Monday, March 16, 2009

Nik Nur Madihah


Salam 2 all,
Saya sangat tertarik membaca kisah adik Nik Nur Madihah Nik Ismail, 18 yang telah mendapat kelulusan 20A iaitu 19A1 & 1A2 dalam peperiksaan SPM baru-baru ini.
Apa yang memeranjatkan adalah rumah tempat tinggal Nur Madihah yang beralamat di Kg. Parang Punting, Pengkalan Chepa, Kelantan.
Kalau dilihat rumah tersebut, nak kata rumah pun tidak nak kata reban pun tidak.
Macam mane Nur Madihah tinggal bersama adik beradik dan ibubapanya dalam rumah tersebut.
Dan nak bayangkan macam mane Nur Madihah dapat mentelaah pelajaran hingga mencapai kejayaan hebat tersebut. Saya diberitahu antara rahsia kejayaan Nur Madihah ialah beliau sentiasa bangun tahajjud.


baca selebihnya di sini

Lagi berita berkaitan:
SPM: Pelajar Maahad Muhammadi dapat 20 A

KOTA BHARU, 12 Mac: Pelajar Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu, Nik Nur Madihah binti Nik Mohd Kamal (gambar) menjadi pelajar terbaik SPM tahun ini apabila mendapat 20A iaitu 19 A1 dan1 A2.

Seorang lagi pelajar sekolah yang sama, Nurfarah Aisyhah binti Nazim pula mendapat 17A dalam keputusan peperiksaan SPM yang diumumkan hari ini.

Maahad Muhammadi adalah salah sebuah sekolah yang ditadbir terus oleh kerajaan negeri Kelantan melalui Yayasan Islam Kelantan (Yik).

Nik Nur Madihah, adalah anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini.


Bila baca bab budak2 yg cemerlang SPM ni mesti kita nak tau camna dia boleh dapat result cemerlang kan? camna dia belajar? apa yg dibaca? tips2? dan mcm2 lagilah.. untuk pelajar cemerlang tahun ni mmg betul2 respek! tgk la wahai dunia.. se susah manapun kita sebenarnya ada lg insan yg boleh berjaya tanpa kemewahan dan kesenangan..adik aku? hmmm..bole la cukup2 makan..alhamdulillah...

No comments: