Thursday, June 26, 2008

SATU JUTA!!!

BERITA PENUH: ARKIB : 25/06/2008

-->
RM1 juta insentif atlet negara menang emas di Olimpik
KUALA LUMPUR 24 Jun – Atlet negara yang memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik di Beijing, Ogos ini dan pada temasya serupa pada masa akan datang akan menerima insentif RM1 juta berbanding hanya RM160,000 sebelum ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun hadiah itu dianggap besar, ia wajar memandangkan standard Sukan Olimpik semakin meningkat.
“Untuk memenangi pingat emas ini juga bukan satu perkara mudah kerana pertandingan pada Olimpik semakin sukar. Daripada satu Olimpik kepada Olimpik yang satu lagi kita lihat standard semakin meningkat.
“Oleh itu, kita harus meletakkan sasaran yang lebih besar, lebih menarik lagi,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sukan di bangunan Parlimen hari ini.
Najib berkata, negara-negara jiran seperti Singapura juga menawarkan insentif S$1 juta untuk atlet mereka yang meraih emas Olimpik.
Beliau berkata, ganjaran RM1 juta adalah wajar dan berpatutan memandangkan temasya sukan Olimpik itu ‘begitu gah’ dan diadakan empat tahun sekali.
Najib berkata, mesyuarat juga bersetuju memberi RM300,000 kepada pemenang pingat perak dan RM100,000 untuk gangsa.
Bagi pasukan yang memenangi emas, kadar minimum yang ditentukan ialah RM150,000 untuk setiap pemain.
Selain itu, pencen bulanan yang diterima oleh pemenang pingat Olimpik juga dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 bagi pemenang emas, RM3,000 perak (sebelum ini RM1,500) dan RM2,000 gangsa (sebelum ini RM1,000). Ia berkuat kuasa bulan depan.
Buat masa ini hanya lima atlet negara pernah memenangi pingat Olimpik iaitu pasangan beregu lelaki badminton negara, Razif dan Jailani Sidek (gangsa Olimpik Barcelona 1992), beregu lelaki, Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock (perak Olimpik Atlanta 1996) dan pemain perseorangan Rashid Sidek (gangsa Olimpik Atlanta).
Jawatankuasa itu juga bersetuju memberi insentif kepada atlet paralimpik negara iaitu RM300,000 (emas), RM200,000 (perak) dan RM100,000 (gangsa).
– Bernama

==========================================================
Pagi tadi on the way gi kejer dengar la topik psl ni kat ERA.fm(masih setia??? huhuhu). Berita ni berita smlm tp baru arini ada kesempatan nak komen. Sbg seorang rakyat Malaysia, so kita semua ada hak nak komen.. komen je, betul tak betul tu... Lu Fikirlah Sendiri.. hehehe..

Sebelum tu, untuk sesapa yg masih tak kenal aku kalau korang tengok apa yg aku up, apa yg aku cerita, apa yg aku komen korang tau la apa yg aku minat, apa yg aku suka.. so sekali lagi.. Lu Fikirlah Sendiri..hehehe..

Berbalik cerita 1 juta kat ERA td, apa yg aku sempat dengar komen-komen org adalah:
1st caller: Sgt TAK SETUJU psl zmn kemelesetan ekonomi ni(yelah minyak naik, harga brg2 baik..semua2 naik la), pastu dgn saranan kerjaan utk ubah gaya hidup yg lebih berjimat cermat timbul pulak isu ni.. pembaziran!
2nd caller: SETUJU psl susah nak dapat emas olimpik nih.
3rd caller: SETUJU jgk, setakat ni tak pernah org Malaysia dpt.
4th caller: SETUJU tp bukan bg 1 juta, bg 10 juta!(marah nih!)..sbnrnya TAK SETUJU sbb akan menggalakkan org main sukan kerana DUIT, bukan atas sebab mengharumkan nama negara..mcm dolu-dolu, klu nak bg juta2 jugak bg la Setengah Juta ke? Suku juta ke? hehehe

Komen aku plak(kena bg la jugak..hehehe..), di zaman kerajaan cerita tentang berjimat-cermat ni, tak patut la announce benda2 mcm nih. Walaupun tujuannya nampak mcm baik, nak bg semangat utk atlet2 ni berusaha lebih sebab tak pernah dalam sejarah atlet Malaysia ni dapat Emas Olimpik tp boleh ke rakyat, org ramai terima? Mungkin ada yg boleh terima tp aku rasa ramai yg tak setuju.. why not, bg sama mcm paralimpik dpt pastu bg tanah.. psl duit ni byk mana bg pun mesti habis punya.. so bila ada asset mcm tanah ni at least ada la tambahan asset. Knp perlu bezakan pemenang olimpik ngan paralimpik? paralimpik tu sama taraf dengan olimpik cuma kategori org je yg berbeza..pd aku ni dah mcm diskriminasi.. bg apa yg olimpik dpt sama mcm paralimpik dpt. Lagipun semua perbelanjaan latihan & semua2 elaun atlet2 nih kerajaan dah tanggung dari peringkat awal.. bukan bayar sendiri(correct me if i'm wrong).. so, semua dah ditanggung.. dan akhirnya... sekali lagi kita dibandingkan dengan negara jiran, Singapore yg nak bg $1 juta.. hmmmm... ekonomi Singapore camna ek???? Lu Fikirlah Sendiri.. Assalamualaikum...

No comments: