Monday, March 9, 2009

Wahdah Pemangkin Khaira Ummah

Ini dikuatkan dengan tema 'Wahdah Pemangkin Khaira Ummah' atau penyatuan pemangkin ummah terbaik sebagai elemen penting untuk kelangsungan ummah kerana pepatah Arab menyatakan: "Tidak dapat dicapai kemenangan melainkan dengan kekuatan dan tidak dapat dicipta kekuatan melainkan dengan penyatuan (perpaduan)."

Berita Online

Sambutan Maulidur Rasul 1430H


Hari ni dapat turut serta memeriahkan sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan mewakili ofis aku setelah 2 tahun break.. ada break2 plak..hehehe.. Kalini sambutan buat kat Dataran Merdeka dan buat pertama kalinya tiada pertandingan perarakan mcm tahun2 sebelumnya..so training pun takde le tahun ni.. best betul...
Arini kumpul dpn ofis je sbb arini cuma kumpul2 pastu berarak terus g dataran. Program start kul 7 pagi smpi Dataran cuaca sejuk2 jer la.. tp x lama awan mendung sudah sampai..wow! ada harapan nih.. tp emcee plak buat lawak.. "kita harap spy rahmat Allah tak turun sampai majlis selesai" Isk! Dia ni faham ke apa yg dia ckp? pastu disambung dgn ayat ni "hrp rahmat hujan tidak turun semasa majlis berlangsung"
huh.. cover la tuh.. lenkali nak cakap tu biar pikir dulu... BAHAYA!
Tp nasib la hrpn dia tuhan x makbulkan.. x lama lps tu hujan pun turun dan kami pun berlarilah pulang ke ofis.. dpt le update blog arini terus..sekian..hehehe...

Sedikit petikan dari Majlis hari ini:

"Kita semua bersyukur dan bergembira dengan kelahiran Nabi Muhammad saw Namun kita wajib pastikan cara kita ikut dan faham mengenai baginda. Saban tahun banyak pihak yang meraikan maulid, apakah umat Islam bertambah dekat dengan baginda?"

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad berkata, renungan dan peringatan zahir sahaja tidak memadai jika tiada pengisian penting dan penghayatan untuk mentafsirkannya dalam bentuk akidah dan amalan.

"Majlis seumpama ini penting bagi memperingati kisah perjuangan dan pengorbanan baginda berdakwah dan memartabatkan Islam.

"Amalan secara tradisi ini juga merupakan kaedah penyatuan ummah dan permuafakatan paling berkesan bagi menyatupadukan masyarakat Islam daripada pelbagai perbezaan pendapat dan ideologi," katanya

( petikan akhbar Isnin, 12 Rabiul Awal 1430; 9 Mac 2009)

No comments: