak.. lu pikirlah sendiri...


Assalamualaikum..

Ini Faktanya:
Our govt always compared our petrol to non oil-producingcountries like Singapore and Thailand but got no balls to do the comparison with other oril producing countries like below. Check for yourself:

UAE - RM1.19/litre
Eygpt - RM1.03/litre
Bahrain - RM0.87/litre
Qatar - RM0.68/litre
Kuwait - RM0.67/litre
Saudi Arabia - RM0.38/litre
Iran - RM0.35/litre
Brunei - RM1.10/litre
Nigeria - RM0.32/litre
Turkmenistan - RM0.25/litre
Venezuela - RM0.16/litre

MALAYSIA - RM2.70/litre

Berita berkaitan:
04 Jun, 2008 23:58 PM

Warga Kota Tawan Stesen Minyak Di Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Kuala Lumpur dilanda kesesakan lalulintas teruk selepas kenaikan harga petrol dan diesel baru diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari Rabu.Warga kota mengambil peluang yang ada sehingga tengah malam ini untuk mengisi petrol untuk kenderaan mereka.Kesemua stesen minyak yang terletak di sekitar bandaraya "ditawan" dalam masa beberapa minit sahaja selepas kenaikan bahan api itu diumumkan Abdullah.Tinjauan Bernama mendapati Jalan Kuching, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Jalan Tun Razak, Jalan Bangsar, Jalan Sultan Ismail, Cheras dan Ampang antara jalan yang paling teruk dengan kesesakan lalulintas. Di Jalan Kuching misalnya kenderaan bergerak terlalu perlahan dalam jarak empat kilometer. Seorang pengurus stesen minyak Shell di Batu 5, Gombak, Abdul Selamat, 45, berkata beliau terkejut dengan ratusan kenderaan yang menyerbu stesen minyak itu."Ini adalah kali pertama keadaan seumpama ini berlaku sejak 1998. Sehingga kami terpaksa meminta lori tangki petrol datang isi simpanan petrol.Ada juga pemilik kenderaan yang tidak sabar dan potong barisan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini. Kesesakan lalulintas ini menyebabkan polis trafik terpaksa ditugaskan bagi mengawal keadaan di beberapa jalan yang sesak teruk.Ada juga kenderaan yang kehabisan petrol, akibat terperangkap terlalu lama dalam kesesakan lalulintas dan ada juga yang berlanggar sesama sendiri untuk berebut mengisi petrol.Sementara itu sebuah stesen minyak di Taman Melawati terpaksa ditutup selepas kehabisan petrol.Di PULAU PINANG, sejam selepas Perdana Menteri mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel, hampir kesemua stesen minyak di negeri ini diserbu pengguna yang mahu mengisi tangki minyak kenderaan mereka sebelum pukul 12 malam ini.Tinjauan Bernama di beberapa stesen minyak mendapati kenderaan beratur panjang sehingga menimbulkan kesesakan lalulintas yang teruk antaranya di Jalan Perak, Jalan Datuk Keramat, Jalan Argyll dan Jalan Anson.Petugas di stesen minyak juga dilihat sibuk melayan pelanggan manakala pemandu yang tidak tahu mengenai kenaikan harga petrol dan diesel berkuatkuasa esok kelihatan terpinga-pinga melihat kesesakan di stesen berkenaan.Seorang pesara polis, Harun Ismail, 56, menyifatkan kenaikan harga petrol secara mengejut itu amat melampau dan membebankan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah.Harun, yang mengetahui mengenai kenaikan harga itu melalui berita Bernama TV petang ini, bergegas ke stesen berhampiran untuk mengisi tangki keretanya."Saya baru tengok berita petang ini. Kalau tanya semua pengguna pun mereka akan kata kenaikan ini sangat melampau.Pengumuman dibuat tiba-tiba sahaja dan ini membebankan orang ramai terutamanya pesara macam saya," katanya.Seorang kakitangan penjara, Suhaimi Ismail, 27, yang kebetulan berada di stesen minyak Jalan Perak terkejut melihat deretan kenderaan menunggu giliran.Kakitangan MAS Kargo, Rahmat Abdul Majid,35, pula kesal dengan pengumuman itu kerana baru sahaja dimaklumkan bahawa kenaikan itu mungkin pada bulan depan atau Ogos ini."Ini melampau. Kata nak naik bulan Julai atau Ogos tetapi tiba-tiba sahaja umum esok akan naik harga.Kerajaan perlu pantau balik keadaan ini," katanya. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim ketika dihubungi mahu kerajaan mencari jalan yang lebih efektif untuk mengurangkan beban rakyat terutamanya sewaktu harga barangan makanan semakin meningkat."Saya dukacita dengan berita kenaikan harga petrol dan diesel secara mendadak ini. Sepatutnya, setiap kenaikan harus dibuat secara beransur-ansur dan bukan drastik begini," katanya.Ketika ditanya bentuk bantuan yang boleh dihulurkan kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang kepada penduduk di sini, beliau berkata: "Kalau harga beras naik, kita boleh lagi bagi bantuan beras kepada orang miskin seperti yang telah kita lakukan baru baru ini tetapi sekarang harga minyak pula naik.Tak Kan kita kena bagi minyak pula".Presiden Persatuan Teksi Orang India Pulau Pinang, P.Raman berkata, kenaikan harga petrol dan diesel akan memberi kesan kepada sektor pengangkutan.Sehubungan itu, katanya, beliau akan mengadakan perbincangan dengan anggota persatuan itu dalam masa terdekat ini untuk menentukan sama ada tambang teksi akan dinaikkan atau tidak.Pengerusi Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) Wilayah Utara, Datuk O.K.Lee berkata, kenaikan harga petrol dan diesel serta kenaikan tarif elektrik sebanyak 18 peratus untuk pengguna domestik dan 26 peratus untuk industri akan memberikan kesan yang amat besar terutamanya pengusaha industri kecil dan sederhana (SMI) di negara ini.Katanya, pengusaha berkenaan mungkin akan menaikkan harga produk dan beban kenaikan kos itu akan ditanggung rakyat yang menggunakan produk berkenaan atau terpaksa "menutup kedai" jika harga tidak dinaikkan.Beliau bimbang Malaysia akan kehilangan kompetitif dari segi tarikan pelaburan berikutan kenaikan itu.Katanya dengan kenaikan harga minyak, Petronas akan menjadi semakin kaya dan jika mereka menaikkan pula harga gas kepada pengeluar elektrik seperti Tenaga Nasional (TNB) dan pengeluar tenaga persendirian (IPP), mereka dijangka mempunyai keuntungan yang berlipat kali ganda."Saya cadangkan Petronas membiayai pengwujudan lebih banyak sistem tenaga pengangkutan seperti pengangkutan transit ringan (LRT) di negara ini bagi mengurangkan kos pengangkutan yang perlu ditanggung rakyat," katanya.-- BERNAMA



Pemantauan aku petang smlm di Stesen Minyak Petronas Cyberjaya

W'pun dah selesa psl minyak keter dah isi penuh sehari sebelum announcement kenaikan harga minyak tuh, cadangan nak jugak penuhkan balik minyak yg dah kurang setakuk tu.. kalau2 lah jumpa stesen minyak yg x ramai org.. tp bila tgk keadaan dah mcm tuh.. pantau jelah.. ini antara gambar2 kenangan yg dpt diambil...


No comments: