Wednesday, January 6, 2010

cerita semasa.. buletin semasa..

Yg ni "past story" tp mmg x boleh nak biar.. dua2 dah jadi isu besar selain isu gula naik harga yg ceritanya dah x dibesarkan oleh media2 arus perdana.

Isu enjin jet hilang yg harga satu je katanya RM50 juta.. ada 2 ilang maknanya dah RM100 juta.. x campur kata Menteri Pertahanan skrg ada jgk benda2 kecik lain yg related dgn enjin tu hilang.. camna ek? tmpt simpanan x cukup secure ke? satu hal lah.. pastu smlm AG confirmkan yg terlibat cuma pegawai rendah. WoW.. mmg terer la pegawai rendah tu bole cilok enjin besar tuh! respect la aku klu btul.. sbb baru tuduh, belum jatuh hukum xleh la nk kata btul diaorg yg buat.. tp.. mcm kes2 BESAR lain sebelum ni.. mcm x logik jer.. dah susah la org nk caya.. termasuk la aku.. tlglah sapa2 yakinkan aku & kebanyakkan org2 lain lg betul ke? Nmpk mcm "another scapegoat" theory kan? Kesiannnnn.. hmmmm...

Isu paling baru, penggunaan kalimah Allah oleh akhbar mingguan Herald nih. Bg diri aku yg hanya berpendidikan Sekolah Agama di Johor smpi peringkat Darjah Khas tahun 90an dulu ni mmg ilmu agama x brp byk..so mcm x layak la nk komen apa2.. tp dr bacaan aku dr komen2 pakar2 agama yg berkenaan isu ni mmg sebetulnya nama Allah ni bukan hak milik umat Islam je.. terpakai utk semua umat manusia.. mengikut kefahaman agama Islam.. Allah ialah Tuhan semua umat manusia.. jd mmg x jd salah nama Allah digunakan oleh semua umat manusia.

Tp yg jd isunya, yg dibimbangkan bila akhbar mingguan Herald dibenarkan menggunakan nama Allah ni adalah takut ianya disalahgunakan. Bukan x bersangka baik tp kena hati2 sbb dengarnya nama Allah ni akan digunakan utk versi akhbar yg bahasa melayu jer so dh nmpk mcm ada unsur2 akan disalahgunakan utk mengelirukan org melayu islam. Itu yg dibimbangi.. so, aku SETUJU sgt la klu btul nnt akhirnya(slps semua urusan mahkamah selesai) keputusannya tetap sama iaitu dibenarkan juga aku berharap ada garis panduan penggunaan nama Allah dlm edaran akhbar agama lain.. aku sebut agama lain sbb MUNGKIN lps ni ada akhbar agama lain akan buat tuntutan yg sama... aku sebut MUNGKIN ya.. just in case ler.. so, sbg umat Islam itu isi hati kita.. tangani semua isu dgn berhemah.. jgn la isu sensitif mcm ni pun nak jd modal politik jgk.. demo sana.. demo sini.. semua utk modal politik.. isu agama yg lebih sensitif sebelum ni napa xnak demo sungguh2.. ISU PALESTIN.. ISU MURTAD.. napa senyap? napa certain isu yg rasa bole bwk untung utk kedudukan politik je yg nak pertahan sungguh2? Klu mcm tu punya gaya mmg HANCUR la kita! Bersatu bkn utk isu tertentu jer.. semua isu sensitif agama kena bersatu! Tolonglah.. pls.. pls.. pls.. bermula 2010 ini.. berubahlah utk kebaikan agama, bangsa dan negara.. amin...



kata aku: kembali kpd agama.. Islam itu syumul...

No comments: