Thursday, August 13, 2009

Sejahtera bahagia pulang..ke sana...


cover album yg terakhir

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana...


Ini antara bait2 lagu Pergi Tak kembali dendangan kumpulan Rabbani yg sgt terkesan skali dlm hati bila dpt tau je citer pasal pemergian ke rahmatullah Ustaz Mohd Asri Ibrahim atau lebih dikenali sbg Ustaz Asri Rabbani...

Apa yg aku bole komen..arwah ni mmg sentiasa nmpk tenang..tp satu bab yg aku mcm lost skit bila selama aku bercampur dlm dunia blogging baru kalini aku dpt jenguk blog Ustaz Asri ni..dan perkara pertama yg aku dpt adalah ayat ni:

"Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku.."

Penuh bermakna...sama-samalah kita berfikir...hmmm...

Berita berkaitan di sini
dan di sini

TAKZIAH buat seluruh keluarga allahyarham khususnya dan kepada seluruh peminat nasyid tanahair amnya..semoga rohnya senantiasa dicucuri rahmat..aminnn...

AL-FATIHAH

No comments: