Wednesday, November 25, 2009

Aidiladha

Memandangkan aku akan mula bercuti esok sbb nak blk kampung beraya wehhhh.. so di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha yg jatuh pada hari Jumaat, 27/11/09 ini bersamaan 10 Zulhijjah 1430H kepada semua kawan-kawan dan pembaca blog ini yg kenal ataupun x kenal, yang add aku dlm friendlist FB, dlm YM, twitter atau apa saja medium yg ada.. tak kira samada korang tegur aku ke tak aku.. selamat aku ucapkan walau apa pun yg korang lakukan masa cuti raya nih..

Mohon ampun & maaf sekiranya ada salah silap. terkasar bahasa, makan minum dan sebagainya.. semoga kita sama-sama dpt bercuti dgn gembira di samping orang-orang yg kita sayang..

Buat yg blk ke kampung yg kena banjir tuh.. berhati-hati dlm semua perkara.. main air mmg seronok tp jgn smpi keseronokan tu berakhir dgn kesedihan.. ingatlah masih ramai yg sayang kita walaupun ada bbrp org yg dah tak suka kat kita..



Semoga Allah penuhi hati-hati kita dengan CINTA ALLAH sepertimana Ibrahim yang mengorbankan CINTA dunia untuk mendapat CINTA ALLAH..Maha Agung!




kata aku: berhati-hati di jalanraya..smg kita slmt tiba...

No comments: