Thursday, June 26, 2008

Mari Mengaji

Memandangkan pagi nanti game Euro2008 Sepanyol vs Russia, so kita belajar skit bahasa Sepanyol yg member aku ajar nih(mana dia belajar pun aku x tau).. walaupun..aku tak sokong Sepanyol pun.. hehehe..

ESTA VIDA VIVO YO PORQUE EXISTE
Hidup ini aku ada kerana wujudnya kamu

MUCHAS GRACIAS
Terima kasih bebanyak

SI SENOR
Ya Encik / Yess Boss

Bahasa Russia takde geng nak ajar walaupun aku sokong RUSSIA masuk FINAL.. hehehe..

SATU JUTA!!!

BERITA PENUH: ARKIB : 25/06/2008

-->
RM1 juta insentif atlet negara menang emas di Olimpik
KUALA LUMPUR 24 Jun – Atlet negara yang memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik di Beijing, Ogos ini dan pada temasya serupa pada masa akan datang akan menerima insentif RM1 juta berbanding hanya RM160,000 sebelum ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun hadiah itu dianggap besar, ia wajar memandangkan standard Sukan Olimpik semakin meningkat.
“Untuk memenangi pingat emas ini juga bukan satu perkara mudah kerana pertandingan pada Olimpik semakin sukar. Daripada satu Olimpik kepada Olimpik yang satu lagi kita lihat standard semakin meningkat.
“Oleh itu, kita harus meletakkan sasaran yang lebih besar, lebih menarik lagi,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sukan di bangunan Parlimen hari ini.
Najib berkata, negara-negara jiran seperti Singapura juga menawarkan insentif S$1 juta untuk atlet mereka yang meraih emas Olimpik.
Beliau berkata, ganjaran RM1 juta adalah wajar dan berpatutan memandangkan temasya sukan Olimpik itu ‘begitu gah’ dan diadakan empat tahun sekali.
Najib berkata, mesyuarat juga bersetuju memberi RM300,000 kepada pemenang pingat perak dan RM100,000 untuk gangsa.
Bagi pasukan yang memenangi emas, kadar minimum yang ditentukan ialah RM150,000 untuk setiap pemain.
Selain itu, pencen bulanan yang diterima oleh pemenang pingat Olimpik juga dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 bagi pemenang emas, RM3,000 perak (sebelum ini RM1,500) dan RM2,000 gangsa (sebelum ini RM1,000). Ia berkuat kuasa bulan depan.
Buat masa ini hanya lima atlet negara pernah memenangi pingat Olimpik iaitu pasangan beregu lelaki badminton negara, Razif dan Jailani Sidek (gangsa Olimpik Barcelona 1992), beregu lelaki, Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock (perak Olimpik Atlanta 1996) dan pemain perseorangan Rashid Sidek (gangsa Olimpik Atlanta).
Jawatankuasa itu juga bersetuju memberi insentif kepada atlet paralimpik negara iaitu RM300,000 (emas), RM200,000 (perak) dan RM100,000 (gangsa).
– Bernama

==========================================================
Pagi tadi on the way gi kejer dengar la topik psl ni kat ERA.fm(masih setia??? huhuhu). Berita ni berita smlm tp baru arini ada kesempatan nak komen. Sbg seorang rakyat Malaysia, so kita semua ada hak nak komen.. komen je, betul tak betul tu... Lu Fikirlah Sendiri.. hehehe..

Sebelum tu, untuk sesapa yg masih tak kenal aku kalau korang tengok apa yg aku up, apa yg aku cerita, apa yg aku komen korang tau la apa yg aku minat, apa yg aku suka.. so sekali lagi.. Lu Fikirlah Sendiri..hehehe..

Berbalik cerita 1 juta kat ERA td, apa yg aku sempat dengar komen-komen org adalah:
1st caller: Sgt TAK SETUJU psl zmn kemelesetan ekonomi ni(yelah minyak naik, harga brg2 baik..semua2 naik la), pastu dgn saranan kerjaan utk ubah gaya hidup yg lebih berjimat cermat timbul pulak isu ni.. pembaziran!
2nd caller: SETUJU psl susah nak dapat emas olimpik nih.
3rd caller: SETUJU jgk, setakat ni tak pernah org Malaysia dpt.
4th caller: SETUJU tp bukan bg 1 juta, bg 10 juta!(marah nih!)..sbnrnya TAK SETUJU sbb akan menggalakkan org main sukan kerana DUIT, bukan atas sebab mengharumkan nama negara..mcm dolu-dolu, klu nak bg juta2 jugak bg la Setengah Juta ke? Suku juta ke? hehehe

Komen aku plak(kena bg la jugak..hehehe..), di zaman kerajaan cerita tentang berjimat-cermat ni, tak patut la announce benda2 mcm nih. Walaupun tujuannya nampak mcm baik, nak bg semangat utk atlet2 ni berusaha lebih sebab tak pernah dalam sejarah atlet Malaysia ni dapat Emas Olimpik tp boleh ke rakyat, org ramai terima? Mungkin ada yg boleh terima tp aku rasa ramai yg tak setuju.. why not, bg sama mcm paralimpik dpt pastu bg tanah.. psl duit ni byk mana bg pun mesti habis punya.. so bila ada asset mcm tanah ni at least ada la tambahan asset. Knp perlu bezakan pemenang olimpik ngan paralimpik? paralimpik tu sama taraf dengan olimpik cuma kategori org je yg berbeza..pd aku ni dah mcm diskriminasi.. bg apa yg olimpik dpt sama mcm paralimpik dpt. Lagipun semua perbelanjaan latihan & semua2 elaun atlet2 nih kerajaan dah tanggung dari peringkat awal.. bukan bayar sendiri(correct me if i'm wrong).. so, semua dah ditanggung.. dan akhirnya... sekali lagi kita dibandingkan dengan negara jiran, Singapore yg nak bg $1 juta.. hmmmm... ekonomi Singapore camna ek???? Lu Fikirlah Sendiri.. Assalamualaikum...

Tuesday, June 24, 2008

YB Naik Basikal

YB Tian Chua(yg depan skali tu) paling lawak, naik basikal pompuan apahal.. hahaha..

Salute la utk YB 4 org nih walaupun kena kutuk mcm2 ngan org2 lain tp aku rasa sbg YB mereka2 nih dah tunjuk sesuatu contoh yg bagus.. kalau betul depa duk kecoh2 ubah gaya hidup so depa yg duk kecoh2 kena la ubah dulu.. meh join naik basikal ni baru org lain respect!

Apa2pun niat YB 4 org nih, dgn usaha tak seberapa tu je dah masuk Malaysia Book of Record.. SYABAS!!!

I've Met Him?

Najip Ali?

Nak promo sket, mamat ni ada iras2 Najip Ali ngan budak pengacara Bang Bang Boom(x-juara explore race tuh).. aku jumpa dia smlm n tertarik ngan style rambut dia tuh.. nasib la ko Fxxxxx, jadi model blog aku le kalini..hehehe...

Chelsea Asia Tour 2008 - Malaysia

ku beli sudah..hehehe...

CHELSEA vs MALAYSIA XI


Date : 29th July 2008 (TUE)
Time : 8.45 pm
Loc : Shah Alam Stadium


Ticket available @ http://www.ticketpro.com.my/

Besday iMaN!

kek doraemon lg : )

21hb Jun 2008
Birthday Iman.. anak sedara jauh gak nih tp psl kami se family rapat ngan Pokteh n Mokteh so kitaorg dijemput la sedara-sedara rapat nih.


Lokasi:
Tmn Ehsan, Kepong
Masa:
5.15 ptg


SELAMAT HARI LAHIR IMAN

Dah Empat Tahun la..

Saturday, June 21, 2008

Sambut Bday d Mara Bistro

19hb besday mr rudy wise.. memandangkan dia adalah antara ahli baru 'geng segitiga emas wise' so buat pertama kalinya dia open table la kat Sate Kajang Samuri tuh. Dan buat pertama kalinya dlm sejarah 'geng segitiga emas wise' sambutan bday dpt sekali bday kek BESAR yg lazat(biasanya 1 slice jer..hehehe).. so, x perlu byk2 citer.. ini antara gambar2 yg dpt diambil...






Friday, June 20, 2008

Tsunami Politik di Malaysia

Aku terbaca satu berita ni dari blog Zulkifli Noordin(MP Kulim Bandar Baru - PKR) dan aku rasa benda ni betul.. so sama2 kita tungguuuuu...

Asslamua'laikum to all, Jangan lupe tune your news channel after zohor Sabtu 17 J'Akhir/ 21Jun ini untuk berita tsunami politik Malaysia ke dua. Sdr Anwar akan berada di Sabah Sabtu ni untuk satu pengumuman penting insya ALLAH. This is the beginning of Be End..hehe..adios :}

Zulkifli Noordin
http://zul4kulim.blogspot.com/

Tuesday, June 17, 2008

Chelsea's EPL 2008/09 Fixture Schedule

Chelsea's 2008/09 fixture schedule (dates subject to change for television and policing requirements):

Sat 16 Aug - Chelsea v Portsmouth
Wed 20 Aug - International fixtures
Sat 23 Aug - Wigan Athletic v Chelsea
Sat 30 Aug - Chelsea v Tottenham Hotspur

Sat 6 -Wed 10 Sep - International fixtures
Sat 13 Sep - Manchester City v Chelsea
Tue 16/Wed 17 Sep - Champions League Matchday 1
Sat 20 Sep - Chelsea v Manchester United
Tue 23/Wed 24 Sep - Carling Cup third round
Sat 27 Sep - Stoke City v Chelsea
Tues 30 Sep/Wed 1 Oct - Champions League Matchday 2

Sat 4 Oct - Chelsea v Aston Villa
Sat 11-Wed 15 Oct - International fixtures
Sat 18 Oct - Middlesbrough v Chelsea
Tue 21/Wed 22 Oct - Champions League Matchday 3
Sat 25 Oct - Chelsea v Liverpool
Tue 28 Oct - Hull City v Chelsea

Sat 1 Nov - Chelsea v Sunderland
Tue 4 Nov/Wed 5 Nov - Champions League Matchday 4
Sat 8 Nov - Blackburn v Chelsea
Tue 11/Wed 12 Nov - Carling Cup fourth round
Sat 15 Nov - West Bromwich Albion v Chelsea
Wed 19 Nov - International fixtures
Sat 22 Nov - Chelsea v Newcastle United
Tue 25/Wed 26 Nov - Champions League Matchday 5
Sat 29 Nov - Chelsea v Arsenal

Tue2/Wed 3 Dec - Carling Cup fifth round
Sat 6 Dec - Bolton Wanderers v Chelsea
Tue 9/Wed 10 Dec - Champions League Matchday 6
Sat 13 Dec - Chelsea v West Ham United
Sat 20 Dec - Everton v Chelsea
Fri 26 Dec - Chelsea v West Bromwich Albion
Sun 28 Dec - Fulham v Chelsea

Sat 3 Jan - FA Cup third round
Tue 6/Wed 7 Jan - Carling Cup semi final first leg
Sat 10 Jan - Manchester United v Chelsea
Sat 17 Jan - Chelsea v Stoke City
Tue 20/Wed 21 Jan - Carling Cup semi final second leg
Sat 24 Jan - FA Cup fourth round
Wed 28 Jan - Chelsea v Middlesbrough
Sat 31 Jan - Liverpool v Chelsea


Sat 7 Feb - Chelsea v Hull City
Wed 11 Feb - International fixtures
Sat 14 Feb - FA Cup fifth round
Sat 21 Feb - Aston Villa v Chelsea
Tue 24/ Wed 25 Feb - Champions League first knockout round - first leg
Sat 28 Feb - Chelsea v Wigan Athletic

Sun 1 Mar - Carling Cup Final
Tue 3 Mar - Portsmouth v Chelsea
Sat 7 Mar - FA Cup sixth round
Tue 10/Wed 11 Mar - Champions League first knockout round - second leg
Sat 14 Mar - Chelsea v Manchester City
Sat 21 Mar - Tottenham Hotspur v Chelsea
Sat 28 Mar-Wed 1 Apr - International fixtures

Sat 4 Apr - Newcastle United v Chelsea
Tue 7/Wed 8 Apr - Champions League quarter final - first leg
Sat 11 Apr - Chelsea v Bolton Wanderers
Tue14/Wed 15 Apr - Champions League quarter final - second leg
Sat 18 Apr - Chelsea v Everton or FA Cup semi-final (Sat 18/Sun 19 Apr)
Sat 25 Apr - West Ham United v Chelsea
Tue 28/Wed 29 Apr - Champions League semi final - first leg

Sat 2 May - Chelsea v Fulham
Tue 5/Wed 6 May - Champions League semi final - second leg
Sat 9 May - Arsenal v Chelsea
Sat 16 May - Chelsea v Blackburn
Sun 24 May - Sunderland v Chelsea
Wed 27 May - Champions League Final
Sat 30 May - FA Cup Final

Pulau Rawa, Johor

Sedikit promosi pelancongan untuk negeri tumpah darahku.. JOHOR DARUL TAKZIM.
Ramai yg mengatakan selain pantai2 yg indah dan menarik, JOHOR juga dilengkapi dengan Pulau2 yg indah dan menarik untuk dikunjungi.. antaranya Pulau Tioman, Pulau Sibu, Pulau Rawa dan juga Pulau Batu Putih(skrg dah milik Singapura)..hehehe.. antaranya lah.. so, skrg nak promo Pulau Rawa lah.. so, ada sedikit info dr internet yg amat berguna buat peminat2 Pulau di Malaysia nih... enjoy...

Pulau Rawa

Psst - did you know there's paradise on earth? Yup! And it's called 'RAWA'. A dream of an island 16km off the coast of Mersing. Stretches of white sugary sand, secluded beaches, clear green water and swaying palm fronds offering cooling shades.

A special place that beckons you to be yourself. As the waves carry away your troubles, the breeze smoothens those perpetual frown lines and the sun just warms up every corner of your heart. Truly, an unspoilt oasis of peace and tranquility. No TV, no phone lines, no cars, no crowds and no reason to run after time.

The island was discovered by Tunku Mohammed Archibald as a perfect fishing haven. In 1971, he built Rawa Island Resort also known as Rawa Safaris. The resort houses 63 units of chalets and bungalows. Rents vary from RM110 for a beach hut during low season to around RM400 for a family suite during peak. There is a restaurant and a pub with decent food and prices and tends to get packed during long weekends as it can cater big groups.

But the best kept secret of Rawa resides in the cluster of chalets tucked quietly away in the other corner of the island. 'Le Club Rawa', as the resort is called, is a gem chanced upon by the lucky few . An enchanting place with just 6 rooms, a private beach and an all-purpose 'club house'.

This little haven basically celebrates the most simple pleasures in life - excellent food, great company and nature's beauty.

It snuggles against a protective hill of green foliage and faces a natural lagoon of corals teaming with colourful fishes and giant clams. You're actually spoilt with the convenience of snorkelling right in front of your doorstep!

For the more adventurous, you can check out the caves or take a 15 min trek up the hill that overlooks the other side of the island. A pretty interesting view which usually promises a beautiful sunrise(for you freaks who has nothing better to do at the crack of dawn!).

But honestly, 'Le Club Rawa' is one of the 'coolest' place to just 'hang loose' and 'chill out'. The island's innate qualities simply entices you to rest and relax. And if you dare, go one step further and let yourself be possessed by the island call - and you'll be whisked away on a personal journey of self-discovery. The perfect place to get re-acquainted with that balanced centre within yourself that will leave you reinvigorated and re-energised to face the daily rigours of city life.

http://www.journeymalaysia.com/MI_rawa.htm

Monday, June 16, 2008

cerita..ceriti..ceritu..

Start Friday until Sunday last week ada training cum team building, so masa dihabiskan kat sana la.
Day 1 more on classes biasa jer.. ptg riadah kat Gym.. men gym kejap jer, layan pingpong yg lama.. biasa le dah lama x layan skali peluang ada gunakan la sepenuhnya.. mlm lps klas ada karaoke.
Day 2 punya xtvt paling oklah.. starting with riadah pagi, main volleyball pastu terus Pak Shiekh(Sheikh Kamaruddin Ahmad) take over class dr pagi until petang. Dari bab kesihatan, stress mgmt & last skali senamrobik.. seronok la lama x bersenamrobik nih.. kalakau la nak buat menda2 tu x jadik plak.. dah tua2 nih otak lembab plak nak tangkap..hahaha..mlm lps classes boss ajak keluar belanja mkn sate kajang, kul 12 blk bilik.
Day 3 plak starting pepagi Qiyamullail jam 4.30am - 7am. Lps bfast sempat g Gym jap built up muscle..hahaha.. pastu classes until lunch kul 1. Lps lunch dlm 2.30pm balik rmh.

Huhuhu.. x-klik kat sini baru blk umrah so dpt le cenderahati.. yg bestnya.. geng2 lain dpt key-chain, aku sorang jer dpt kopiah! Alhamdulillah.. jd tok sheikh la aku kat sini.. hehehe..

Thursday, June 12, 2008

Lagu Hari ini...

Pepagi layan lagu nih.. sbb dah 2 mlm terngiang2 dlm kepala lagu nih.. tak tau le psl apa, mayb psl rasa sunyi..mcm ada something missing..huh..my phone is missing! Oh no, tertinggal le kat rmh..satu hal la plak..pebenda la yg aku ingat nih..takpelah, xde sapa nk call sgt pun skrg nih..so, layannnn....

Tercipta Untukku
by Ungu

menatap indahnya senyuman diwajahmu
membuat ku terdiam dan terpaku
mengerti akan hadirnya cinta terindah
saat kau peluk mesra tubuhku

banyak kata
yang tak mampu kuungkapkan
kepada dirimu

aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
sepanjang hidupku

aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku
ku ingin kau tau
kuslalu milikmu
yang mencintaimu
sepanjang hidupku

aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku
meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku
ku ingin kau tau
kuslalu milikmu
yang mencintaimu

THE NEW BOSS IS CONFIRM

SCOLARI NEW CHELSEA BOSS

Chelsea have confirmed Portugal boss Luiz Felipe Scolari as their new manager.
The Brazilian was one of the favourites to succeed Avram Grant in the Stamford Bridge hotseat but the timing of his appointment has come as a huge surprise.
Scolari is currently managing Portugal at Euro 2008 and was not expected to make a decision about his future until after the tournament.
A statement from Stamford Bridge read:
"Chelsea Football Club is delighted to confirm that Luiz Felipe Scolari will be the club's new manager from July 1, 2008.
Felipe has great qualities. He is one of the world's top coaches with a record of success at country and club level, he gets the best out of a talented squad of players and his ambitions and expectations match ours. He was the outstanding choice.
Out of respect for his current role as Head Coach of the Portuguese national team, and to ensure minimum disruption to this work, there will be no further comment from Chelsea FC nor from Felipe about his new role until his employment with us commences."
Despite a number of big-name managers being linked with the job following Avram Grant's sacking last month, it is understood Scolari was always Chelsea's number one choice and nobody else was offered the position.
He is likely to be unveiled during the first week of July, at which time the details of his contract will also be revealed.
Scolari's appointment comes less than a week after he insisted he would not discuss his future until after Euro 2008.
He said at the time: "What's going to happen to me after Euro 2008 - if I am going to stay or leave - concerns (only) me and I am not going to talk about it now.
"If I decide to leave or stay, I am only going to make a public declaration at the end of Euro 2008. If something else happens during the Euros, I am not going to answer although things may go this way or that way but I am here to work for the Euros.
"I started working for Portugal in 2004, then I signed up for 2006... I might sign again, I might leave the squad, I don't know."
Scolari's biggest achievement was leading Brazil to World Cup glory in 2002 and he famously turned down the chance to manage England following Sven-Goran Eriksson's departure in 2006. The 59-year-old has no experience of managing at club level in Europe.
Before becoming an international manager, he enjoyed success at club level in Brazil, winning South America's equivalent of the Champions League - the Copa Libertadores - with two different clubs.
Portugal star Cristiano Ronaldo could come up against his current coach next season if Manchester United succeed in fending off the interest of Real Madrid but the winger does not begrudge the Brazilian ending his time in international football.
Instead, he respect's Scolari's right to move on - even though his presence is sure to galvanise Chelsea as they seek to put an end to United's two-season hold on the Premier League title.
"He needs to look for his future. I respect that," said Ronaldo, speaking after tonight's match against the Czech Republic but before Scolari's appointment was announced.
"If he has better conditions, better things for the family and for him, I respect that.
"This is football, it's always like that. If he goes there it's going to be difficult. If he doesn't go there, another coach will do good work as well."
Former Chelsea midfielder Ray Wilkins described Scolari as "a manager of top quality".
He told Sky Sports News: "It appears that he's up for a challenge. He's a big guy, he's charismatic. This will be a breath of fresh air."
Stamford Bridge legend Ron Harris also welcomed the appointment.
"I think it's a top-class appointment," he told Sky Sports News.
"They have got a top-class manager."
Harris believes Scolari will introduce free-flowing football to Chelsea.
"When he was manager of Brazil their emphasis was on attacking style - I think he will bring that into Chelsea football club," he added.


OKlah.. walau x brp hensem & muda.. kredibiliti & professionalism yg dia ada dihrp dpt bwk Chelsea ke sasarannya.. sbg The Blues Fan, tentunya aku puas hati dgn pemilihan Manager baru nih w'pun ada sikit terkilan bila Special One dah takde dlm team nih...

GOOD LUCK to the new Chelsea Boss!

Wednesday, June 11, 2008

Agama Bukan Candu Untuk Mengkhayalkan Orang Miskin

Sedikit Tazkirah yg patut kita renungi..

Agama Bukan Candu Untuk Mengkhayalkan Orang Miskin
Posted on Jun 08, 2008 under Isu Semasa www.drmaza.com


“Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).


Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.

Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun –atas pemintaan penaja yang membayar harga ceramah- akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat.

Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis-menangis –seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah- bercerita kepada mak cik-makcik yang kusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir ‘nasi lemaknya’.

Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk pengajur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas.

Maka insaflah mak cik dan pak cik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah ‘ceroi’ akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka.

Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum ‘dijakimkan’, “apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?”. Sebelum harga minyak naik, telah sekian mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup di kala negara dunia belum
menghadapi krisis harga minyak.

Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan.

Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): “Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).

Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun.

Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.

Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk ‘mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah?

Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?. Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh ‘orang biasa’.

Apakah patut di saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka. Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat.

Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan ‘berhiburan’ dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?. Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan.

Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua.

Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma’ruf dan al-An-Nahy ‘an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.

Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan ‘Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan.

Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar.

Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).

Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).

Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini.
Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa.

Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap ‘berjiwa rakyat’, hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat?

Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti ‘Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana.
Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekat kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program tv lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang?

Di masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.

Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup.

Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.

(c) Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Kerajaan Negeri Perlis

Plan ooOOOoo Plan..


Semalam bertemankan mimpi
Hari ini bertemankan sunyi

Semalam jadikan kenangan
Hari ini kita mulakan kehidupan

Hidup ini umpama mimpi
Perjalanan hidup umpama seni

Hidup mesti diteruskan
Perjalanan mesti terus ke depan

Ayuh bangun dari mimpi semalam
Kita bangkit memandang kehadapan
Hari siang menunggu malam
Inilah dia rencah kehidupan

Kita hanya mampu merancang..
ALLAH yg menentukan segala-galanya...

:: (c) mr.reef : 11 Jun 2008 : 11.17 a.m ::

No More SPECIAL ONE plzzz...


Jose Mourinho is back.. now at F.C Internazionale Milano.
All The Best to you bro!!!

Thursday, June 5, 2008

LAGI.. DAN LAGI..DAN LAGI..

INI ELETRIK PLAK YA...
Lepas2 ni get ready untuk semua harga barangan tak kira la mknn ke brg keperluan ke apa2 brg la..



BERITA PENUH

TNB umum tarif baru, guna 200kWj tiada perubahan05-06-2008 01:40:16 PM
KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengumumkan tarif baru elektrik tengah hari tadi dengan mengekalkan tarif semasa bagi pengguna kediaman dan domestik yang menggunakan tenaga sehingga 200 kilowatt jam (kWj) sebulan.
Sementara pengguna dengan penggunaan 201 hingga 400 kWj akan mengalami peningkatan 1 hingga 11 peratus dalam bil bulanan - berkuat kuasa 1 Julai ini.
Kadar tarif baru itu diumumkan oleh Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie di sini.
Ia sejajar dengan pengumuman kerajaan semalam, yang antara lain berkaitan dengan kenaikan bahan api petrol dan diesel.Pada sidang media semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, satu struktur baru tarif elektrik (jadual tarif yang dikeluarkan semalam menyusul) untuk Semenanjung Malaysia akan diperkenalkan mulai 1 Julai ini.

Tarif baru elektrik Semenanjung (berkuat kuasa 1 Julai 2008)
Jumlah penggunaan di antara 0 hingga 400kWj
200kWj pertama (1-200kWj) sebulan 21.8sen/kWj
200kWj berikutnya (201-400kWj) sebulan 34.5sen/kWjCaj minimum bulanan ialah RM3
Jumlah penggunaan melebihi 400kWj
500kWj pertama (1-500kWj) sebulan 30.0sen/kWj
100kWj berikutnya (501-600kWj) sebulan 39.0sen/kWj
100kWj berikuntnya (601-700kWj) sebulan 40.0sen/kWj
100kWj berikutnya (701-800kWj) sebulan 41.0sen/kWj
100kWj berikutnya (801-900kWj) sebulan 43.0sen/kWj
Setiap kWj berikutnya (901kWj ke atas) sebulan 46.0sen/kWjCaj minimum bulanan ialah RM3


Kata Abdullah, pelaksanaan tarif baru itu tidak akan menjejaskan pengguna yang menggunakan kurang dari 200 kilowatt jam (kWj) sebulan dengan anggaran bil elektrik kurang dari RM43.60.
"Ini bermakna 59 peratus isi rumah di Semenanjung Malaysia akan membayar kadar yang sama selagi mereka mengekalkan tahap penggunaan yang sama," kata beliau pada sidang media di sini.
Pengguna domestik dan industri akan mengalami peningkatan tarif sebanyak 26 peratus melalui struktur baru tarif itu, kata beliau.
Bagaimanapun, bagi kategori komersil dan industri, pertimbangan dibuat kepada peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil serta pengusaha industri seperti perusahaan kampung yang penggunaannya tidak melebihi dari 200 kWj setiap bulan akan hanya mengalami kenaikan 18 peratus, katanya.
"Sektor komersial dan industri akan menjadi lebih bermotivasi untuk melaksanakan langkahlangkah kecekapan dalam operasinya manakala pengguna isi rumah akan mengamalkan penjimatan tenaga serta mengelakkan dari pembaziran," katanya.
Abdullah berkata, pelaksanaan struktur tarif baru itu adalah selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstrukturkan semula subsidi di mana usaha itu akan menuju ke arah pasaran sebenar, meningkatkan kecekapan pasaran serta mengalakkan rakyat Malaysia menjimatkan sumber tenaga.

(c) www.mstar.com.my

NAIK LAGI

78 SEN!

Itu kenaikan yg kita kena bayar utk setiap liter petrol kita kat Malaysia ni. So, effective today harga baru petrol seliter RM2.70.. Diesel plak naik RM1.00.. so, skrg harga diesel satu liter RM2.58.. Spt yg dijangka, hujah kenaikan ini adalah.. harga minyak di Malaysia adalah yg terendah di Asia(Excluded Brunei).. di sebaliknya, harga minyak di Malaysia adalah paling TINGGI di kalangan negara2 pengeluar minyak.. so.. lu olang ada otak.. lu pikirlah sendiri...


Assalamualaikum..

Ini Faktanya:
Our govt always compared our petrol to non oil-producingcountries like Singapore and Thailand but got no balls to do the comparison with other oril producing countries like below. Check for yourself:

UAE - RM1.19/litre
Eygpt - RM1.03/litre
Bahrain - RM0.87/litre
Qatar - RM0.68/litre
Kuwait - RM0.67/litre
Saudi Arabia - RM0.38/litre
Iran - RM0.35/litre
Brunei - RM1.10/litre
Nigeria - RM0.32/litre
Turkmenistan - RM0.25/litre
Venezuela - RM0.16/litre

MALAYSIA - RM2.70/litre

Berita berkaitan:
04 Jun, 2008 23:58 PM

Warga Kota Tawan Stesen Minyak Di Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Kuala Lumpur dilanda kesesakan lalulintas teruk selepas kenaikan harga petrol dan diesel baru diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari Rabu.Warga kota mengambil peluang yang ada sehingga tengah malam ini untuk mengisi petrol untuk kenderaan mereka.Kesemua stesen minyak yang terletak di sekitar bandaraya "ditawan" dalam masa beberapa minit sahaja selepas kenaikan bahan api itu diumumkan Abdullah.Tinjauan Bernama mendapati Jalan Kuching, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Jalan Tun Razak, Jalan Bangsar, Jalan Sultan Ismail, Cheras dan Ampang antara jalan yang paling teruk dengan kesesakan lalulintas. Di Jalan Kuching misalnya kenderaan bergerak terlalu perlahan dalam jarak empat kilometer. Seorang pengurus stesen minyak Shell di Batu 5, Gombak, Abdul Selamat, 45, berkata beliau terkejut dengan ratusan kenderaan yang menyerbu stesen minyak itu."Ini adalah kali pertama keadaan seumpama ini berlaku sejak 1998. Sehingga kami terpaksa meminta lori tangki petrol datang isi simpanan petrol.Ada juga pemilik kenderaan yang tidak sabar dan potong barisan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini. Kesesakan lalulintas ini menyebabkan polis trafik terpaksa ditugaskan bagi mengawal keadaan di beberapa jalan yang sesak teruk.Ada juga kenderaan yang kehabisan petrol, akibat terperangkap terlalu lama dalam kesesakan lalulintas dan ada juga yang berlanggar sesama sendiri untuk berebut mengisi petrol.Sementara itu sebuah stesen minyak di Taman Melawati terpaksa ditutup selepas kehabisan petrol.Di PULAU PINANG, sejam selepas Perdana Menteri mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel, hampir kesemua stesen minyak di negeri ini diserbu pengguna yang mahu mengisi tangki minyak kenderaan mereka sebelum pukul 12 malam ini.Tinjauan Bernama di beberapa stesen minyak mendapati kenderaan beratur panjang sehingga menimbulkan kesesakan lalulintas yang teruk antaranya di Jalan Perak, Jalan Datuk Keramat, Jalan Argyll dan Jalan Anson.Petugas di stesen minyak juga dilihat sibuk melayan pelanggan manakala pemandu yang tidak tahu mengenai kenaikan harga petrol dan diesel berkuatkuasa esok kelihatan terpinga-pinga melihat kesesakan di stesen berkenaan.Seorang pesara polis, Harun Ismail, 56, menyifatkan kenaikan harga petrol secara mengejut itu amat melampau dan membebankan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah.Harun, yang mengetahui mengenai kenaikan harga itu melalui berita Bernama TV petang ini, bergegas ke stesen berhampiran untuk mengisi tangki keretanya."Saya baru tengok berita petang ini. Kalau tanya semua pengguna pun mereka akan kata kenaikan ini sangat melampau.Pengumuman dibuat tiba-tiba sahaja dan ini membebankan orang ramai terutamanya pesara macam saya," katanya.Seorang kakitangan penjara, Suhaimi Ismail, 27, yang kebetulan berada di stesen minyak Jalan Perak terkejut melihat deretan kenderaan menunggu giliran.Kakitangan MAS Kargo, Rahmat Abdul Majid,35, pula kesal dengan pengumuman itu kerana baru sahaja dimaklumkan bahawa kenaikan itu mungkin pada bulan depan atau Ogos ini."Ini melampau. Kata nak naik bulan Julai atau Ogos tetapi tiba-tiba sahaja umum esok akan naik harga.Kerajaan perlu pantau balik keadaan ini," katanya. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim ketika dihubungi mahu kerajaan mencari jalan yang lebih efektif untuk mengurangkan beban rakyat terutamanya sewaktu harga barangan makanan semakin meningkat."Saya dukacita dengan berita kenaikan harga petrol dan diesel secara mendadak ini. Sepatutnya, setiap kenaikan harus dibuat secara beransur-ansur dan bukan drastik begini," katanya.Ketika ditanya bentuk bantuan yang boleh dihulurkan kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang kepada penduduk di sini, beliau berkata: "Kalau harga beras naik, kita boleh lagi bagi bantuan beras kepada orang miskin seperti yang telah kita lakukan baru baru ini tetapi sekarang harga minyak pula naik.Tak Kan kita kena bagi minyak pula".Presiden Persatuan Teksi Orang India Pulau Pinang, P.Raman berkata, kenaikan harga petrol dan diesel akan memberi kesan kepada sektor pengangkutan.Sehubungan itu, katanya, beliau akan mengadakan perbincangan dengan anggota persatuan itu dalam masa terdekat ini untuk menentukan sama ada tambang teksi akan dinaikkan atau tidak.Pengerusi Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) Wilayah Utara, Datuk O.K.Lee berkata, kenaikan harga petrol dan diesel serta kenaikan tarif elektrik sebanyak 18 peratus untuk pengguna domestik dan 26 peratus untuk industri akan memberikan kesan yang amat besar terutamanya pengusaha industri kecil dan sederhana (SMI) di negara ini.Katanya, pengusaha berkenaan mungkin akan menaikkan harga produk dan beban kenaikan kos itu akan ditanggung rakyat yang menggunakan produk berkenaan atau terpaksa "menutup kedai" jika harga tidak dinaikkan.Beliau bimbang Malaysia akan kehilangan kompetitif dari segi tarikan pelaburan berikutan kenaikan itu.Katanya dengan kenaikan harga minyak, Petronas akan menjadi semakin kaya dan jika mereka menaikkan pula harga gas kepada pengeluar elektrik seperti Tenaga Nasional (TNB) dan pengeluar tenaga persendirian (IPP), mereka dijangka mempunyai keuntungan yang berlipat kali ganda."Saya cadangkan Petronas membiayai pengwujudan lebih banyak sistem tenaga pengangkutan seperti pengangkutan transit ringan (LRT) di negara ini bagi mengurangkan kos pengangkutan yang perlu ditanggung rakyat," katanya.-- BERNAMA



Pemantauan aku petang smlm di Stesen Minyak Petronas Cyberjaya

W'pun dah selesa psl minyak keter dah isi penuh sehari sebelum announcement kenaikan harga minyak tuh, cadangan nak jugak penuhkan balik minyak yg dah kurang setakuk tu.. kalau2 lah jumpa stesen minyak yg x ramai org.. tp bila tgk keadaan dah mcm tuh.. pantau jelah.. ini antara gambar2 kenangan yg dpt diambil...


Tuesday, June 3, 2008

LUNCH SATAY

Arini belated besday boy, Zaki aka zisam WiSE n Nizam aka deale WiSE open table makan sate kajang samuri kat D'Mara Bistro.. Chehh.. share plak berdua.. mmg family planning betul diaorang ni.. dah la geng tengah semakin bertambah ni so time aku kena carik geng jugak ni.. masak nak open table besau2..hahaha.. tapi takpelah.. kata org belanja tu kena ikhlas, kalau tak nnt takat mkn jd t*ik jela.. rugi besau tu... : )
Anyway, minggu lepas pun baru mkn sate kat RnR KL-Putrajaya hiway tuh.. arini mkn lg.. org kata rezeki kan? Masa teringin nak mkn x de je masa nak beli.. bila dah ada masa ni x putus2 plak rezeki dtg kan.. Alhamdulillah.

Gambar yg membawa seribu makna.. ntahapahapantah cameraman nih.. hahaha..

Ni plak gambau kek besday boy.. jadik ler.. hehehe...



Semoga dimurahkan rezeki yg barakah dan dipanjangkan umur yg dirahmati buat korang berdua.. aminnn...

Monday, June 2, 2008

Remp-IT

Since last year adalah kali terakhir aku merempit di litar ni, so 1st wish list next xtvt xtreme aku adalah benda nih.. tgk2 gambor rasa menggigil la plak kaki nih.. wpun baru sekali try tp mcm benda yg org selalu ckp ler.. rasa sekali.. nak lagi.. nak.. nak.. nak.. hahaha..

Sapa nak ikut? hehehe..

Musim Mengawan

Hahaha.. memandangkan byk sangat undangan kenduri kahwin kali ni so dapat le title tu dari aku..hahaha.. semalam ada 2 kenduri aku plan nak pegi, satu kat Hulu Langat satu lagi kat Selayang. Memandangkan Hulu Langat ni lg dekat ngan rumah aku so aku decide g la sana dulu psl Selayang tu dah dkt ngan rmh Zack yg aku dah janji nak jumpa kat rmh dia kat Gombak tuh.. so, abis majlis leh la lepak lelama skit.. kalau g Selayang dulu nak berkejar ke Langat kang x de masa lak nak melepak-lepak. Lagipun dah lama x melepak ngan dia, nak2 rmh baru dia yg besau kat Gombak tu aku x smpi lg w'pun dh dijemput byk kali.. hahaha.. sori le Zack, x sempat2 aku nak jejak kat sana.
So, nak jadikan cerita kali ni pun x sampai lg hajat aku nak jejak rmh zack nih. Perjalanan le Langat dipenuhi dgn pelbagai cabaran.. dgn jem psl traffic light.. pastu sepjg jln tu ada bbrp lg kenduri kahwin yg terpaksa dilalui psl semua rmh tepi jln besar.. so, dr perjlnn yg aku rasa x smpi pun 30 minit dah kena tambah 1 jam lg.. dah lepak2 mkn nak blah ujan turun plak dgn lebat.. perghhh.. tunggu le kejap.. blk tu jem lg.. nasib baik smpt la smpi Masjid Bt.14 tu klu x musafir 1 marhalah le jwpnya aku(huhuhu)..
Apa nak buat, takde rezeki la nak pi tgk pengantin Rizan nih.. dpt hantar sms le kat dia sbb call pun tentu x berjwb tuh..hadiah aku ltk kt ofis jelah..
Dlm byk2 x best citer aku tuh ada gak seronoknya.. perjlnn pi Langat ni aku rasa mcm blk kg plak... suasana spjg perjalanan tu mmg mcm susasana blk kg.. ngan gerai2 byk kita jumpa kiri kanan jln tu.. rmh2 ada yg lama2.. mmg suasana kg.. pastu kat area IKBN Dusun Tua tu ada Kolam Air Panas, mcm best plak tgk bebudak motor tu melepak main air kat situ.. dlm hati next time mmg aku terjah lg area nih.. x pegi Pangsun, Tekali, Sg Gabai paling koman pun kolam air panas tuh.. LANGAT.. TUNGGUUUU.. LAIN KALI AKU SAMPAIIII... HAHAHA...